08 November 2010

Kuarantin Vs Snapping

Cerita ni cerita hari semalam yea. Hari Sabtu dan Ahad aku di kenakan kuarantin dari berjalan-jalan. Hajat hati memang nak pegi macam-macam tempat... nak pegi SOGO nak pegi ALAMANDA, tak betah duduk umah lama-lama tapi satu tempat pun tak menjadi pegi. 

Sebab aku dan husband dalam persiapan membuat Rumahku Syurgaku jadi pemantauan dengan indon tukang rumah adalah sangat dibutuhkan. Kalau mereka cheating habislah rugi duit yang kami simpan selama ini (bukan duit simpanan pun duit aku buat hutang :P). Perasan kaya je...

 Bila tahap kebosanan sangat terserlah jadi apabila indon mintak duit lagi ini peluang baik untuk keluar sebentar berjalan-jalan. Tempat tujuan adalah giant. Pergi giant pun sebab nak beli buku resit. Preparation... Takut kena songlap duit dengan indon tu. Imagine ....ada ke aku bagi duit aku keluar resit. Tapi tak apalah janji tak kena tipu kan.

 Di GIANT :


Papa sofea yang mintak amik gambar sofea dengan topi besau tu. Sofea apalagi happy dapat main-main dalam pasaraya sbb orang tak ramai. Leh lari sana sini. Tak sampai 15minit dah kena keluar dari giant, satu pic je sempat snap. 

Then sambung snap pic sofea macam model. Lokasi rumah pusaka ibu bapa tercinta.



Bunga kat telinga tu memang sofea tak boleh blah. Letak senyap-senyap. Bunga tu banyak kat depan rumah aku. Sape nak boleh amik tanam. Free of charge.


Gambar ni sengaja di colorizekan sbb gambar sedia kabur. Tapi who care tetap nak letak jugak. Rasa sofea mcm primadona Erra Fazira gitu.


note : Want more picture coming soon ok..




07 November 2010

13 Minggu @ 3 Bulan 1 Minggu

Hari ni dah genap 13 minggu usia kandungan aku. Akhir-akhir ni tak terasa seperti mengandung mungkin disebabkan alahan yang semakin kurang dan perut pun belum membesar.

Makan pun sudah kembali berselera cuma masih belum bersedia untuk mula minum susu, minum soya, makan acid folik. Dulu masa mengandung sofea selasa, kamis dan ahad, tiga kali seminggu mesti beli air soya panas dipasar malam. Mungkin sebab itu sofea putih. Kata orang sofea macam anak korea/jepun. Bagi aku mungkin juga faktor keturunan ibu aku yang berbangsa cina.

Disebabkan minggu2 alahan hampir berakhir, aku sudah bisa kembali menulis-nulis lagi. Maybe selepas 11.11 ni semua rutin hidup sebagai seorang ibu mengandung patut dilaksanakan. Nanti kesian baby dalam kandungan tak dijaga baik seperti sofea.

comel tak saya?
 
info from Pa&Ma : Minggu ke-13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

02 November 2010

Menanti hari esok

Tak sabar nak pergi keje yea esok??
Yup..sangat-sangat tak sabar.. Esok ingat nak siapkan semua keje before lunch. Banyak tu gaji kakitangan sambilan yang perlu dibuat bayaran. Al maklum awal-awal bulan ni. Tapi rasanya boleh siapkan dalam masa setengah hari. Hari ini dah selesaikan semua perkiraan cuma tinggal nak buat bayaran je.

Sebelah petang nak relax dan nak mendamaikan fikiran. Harap-harap semua kerungsingan dan kerisauan akan hilang. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Tak mahu ada kesedihan lagi.

Semalam mungkin hari yang paling teruk dan banyak tekanan yang aku rasakan. Tapi hari ini keadaan sudah kembali pulih dan baik dan esok diharap akan bertambah baik lebih dari hari ini.

27 October 2010

One day in my life

Seawal jam 6.15 pagi dah bangun bersiap-siap dan bersemangat nak pergi klinik untuk check up sofea. Almaklum dah tiga bulan tak melawat klinik desa tercinta. Kalau nak pergi kerja bangun lebih awal dari hari ini sebenarnya. Tadi terbangun awal pun sebab sakit perut yang teramat sangat.


Macam biasa lepas gosok baju dan bersiap aku bercadang nak terus ke klinik ambil nombor dulu sementara biar papa yang mandi dan bawak kan sofea ke klinik. Tak adala sofea mengantuk sangat. Walau bagaimana pun takdir hari ini sofea bangun awal dan aku mandikan ala kadar sebab masih terlalu awal pagi. Sejuk !! Dingdong dingdong dah pukul 7.15 pagi. Hajat hati nak keluar dalam pukul 7pagi tak kesampaian. Planning semua bertaburan. Sebab untuk sampai awal ialah masalah parking di klinik yang terhad kawasan lamannya. Sama jugak dengan masalah parking yang sentiasa membelenggu Putrajaya.


Rupanya apabila dah hampir 3bulan tak datang ke klinik, pesakit pun sudah makin berkurangan. Mungkin semua bayi sudah membesar. Parking pun cun-cun depan pintu gate. Senangla nak keluar nanti, tak adala orang nak block2. Oh pasal baby yang sudah membesar rupanya telahan aku salah, pihak pengurusan klinik sudah merombak sistem kedatangan pesakit. Sesiapa appointment pukul 8pagi akan dilayan dahulu walaupun dia datang lambat dari pesakit appointment misalnya pukul 9 pagi. Padanla tak ramai yang nak datang awal. Kalau datang awal pun tak akan di layan.


Nombor bertuah aku dan sofea hari ini adalah nombor 21. Dalam pukul 8.30 nombor kami dipanggil dan sofea ditimbang. Tak banyak berubah berat badannya. 8.5kg. Masih dalam carta yang stabil. Sudah siap timbang menimbang, angkat mengangkat kena tunggu giliran jumpa misi pulak. Ops sebelum sofea ditimbang mesin penimbang dah dikencingkan oleh baby bawah setahun. Kalau baby bawah setahun kena bukak baju tanpa seurat benang untuk ditimbang. Banyak pulak tu baby tu kencing, naik geli sebenarnya aku nak letak sofea atas penimbang tu. Nasib baik misi tukar pelapik penimbang itu.


Nombor giliran untuk berjumpa misi masih di angka 1 semasa sofea siap fasa penimbang tadi. Jadi aku bawak sofea jalan-jalan di laman klinik. Aku bawak sofea disudut permainan. Main jongkang jongkit sofea hari ini. Bila dah terasa letih aku lihat nombor sudah diangka lapan. Masih jauh lagi nombor kami. Sedang kami berdua berkira-kira nak membuat aktiviti apa seterusnya aku disapa oleh seorang kakak bertudung labuh. Rupanya dia seorang pengasuh. Matlamatnya yang aku  pasti dia nak menambah bilangan anak asuhannya. Nak baby katanya, yang diasuh sekarang semuanya sudah 3 4 tahun. Dan anak-anaknya semua sudah besar. Dia menanya aku ada seorang anak je ke. Lantas aku menjawab dengan bangga ya dan ada satu lagi dalam perut. Hik hik...Bangga untuk didedahkan.


Kami teruskan sembangan hingga dia memberitahu aku bahawa dia mengajar KAFA dan mengaji. Lantas terus ku mintak nombor telefonnya. Oh lupa nak bagi tahu namanya RAUDHAH. Sedap kan? Rumahnya tak jauh dari rumah aku. Mungkin aku boleh berkira-kira menghantar sofea mengaji disitu. Undangan hari raya haji juga ku terima darinya.


Selepas penat berbual ku lihat nombor sudah menginjak ke angka 18. Lama kan kami berborak. Aku yang excited. Tak rajin sebenarnya orang-orang yang datang ke klinik nak bertegur sapa. Mereka kebanyakan datang dengan husband masing-masing. Cuma aku je yang lone ranger sejak dari mengandung lagi. Apa nak buat laki bukan sama-sama keje kerajaan. Sebelum dia menegur sebenarnya aku telah ditegur oleh seseorang yang lain tapi bukan bangsa Melayu tapi orang Indon. Malas sgt ke orang Melayu ni nak bertegur sapa??. Ya! Aku salah seorangnya.


Sekarang sudah sampai giliran sofea berjumpa misi. Soalan wajib yang ditanya dek misi : anak minum susu apa, sudah pandai apa, aktif tak dia??. soalan-soalan biasa. Sangat tak mesra alam langsung. Tak bertanya langsung tentang kesihatan sofea. First dapat misi sebegini dan i really2 dont like it. Habis bertemu misi sombong kami keruangan cucuk mencucuk. Hari ini sofea bakal dihadiahkan cucukan tidak menghasilkan demam selepas setahun. Alhamdulillah nangis-nangis manja. Mana penah sofea nangis bagai nak gila sejak dia lahir. Sangat bagus ini anak. Yang paling penting sudah pandai cium pipi mama dan papa apabila disuruh.


Selepas habis semua aktiviti sofea, aku decide buat appointment untuk diri sendiri pulakla kan. 11.11.10 first appointment untuk ibu mengandung ini. Sangat malas sebenarnya sebab hati rungsingkan hal parking kalau lewat ke opis. Syukur tadi ada tempat untuk diparking setelah dua kali pusing-pusing, ronda-ronda makan angin dalam basement.


Hari ini juga di opis aku dapat panggilan telefon dari BSN menyatakan permohonan pinjaman peribadi aku dah diluluskan. Gembira sangat-sangat sebab penat dah hampir 2 minggu menanti. Kata orang kalau buat pinjaman di bank 3 hari dah lulus. Itu tipu belaka. Koperasi mungkin. Dalam bergembira sebenarnya risau jugak hutang yang semakin membukit tinggi macam gunung ditambah dengan bilangan ahli keluarga yang bakal bertambah. Untuk meredakan kerisauan marila kita berpegang pada prinsip ' kalau ada rezeki tak ke mana' & 'adalah rezeki anak tu'.


Entri ini sangat panjang tak tahula semua dapat baca sampai habis atau sudah tekan X sebelum khatam. Entri ini entri balas dendam sebab sudah lama tak update ini belog. Nanti entri akan datang aku story kenapa aku menambah hutang dengan membuat pinjaman peribadi. Mesti ramai nak tahu kan? Ke tak ada pun yang nak amik tahu. :P

16 October 2010

Bajet 2011 : Duit RM500, 90 hari cuti bersalin & PTK

Ok, semalam sempat tengok bajet 2011 walaupun banyak yang terskip skip. Tapi dalam pukul 5.30 petang memang mata diikuti telinga tertumpu penuh pada ucapan PM. Time tu memang dah nak sampai pada ucapan tentang hal-hal kakitangan awam expecially pasal bonus yea....


Ayat PM yang berbunga indah tu memang diketahui ada yang menarik untuk diumumkan. Firstly PM kata nak mansuhkan PTK. Memang aku sokong sangat dengan keadaan aku sekarang ni yang tak boleh dah amik PTK. Sekarang ni aku dah TK 2, alhamdullilah dah 2 tahun merasa anjakan gaji lepas lulus TK 1 walaupun ciput. (still nak complaint). Pas berehat satu tahun dari amik exam PTK, petengahan tahun lepas aku apply untuk TK2. Masa amik pertama kali tu memang rasa confident je boleh dapat empat empat. Rasa macam senang. Masa TK1 dulu pun instinct aku tepat. Tapi bila result keluar aku dapat tiga empat. Okla not bad. Cuma kena ulang subject khusus tu. Maybe aku ada salah satu dua tu yang dapat tiga je. Tapi aku rasa aku dah jawab yang terbaek.huhuhu


PTK ni Jabatan Akauntan Negara anjuran 2x setahun. Ingatkan hujung tahun lepas nak amikla exam tu balik nak perbaiki aras, mana tau leh naik gaji cepat skit, ntah macam mana permohonan CUEPACs untuk mengkaji balik PTK diluluskan. Keluarla satu surat pekeliling perkhidmatan yang mengatakan kalau dah dapat aras 3 boleh amik sekali lagi je exam, kalau still tk dapat 4 tak leh amik2 dah. Dahla hujung tahun tu jangkaan sofea akan lahir so gabra ngan pekeliling tu aku pun batalkan niat nak amik exam. Terpaksala tunggu tahun 2010 pulak. Tapi kalau ikutkan baik aku amik je exam tu last year sbb exam tu 7/10 sofea lahir 10/10 then last year pekeliling tu masih belum berkuatkuasa lagi rupanya. 


Pas dah lama tinggal pasal citer PTK, pertengahan tahun hari tu aku pun pi amik exam pas daftar online dengan senang hatinya. Lupa langsung pasal pekeliling itu. Bila result keluar aku dapat aras 3 jugak. Takpela ingat bulan 11 ni nak amik sekali lagi. Bila permohonan exam dibuka aku rasa aku orang pertama mendaftar dengan lajunya, tapi bila nak send sistem tulis aku tak dibenarkan menduduki exam PTK lagi, tak ada peluang untuk memperbaiki aras lagi. Hangin nya aku satu badan dan barula teringat pasal pekeliling tu. So kesimpulannya bila najib umum PTK dimansuhkan aku la orang paling happy sekali sebab kalau tak dimansuhkan aku sampai bila-bila pun takkan turun gaji ke P3. Tapi sebenarnya kalau aku boleh amik exam PTK lagi aku tak bersetuju dengan pengubahsuaian dan pemansuhan PTK ni. Yang first for me much better. (my opinion je). Ini pun tak pasti sistem apa yang nak diganti. Kena tunggu pekeliling dulu baru boleh ulas lagi.


Keduanya semalam PM umum nak bagi bantuan khas RM 500. Which means tahun ni kerajaan dah bagi seribu kat kakitangan awam. Compare ngan tahun lepas tahun ni lagi ok kan. Tapi aku still tak puas hati. (manusia mana penah puas kan). Sebab aku memang menantikan paling kurang sebulan bonus, sebelum PM kuar statement nak bagi 500 aku terlebih dulu dah kuarkan statement kat husband kalau ada bonus sebulan kita gi bercuti. So takde pi bercuti.... tapi dari tak ada apa-apa baikla ada walaupun ciput. Masuk ni dah dua tahunla tak ada bonus tuk kakitangan awam. Dahla husband pun baru tukar keje comfirm2 la tahun ni 500 tu je la rezeki kami sekeluarga. What to do.. Kuli kan...


Ketiganya aku tak pasti time bila PM umum pasal cuti bersalin ni. Tapi aku dengar time ulasan-ulasan distesen TV. Yang pasti kena baca dulu pekeliling baru faham. Ayatnya agak berbelit-belit. Tapi point pentingnya sampai jugak kat aku. Cuti bersalin 90 hari bergaji penuh. So sangat bagus bagi aku dan mommy to be. Tahun depan dapatla aku jaga anak 90 hari + bergaji penuh lagi. Last year cuti 60 hari je tak cukup terpaksa tambah cuti tanpa gaji lagi 60 hari. Next baby tak tahu la nak cuti tanpa gaji lagi ke tak coz saraan dah makin meningkat.