Usia kandungan dah masuk 37 weeks. Dah tak lama dah nak bersalin. Dalam 3 minggu lagi. Risau ni takut ada apa-apa masalah semasa nak deliver nanti.
Next week akan bermula check up tiap-tiap minggu kat klinik desa Puchong. Even dah decide nak bersalin kat spital swasta still masih teruskan pemeriksaan berkala kat klinik kerajaan nih. Tamak giler aku. Bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau ada problem atau sebarang komplikasi, aku sure swasta akan refer ke kerajaan, jadi baik aku buat back up. Bak kata orang 'malang tak berbau kan?'
Semakin hampir tarikh bersalin makin banyak pulak masalah yang timbul. Walaupun makanan seperti Roti Bakar dan Roti Canai yang banyak masuk ke mulut aku tapi kenapa today timbang berat kat klinik desa nurse cakap berat aku naik 2kg+++ dalam tempoh dua minggu. Total berat sepanjang mengandung aku dah 14kg+++.
Kenaikan berat badan yang ideal sepanjang tempoh mengandung adalah dalam sekitar 12kg sahaja. Nurse Malaysia ni cakap belit-belit ah, masa aku check up sofea kat Kelantan dulu kata boleh naik sampai 15kg. Kalau lebih sikit-sikit tak pe.
Sib baik aku pandai cover kata last week masa aku scan kat KPMC, doktor ada cakap baby aku sekarang dalam 2.5kg je. Tapi bukti scan tak ada, diorang rekod dalam buku kat sana je. So hari ini terlepaslah aku dari berjumpa doktor. Kalau tak mahu nyer diorang suh aku tunggu doktor datang check atau tendang aku pergi ke klinik kesihatan Puchong.
Letih woo... sekarang ni, nak duduk lelama, nak jalan banyak-banyak. Tak larat. Tak macam anak first. Umur dah meningkat. Senang kata dah tua.
Showing posts with label Klinik Desa. Show all posts

19 April 2011
21 December 2010
2nd time check up
Hari ni terpaksa pegi klinik desa sbb last week terlupa akan 2nd appointment check up perut. Pegi sorang-sorang tanpa peneman macam check up yang pertama dulu. Macam biasa je klu appointment kat klinik desa ni. Sampai kul 7.30 pagi dalam kul 10 baru boleh settle semuanya.Hari ni dapat no. 16. Macam yang sebelum-belum ni pun itula no. standart aku dapat. Macam no. result exam time sekolah menengah dulu. Tak berapa pandai itu yang selalu dapat nombor belas-belas.
Ok, back to Klinik Desa .. lepas amik no., kena pi toilet, buang air kencing tuk misi check air kencing nanti, then pi kat penimbang timbang berat badan. Tengok naik sekilo ke, dua kilo ke, tiga kilo ke...Semua kena buat sendiri tak perlu nak tunggu arahan misi. Check up kat klinik desa ni kena buat-buat pandai, kena rajin bertanya kat orang yang dah biasa kalau tak ketinggalan, silap-silap no. anda takkan dipanggil nanti. Hari ni sib baik jupe member sekolah rendah, leh la tanya ke dia, tak la malu sangat nak tanya kat orang lain.
Pas siap buat hal sendirian berhad tu, 2nd stage adalah tunggu misi panggil nama untuk di smbil darah dan di check tekanan darah. 3rd stage pulak tunggu misi panggil nama untuk di check perut pulak. Misi nak mengukur perut sudah buncit tahap mana. Part ni dah masuk dalam bilik. Duduk berdua-duaan dengan misi nombor tiga. Part ni paling segan dan malu sih. Bila dah pernah bersalin, misi dah tak jaga tatasusila dan adab mengecheck, tanpa segan silu menarik baju keatas untuk melihat perut aku yang dah makin buncit. Tapi kan hari ini misi bagi dengar degupan jantung baby... Suka...suka...suka
Bila dah selesai check perut, last stage adalah sesi beramah mesra dengan misi. Selalunya kalau time aku mesti sekejap je sebab aku tak banyak tanya. Tapi ari ni misi sangat mesra dan ramah mulutnya sebab aku punya berat sudah naik 3.6kg dalam masa 5 minggu. Macam bertih jagung goreng mulut misi nasihatkan aku. Kalau kandungan bawah 5 bulan kenaikan berat badan yang dibenarkan hanya 0.5kg. Misi nak tulis dalam buku kandungan aku sebab hidangan makanan sangat sedap jadi aku pun terliur dan makan dengan banyaknya. Aku pun membalas kalau dah lapar saya ngapla semuanya. sedap ke tak sedap belakang kira yang penting perut kenyang.
Kesimpulannya hari jumaat ni aku kena gi klinik untuk minum air gula. Tak terkejut pun sebab memang 1st check up hari tu pun doktor dah suh minum air gula sebab first baby aku dah ada kencing manis. Dan doktor jugak suruh aku datang klinik semula dua minggu lagi untuk buat pemantauan berat badan. Jadinya sesi diet aku harus bermula hari ini supaya apabila tiba hari jumaat insulin dalam badan aku dapat bekerja dengan sempurna sekaligus dapat menghindari penyakit kencing manis. Untuk itu aku akan membanyakkan minum air putih dan dapatkan makanan seimbang.

wassalam
12 November 2010
First Time Check Up Perut
Ceramah tentang penyusuan ibu dan kebaikannya diikuti dengan pemakanan seimbang bagi ibu mengandung adalah perkara wajib bagi ibu-ibu yang pertama kali medaftar dan membuat kad mengandung di klinik desa Puchong ini.
Rutin check up yang biasa setiap kali datang ke klinik adalah mengambil air kencing, mengambil darah, mengambil tekanan darah, diikuti dengan berjumpa misi dan seterusnya doktor jika perlu. Kepekatan darah yang baik adalah 11 keatas, tahap sederhana 10 - 10.99 dan kritikal di bawah 10. Betul ke doktor?. Macam lupa pulak walhal baru dengar ceramah semalam dan untuk kali yang ke duanya. Semalam aku dapat 12.1. Ok la kan?
Itu story pagi semalam, aku first time pegi check up untuk my second baby. Tetiba rasa terlalu awal pulak pergi buat kad, ada aje yang dah 5/6 bulan baru buat kad mengandung. Sudahnya dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi baru berakhir semuanya. Keburukan buat kad awal adalah 24 Dis ni dah kena minum air gula sebab first baby aku mengidap kencing manis masa mengandung. Harap-harap baby kali ni tak de dapat kencing manis lagi, susah macam-macam hal kena buat. Dulu pun nyaris-nyaris tak dipaksa bersalin awal. Seperti biasa nanti aku nak buang separuh air gula tu. Hanya ibu-ibu yang baik je akan minum sampai abis. Aku idak la yea...
Letih sungguhla semalam....letih menunggu satu satu sesi selesai. Nasib baik husband rajin nak temankan jadi tak lah bosan sangat. Masa anak pertama sekali pun tak pernah husband temankan. Terkulat-kulat aku tengok orang lain duk borak-borak ngan husband dia. Sebab company kali ni sporting so bolehla teman aku semalam. Tapi next check up dan seterusnya aku tak nak benarkan husband teman walaupun dia rela. Buat penat aje tunggu lama-lama. Kesian pulak aku tengok. Aku sorang-sorang pun boleh aje. Takde masalah. Lone ranger...
note : smlm masuk opis kul 1 ptg.

27 October 2010
One day in my life
Seawal jam 6.15 pagi dah bangun bersiap-siap dan bersemangat nak
pergi klinik untuk check up sofea. Almaklum dah tiga bulan tak melawat
klinik desa tercinta. Kalau nak pergi kerja bangun lebih awal dari hari
ini sebenarnya. Tadi terbangun awal pun sebab sakit perut yang teramat
sangat.
Macam biasa lepas gosok baju dan bersiap aku bercadang nak terus ke klinik ambil nombor dulu sementara biar papa yang mandi dan bawak kan sofea ke klinik. Tak adala sofea mengantuk sangat. Walau bagaimana pun takdir hari ini sofea bangun awal dan aku mandikan ala kadar sebab masih terlalu awal pagi. Sejuk !! Dingdong dingdong dah pukul 7.15 pagi. Hajat hati nak keluar dalam pukul 7pagi tak kesampaian. Planning semua bertaburan. Sebab untuk sampai awal ialah masalah parking di klinik yang terhad kawasan lamannya. Sama jugak dengan masalah parking yang sentiasa membelenggu Putrajaya.
Rupanya apabila dah hampir 3bulan tak datang ke klinik, pesakit pun sudah makin berkurangan. Mungkin semua bayi sudah membesar. Parking pun cun-cun depan pintu gate. Senangla nak keluar nanti, tak adala orang nak block2. Oh pasal baby yang sudah membesar rupanya telahan aku salah, pihak pengurusan klinik sudah merombak sistem kedatangan pesakit. Sesiapa appointment pukul 8pagi akan dilayan dahulu walaupun dia datang lambat dari pesakit appointment misalnya pukul 9 pagi. Padanla tak ramai yang nak datang awal. Kalau datang awal pun tak akan di layan.
Nombor bertuah aku dan sofea hari ini adalah nombor 21. Dalam pukul 8.30 nombor kami dipanggil dan sofea ditimbang. Tak banyak berubah berat badannya. 8.5kg. Masih dalam carta yang stabil. Sudah siap timbang menimbang, angkat mengangkat kena tunggu giliran jumpa misi pulak. Ops sebelum sofea ditimbang mesin penimbang dah dikencingkan oleh baby bawah setahun. Kalau baby bawah setahun kena bukak baju tanpa seurat benang untuk ditimbang. Banyak pulak tu baby tu kencing, naik geli sebenarnya aku nak letak sofea atas penimbang tu. Nasib baik misi tukar pelapik penimbang itu.
Nombor giliran untuk berjumpa misi masih di angka 1 semasa sofea siap fasa penimbang tadi. Jadi aku bawak sofea jalan-jalan di laman klinik. Aku bawak sofea disudut permainan. Main jongkang jongkit sofea hari ini. Bila dah terasa letih aku lihat nombor sudah diangka lapan. Masih jauh lagi nombor kami. Sedang kami berdua berkira-kira nak membuat aktiviti apa seterusnya aku disapa oleh seorang kakak bertudung labuh. Rupanya dia seorang pengasuh. Matlamatnya yang aku pasti dia nak menambah bilangan anak asuhannya. Nak baby katanya, yang diasuh sekarang semuanya sudah 3 4 tahun. Dan anak-anaknya semua sudah besar. Dia menanya aku ada seorang anak je ke. Lantas aku menjawab dengan bangga ya dan ada satu lagi dalam perut. Hik hik...Bangga untuk didedahkan.
Kami teruskan sembangan hingga dia memberitahu aku bahawa dia mengajar KAFA dan mengaji. Lantas terus ku mintak nombor telefonnya. Oh lupa nak bagi tahu namanya RAUDHAH. Sedap kan? Rumahnya tak jauh dari rumah aku. Mungkin aku boleh berkira-kira menghantar sofea mengaji disitu. Undangan hari raya haji juga ku terima darinya.
Selepas penat berbual ku lihat nombor sudah menginjak ke angka 18. Lama kan kami berborak. Aku yang excited. Tak rajin sebenarnya orang-orang yang datang ke klinik nak bertegur sapa. Mereka kebanyakan datang dengan husband masing-masing. Cuma aku je yang lone ranger sejak dari mengandung lagi. Apa nak buat laki bukan sama-sama keje kerajaan. Sebelum dia menegur sebenarnya aku telah ditegur oleh seseorang yang lain tapi bukan bangsa Melayu tapi orang Indon. Malas sgt ke orang Melayu ni nak bertegur sapa??. Ya! Aku salah seorangnya.
Sekarang sudah sampai giliran sofea berjumpa misi. Soalan wajib yang ditanya dek misi : anak minum susu apa, sudah pandai apa, aktif tak dia??. soalan-soalan biasa. Sangat tak mesra alam langsung. Tak bertanya langsung tentang kesihatan sofea. First dapat misi sebegini dan i really2 dont like it. Habis bertemu misi sombong kami keruangan cucuk mencucuk. Hari ini sofea bakal dihadiahkan cucukan tidak menghasilkan demam selepas setahun. Alhamdulillah nangis-nangis manja. Mana penah sofea nangis bagai nak gila sejak dia lahir. Sangat bagus ini anak. Yang paling penting sudah pandai cium pipi mama dan papa apabila disuruh.
Selepas habis semua aktiviti sofea, aku decide buat appointment untuk diri sendiri pulakla kan. 11.11.10 first appointment untuk ibu mengandung ini. Sangat malas sebenarnya sebab hati rungsingkan hal parking kalau lewat ke opis. Syukur tadi ada tempat untuk diparking setelah dua kali pusing-pusing, ronda-ronda makan angin dalam basement.
Hari ini juga di opis aku dapat panggilan telefon dari BSN menyatakan permohonan pinjaman peribadi aku dah diluluskan. Gembira sangat-sangat sebab penat dah hampir 2 minggu menanti. Kata orang kalau buat pinjaman di bank 3 hari dah lulus. Itu tipu belaka. Koperasi mungkin. Dalam bergembira sebenarnya risau jugak hutang yang semakin membukit tinggi macam gunung ditambah dengan bilangan ahli keluarga yang bakal bertambah. Untuk meredakan kerisauan marila kita berpegang pada prinsip ' kalau ada rezeki tak ke mana' & 'adalah rezeki anak tu'.
Entri ini sangat panjang tak tahula semua dapat baca sampai habis atau sudah tekan X sebelum khatam. Entri ini entri balas dendam sebab sudah lama tak update ini belog. Nanti entri akan datang aku story kenapa aku menambah hutang dengan membuat pinjaman peribadi. Mesti ramai nak tahu kan? Ke tak ada pun yang nak amik tahu. :P

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Pukul 2.39pm semalam dapat sms begini : NOTIS :-( MOHD ZAIDI BIN xxxxxx ) NO K/P 8xxxxxxxxxx) ANDA DIARAHKAN UTK MEMBUAT PEMBAYARAN COUR...