Minggu lepas aku dapat email dari admin friendlyfashion.my. Aku adalah salah seorang pengguna berdaftar laman web mereka. Dalam email tu diorang notice yang laman web tu akan ditutup bermula 1 Julai 2013.
Sebelum ni aku ada suggest kat korang kalau nak jual baju terpakai boleh jual kat sini kan (boleh refer entry ini). Nampaknya lepas ni kenalah cari medium yang lain pulak. Baru je nak merasa keseronokan duniawi. Mana tahu seronok aihhh, dah empat pasang baju prelove aku terjual disini dalam tempoh sebulan. Tup tup diorang nak tutup pulak.....
Dibawah ini email yang aku terima dari pihak admin friendlyfashion. Boleh baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa admin nak tutup web tu....
Kalau ada sesiapa yang tahu mana-mana laman web yang dicipta khusus untuk kita menjual prelove item & diy meh ler share...
06 June 2013
04 June 2013
Kemajuan di penghujung Mei
Korang ada keek ke? Aku baru ler sign up. Orang lain ada aku pun kenalah ada jugak kan.. Nanti kalau tak buat orang kata tak ikut perkembangan dunia semasa pulak. (",)
Padahal itu pun sebab terbukak keek orang lain pastu tengok eh sign up bole guna facebook je. Jakun sekejap.. Itu yang sign up. Kalau kena
isi name, nick name, gender, hp macam nak buat email memang aku idak
ler mensign up kan diri kat keek ni..
Lagi pun aku signup nak tengok camna orang lain buat video senang je. Apsal aku buat asyik kena reject dek nuffnang. Yang nuffnang blogbuster campaign tu ler... Kira tujuan daftar keek nak study camna nak buat video pendek dengan jayanya. Boleh gitu??
Oklah jom layan video sofea dan hakeem menari hindustan kat festival hari belia hari tu haa...
Review : Shopping di zalora kali kedua
Hari tu dah review shopping kat zalora for the first time. Review hari tu dengan pembelian menggunakan voucher percuma dari zalora. Kali ni nak review beli dengan guna duit sendiri. No more voucher free free dah. Sengkek zalora nak bagi selalu...
Aku beli skirt. Last week zalora bagi 10% diskaun pada sesiapa yang nak beli clothing. Pastuh because i'm an awesome customer (itu yang zalora tulis dalam email) nah zalora bagi lagi diskaun 15%. lagi. Awesome la sangat. So total diskaun yang layak aku nikmati adalah 25%. Itu yang laju je nak mengorder.
Harga skirt tu RM 40.90. Pas diskaun tambah dengan harga shipping jatuh RM 35.67. Murah dari harga asal. Berbaloi-baloi. (",). Shipping kena bayar RM 5.00 sebab pembelian bawah RM 75. Atas RM75 baru free shipping. For sabah sarawak RM10, Brunei RM30 on item below RM 250, above RM250 free shipping. Complete set info i bagi. Sila catat dalam buku..
Aku order skirt tu hari sabtu. Tak de nak tunggu-tunggu hari senin. Kang tunggu-tunggu sold out lagi. Tu pun nasib aku cepat, memang skirt tu tinggal satu je pun time aku order. Lagian diskaun 25% tu valid sampai esoknya.. Tu yang tak bertangguh. hihihi...
Then aku pilih Cash on delivery (COD). Takut jugak dah bayar barang tak sampai. Acaner tu? johan sila jawab. okey not funny. Duit dalam bank tak ada sebenarnya... Tapi apa-apa pun sila berhati-hati. Beli online ni satu pertaruhan.
Dua hari kemudian, means hari isnin pagi dapat call dari Ta-q-bin gitau seminit lagi dia nak sampai hantar parcel zalora. Owhh cepatnya. sabtu tenghari order, ahad memangla takkan sampai opis tutup. Isnin pagi dah boleh pegang my skirt. Sehari je tunggu. Super fast bagi aku. Siapa kata servis zalora lembab dan bermasalah. Mungkin dulu iyela kot. Sekarang dah improve maybe. Belajar dari kesilapan.
Cuma yang tak best budak taqbin tu kata seminit lagi dia sampai my opis. Tunggu punya tunggu 15minit kemudian baru nampak batang hidung. Pffttt...
Oh ye kalau uolls beli cash on delivery diorang guna khidmat ta-q-bin. Kalau bank in transfer baru guna GDEX.
Even banyak skirt camgini kat pasaran, murah-murah lagi dah nama aku berkenan yang ini ada aku kisah yang lain.

Nampak na aku tak gosok, main sarung je skirt tu.
Dua kali beli clothing kat zalora setakat ni dua-dua tak mengecewakan. Cutting suit for me.
Pandai jugak minah kampung ni soping online. ^_^
Dua kali beli clothing kat zalora setakat ni dua-dua tak mengecewakan. Cutting suit for me.
Pandai jugak minah kampung ni soping online. ^_^
Thank for reading..
03 June 2013
Random story
Aku macam biasa kalau hari cuti sabtu ahad memang masuk bilik belakang dan menjahit. Minggu ni mood menjahit kelaut. Satu family tak sihat. Cuaca sekarang tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Habis aku, hakeem dan mr. edy sakit kepala, demam dan selsema. Cuma sofea je antibodi kuat. Elok je dia...
Ni kejadian hari ahad. Dalam pada malas-malas nak jahit, aku jahit jugak seluar aerobik kakak aku. Jahit getah pinggang. Dah lama seluar ni terperuk kat dalam bilik jahit aku tu.
Ko boleh imagine. Aku tak tahulah manusia jenis apa kakak aku ni. Imaginasi tinggi betul. Disuruhnya aku cantum bahagian getah seluar merah dengan seluar hitam biru dia tu.
Seluar hitam biru tu pinggang dia jenis tak bergetah. Korang biasa tengok kan pesen seluar gini tak ada getah. Beli mahal tapi lelama pakai melurut ke bawah. Tu yang kakak aku suh buat gitu.
Bahagian dalam seluar lepas cantum. Buruk benar lepas cantum tapi tak pe orang tak nampak pun. Kalau hantar kedai mahu ke diorang nak terima tempahan cam gini. Haissh rasanya tak ler aku...
Pastu aku siapkan pulak sling bag. Body dia dah lama siap tapi aku tak bubuh-bubuh lagi tali. Sebab bilik jahit dah rupa sarang tikus tu yang aku siapkan mana yang senang-senang dulu. Minggu ni memang orang order aku tak sentuh langsung. Tak larat sesangat...
Beg ni sesuai untuk bebudak sebab tali pendek. Kalau aku pakai takat pinggang je panjangnya. Tapi beg ni best, banyak poket depan belakang. Boleh letak tab kalau ada tab ler. Aku tak ada. Finishing aku guna tape velcro tu je..
Korang tengok jelah senang citer....
Macam biasa model tak berbayar aku sofea. Abaikanlah hakeem tu, aku suh pakai seluar tak memahu.
Amacam cantik tak? Ke ada yang dah berkenan. Beg ni non empunya lagi..
Masa aku tengah jahit beg dan seluar, kat luar rumah aku tengah ada orang operasi pembersihan kawasan sekeliling rumah. Tengah mesin rumput dan potong pokok petai. Kitaorang tension dengan kawasan belakang rumah arwah mak aku tu. Banyak sangat pokok petai.
Korang jangan ingat pokok petai yang boleh buat sambal petai dan udang tu. Kalau pokok tu tak adalah aku nak rungsing. Boleh jual kat pasar. Dapat duit lagi. Tapi ni pokok petai yang jenis buah petai kecik dan kering tu. Apa namanya ntah.
Banyak giler pokok petai. Nak harap kudrat manusia memang tak larat nak tebang. Tebang tumbuh tebang tumbuh. Ada tak sesiapa tahu cara nak nyahkan terus pokok petai ni selain dari kena guna jentolak korek terus akar. Berapa pulak harga nak sewa jentolak tu.
Buaian tu jiran sebelah rumah aku siap gantung diantara satu pokok petai dengan pokok yang lain. Ini dah kira menceroboh tanah orang. Boleh saman ni....
Cara merawat tangan yang luka
Hari ni aku nak share satu petua. Macam mana nak rawat tangan yang luka supaya tak pedih bila kita buat kerja. Macam contoh masa kita tengah hiris bawang kengkadang terhiris tangan. Pastu bila nak sambung masak atau basuh pinggan mulalah rasa macam tak boleh. Pedih.. Kulit dah terbelah.
Macam jumaat lepas aku cuti. Pastu duduk rumah bosan. Terus decide nak bersihkan my sawi. Masa kemas kat bahagian bonet tak sedar ada pisau dalam bonet. Sebab pisau tu duduk bawah celah-celah kain buruk. Berdarah tangan.
Teringat juga masa belum kawin dulu. Aku ni ditugaskan bahagian masak makan tengahari dan petang. So satu hari tu teringin nak masak asam pedas. Pi amik bunga kantan kat belakang rumah. Sekali masa potong bunga kantan tu terpotong jari sekali. Dah tak boleh masak.
Masa dulu aku sapu guna ubat gamat. Tapi ubat gamat macam makan masa nak bagi kulit kita bercantumkan. Still lepas sapu ubat gamat bila nak basuh pinggan atau mandi kat bahagian luka tu rasa pedih-pedih.
Tapi sekarang aku dah tahu satu petua traditional. Mr. edy ajar. So pasni kalau tangan luka lagi tak payah rungsing tak boleh masak. Tak de alasan tak boleh masak.
Senang kan. Kalau korang duduk kat bandar tak dapek la den nak tolong. Kena tanya kat jiran india mana tahu diorang nak bagi pokok pisang depan pintu rumah diorang tu.. (",)
Oh ya boleh aplikasikan kat bahagian kulit yang lain. Bukan tangan jer. Uolls tunggu dalam 10 minit bagi kering getah tu then dah boleh buat kerja macam biasa. Gerenti tak pedih tangan punya kalau kena dengan sabun ke air ke...
Selamat mencuba....
*eh luka bersalin boleh ker???....

Ambil je getah batang pisang dan sapu rata di tempat luka.
Senang kan. Kalau korang duduk kat bandar tak dapek la den nak tolong. Kena tanya kat jiran india mana tahu diorang nak bagi pokok pisang depan pintu rumah diorang tu.. (",)
Oh ya boleh aplikasikan kat bahagian kulit yang lain. Bukan tangan jer. Uolls tunggu dalam 10 minit bagi kering getah tu then dah boleh buat kerja macam biasa. Gerenti tak pedih tangan punya kalau kena dengan sabun ke air ke...
Selamat mencuba....
*eh luka bersalin boleh ker???....
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...