21 January 2014

Court Mamonth what do you think?

Amboi tajuk omputih sangat...

Aku nak tanya apa pandangan korang tentang court mamonth? Kalau pada pandangan aku barang MURAH dan menarik. Setiap kali aku tengok iklan kat paper harian metro mesti terdetik nak beli. Setiap masa ada sales. Dua tiga kali aku tatap. Nama kata manusia gila tak tertarik tengok harga runtuh macam tu. Tapi aku tertarik tertarik macam tu jelah. Tak ada sampai nak pergi beli. Jejak kaki ke court pun tak pernah! Eh ada sekali aku tumpang teduh masa court shah alam masa hari hujan time gi dating. hahaha... Aku tak tau la kenapa aku suka sangat tengok iklan court, tapi belinya idak. Bagus la jugak aku tak terbeli sebab mr. mama dah penah beli barang court ni sekitar tahun 2003/2004. Beli TV LCD berapa inci tah. 36" kot. Anak mithali katanya beli nak bagi mak ayah guna kat kampung. Tapi baru guna setahun rosak.

Dijadikan cerita jumaat lepas peguam call hp aku suruh mr. mama bayar baki ansuran tv tu. No phone aku didaftar kan atas nama mr. mama. Sebab tu kot dia dapat cari mr. mama. Kalau nak ikut nombor telefon memula dulu memang dah ada. Giler betul court nih! Sepuluh tahun baru cari. Apa motif pun aku tak tahu. Dah nak bankrap kah? Atau nak bagi senang mereka saman kat customer yang dah buang semua agreement kah? Dah lah suh bayar sebelum pukul 12 tengahari isnin. Mana ler aku nak cekau duit. Bukan sikit hutangnya. Seribu dua ratus. Lawyer banyaklah duit. Seribu dua ratus tu dah bersamaan dengan setengah tahun yuran tadika sofea dah hah.

Bank pulak tutup tiga hari tu kan. Kalau aku tak bayar jugak isnin tu dia akan failkan kes ni kat mahkamah jalan duta katanya. Semalam aku terhegeh-hegeh call court mamonth nak tanya cara alternatif tuk settlekan hutang ni. Iyelah walaupun ramai yang kata barang dah amik so tak yah lah bayar. Aku fikir sudut positive hutang tetap hutang. Kat akhirat nanti menjawablah. Dalam diri ni adalah 50% rasa nak bayar. Tapi bila sekali aku call court dia punya kasar jawab suh deal dengan lawyer sendiri aku jadi bengang. Terus rasa cancell nak bayar. Aku dah deal dengan lawyer, lawyer cakap suh deal semula ngan court tentang cara bayaran. Mana satu nak aku deal kan sebenarnya. Aku tahu korang suruh aku deal dengan lawyer sebab nak pergunakan lawyer yang dah korang bayar tu. Kalau aku tak dapat bayar korang nak tarik barang-barang dalam rumah aku. Pastu kalau naik mahkamah aku kalah aku kena bayar sekali duit lawyer dalam lima ribu. Bijak bijak.. Lawyer tu masa aku tengah deal siap sindir kata barang court memangla murah tapi interest tinggi. Dah tu nak beli cash tak boleh. Kena ansuran jugak syaratnya.

 Ni aku curious court nanti nak ambush rumah yang mana satu. Mr. mama beli kat court tanah merah. Court tanah merah pun dah bungkus. Alamat sah sah alamat kelantan. Sianlah kalau court tarik barang dalam rumah mil aku. Kalau rumah aku sekarang ni mana dia tahu alamat aku. Ic mr. mama alamat kelantan. Kalau celcom kasi alamat aku tak tahu la aku nak cakap apa. Tu kira melanggar privasi tak ha... Boleh ke aku saman syarikat telekomunikasi yang dedahkan maklumat tu? hehe...

Semalam aku google pasal court nih rupanya ramai yang tak puas hati dengan servis and barang dia. Kalau korang google berlambak orang bukak thread kutuk court mamonth. Aku baca court ada bukak FB pastu tutup sebab tak tahan dengan kutukan orang agaknya. Memang barang court nih kata orang tak berkualiti. Iye kot... Tengok je lah tv yang mr. mama beli. Tv rumah aku aku beli kat tesco. Tiga empat tahun dah guna elok je.

Aku tanya kawan opis aku pun dia cakap sedara dia beli laptop tiga bulan pakai dah rosak. Baiki dua tiga kali rosak lagi. Isk isk isk... Penyudahnya dia stop bayar ansuran. Then orang court datang tarik laptop dia semula. Samalah kes mr. mama. Panggil datang service tak datang. Bila stopkan bayaran tahu datang rumah tarik balik tv tu. Bila aku terangkan kat orang court dia salahkan kita balik kata tak buat complain kat hq awal-awal. Kalau semua orang pandai gitu tak jadi masalah segini. Yang beli barang-barang court ni majoriti orang kampung yang tak tahu menda, orang yang hanya tahu nak berbakti pada ibu bapa. Mr. mama lah orangnya tu. huhu... Nak beli cash idak mampu. 10 tahun lepas gaji banyak mana lah sangat.

Mr. mama kata lantaklah penjara pun penjara lah. Uishh betul ke boleh kena sampai ke penjara kalau tak bayar hutang court? Habis lah laki aku..




16 January 2014

Masalah tadika selesai

Hello hello.. lama giler kan tak update blog. Emosi tak stabil korang. Tahun 2014 tahun yang mencabar kata fengshui cina. Dengar dalam WHI tahun 2014 bagi masyarakat cina tahun yang mencabar dan berliku dari segi kerjaya dan rumah tangga.  Aku terasa gak akan kebenarannnya. Tapi idak ler nak percaya seratus peratus.

 semalam kereta rosak jadi sempat saksi apa yang pia buat kat rumah ustazah.

Alhamdulillah masalah nak hantar pia ke tadika dah selesai. Aku amik jalan selamat hanta pia ke rumah ustazah. Kesian nak suruh kakak aku hantar. Udah ler dia sekarang dah kena pakai thumprint. Sebab nak hantar sofea punya pasal kakak aku kena masuk WP3. Aku sedap sedap masuk WP1 kul 4.30 balik. isk isk isk idak ler aku sekejam itu pentingkan diri sendiri. So jalan terbaik hantar sofea kat rumah ustazah tiap-tiap pagi dalam 6.50/6.55. Kalau jalan jem confirm punch card merah nih. Setiap hari sampai opis dalam 7.25 lebih lebih gitu. Tough la skit. Nak ubah schedule memula. Nak mandikan sofea. Nak masak nak gosok baju kalau baju tak bergosok. Now dah boleh manage masa. Pia pun hari cuti dah bangun awal pagi. Dah terbiasa.



Hantar pagi-pagi kat rumah ustazah dia dah siap-siap bukak tv bagi budak-budak tengok sementara tunggu bus sekolah datang amik. Merasa lah anak aku naik bus sekolah. Ini pun kira latihan nih. Ok jer dah dua minggu pun. Ustazah tu pepagi aku hantar dah tak de kat rumah. Dia dah keluar bawak van amik budak sekolah rendah. Yang ada anak-anak dia. Anak dia yang perempuan tu memang keje kat tadika tempat pia tu. Bus sekolah tu ustazah sendiri yang bawak. Kagum aku bus sekolah besar-besar pempuan bertudung litup bawak. Lagi kagum ustazah ni duduk rumah sewa tapi ada bus sekolah sebijik van sekolah sebijik. Keta exora sebijik.  Ada taska sebijik. Tadika sebijik. Tadika yang boleh mohon skim bantuan tadika selangor (tunas). See... memang boleh diharap dan diyakini ustazah ni. Tak delah risau sangat, Mr. mama kata ntah ntah rumah sewa tu rumah sewa dia. "Ntah". Janji pia suka sangat ke sekolah dah. Tinggal rumah ustazah pun dah biasa. Cuma time pagi bercintalah sikit nak mandikan dia. Siap kena mandi dengan air panas. Menangis bagai. Since dah pakai baju masuk kereta dia ok dah walaupun ngantuk-ngantuk sikit.



Dalam kul 5  aku amik tengok diorang still belajar lagi. Schedule memang pack. Terisi dari pagi sampai petang. Memang pia tak boringla duduk situ. Sekarang kat rumah tengah tengok tv mandi kengkadang menyanyi dan berselawat.

"lima jari lima jari lima jari allah jarikan
pandang atas pandang bawah 
tepuk tangan clap clap clap"

Kat tadika kemas dulu tak de kot nyanyi lagi cam gini. Lengkap ada math, agama, english... loike...

Pia suka aku lagi suka. Allah tu maha adil maha mengetahui mana yang terbaik untuk pia. Berpenat aku cari sekolah tadika merata dekat rumah jugak berjodohan. Alhamdulillah sangat dipertemukan dengan sekolah tadika islam ni. Dah macam ni aku ingat sekolah rendah nanti nak hantar puchong jelah. Pia dah biasa kat sini. Senang aku jugak tak delah tengah hari nak berkejar keluar amik anak hantar pulak ke kafa petangnya...


hakeem pun insyaallah bakal ke sini jugak..
 

03 January 2014

First day real school

Asyik citer pasal school je la minggu ni ye. Dah namanya anak baru nak sekolah. Mama excited.. Excited ke pening kepala?.  Semalam sepatutnya semua orang first day gi sekolah anak aku duduk rumah melepak, minum susu, tengok tv segala.. Adoiiiiii

Pagi semalam kemain aku mandikan pia 6.45pagi. Siap pakai uniform pass kat mr. mama. Petang semalam balik aku tengok semua tengah kroohh krooohh depan tv. Idak ler tergamak nak mengejutkan walaupun dalam hati tak sabar nak tanya pergi sekolah tak, macam mana sekolah.

Walaupun sebelum ni dah pergi sekolah start 26 dis, itu cuma dua jam. Yang tu lebih pada main-main block, plaster sin. Semalamlah the realnya... Tak pe sementara mereka tido mama cepat-cepat basuh pinggan kemas rumah. Kang bangun hakeem tak dapat dah nak buat kerja dah. Asyik nak nens je. Cun-cun siap kerja didapur semua bangun. Dan ayat pertama keluar dari mulut mr. mama "papa jatuh dalam bilik air, pia tak pergi sekolah.". haaa....

So hari kedua yang menjadi hari pertama sofea pergi sekolah aku hantar. Tadika dalam lima enam tujuh minit dari rumah. tak leh nak agakla. tapi dekatla cuma pepagi jalan nak masuk tadika tu sesak. Sebab klinik kesihatan le kat situ, masjid kat situ, giat mara disitu, sekolah rendah agama pun disitu. Nasib aku pandai masuk lorong lain. Take note ye makngah nanti lepas ni makngah kena hantar everyday. Aku mana boleh hantar. Masuk keje pun kul 7.30. Tadi pun sampai sharp sharp kul 8.00. But aku masih dalam perkiraan lagi ni samaada nak hantar kat rumah ustazah pagi-pagi atau nak kakak aku yang hantar. Kalau hantar pagi pagi kesian pulak sofea kena melangut kat rumah orang.

Pagi tadi hantar pia kat tadika dia ok. Excited. Tak dak nangis-nangis. Aku hantar tadi tak ramai budak yang datang lg. Pintu tadika pun belum bukak. Pintu gate je dah bukak. Cikgu dah ada dua orang. Maybe pintu tadika ustazah (owner tadika) yang pegang kot. Aku dah siap bawak toto, susu, baju dan towel. Hari ni hantar dull day lah. Tak taula kot tengahari mr. mama nak amik.

Aku tunggu dalam lima minit then tak boleh jadi kalau tunggu sampai belajar lambatla sampai opis. Sampai lambat tak pe sebab dah memang sedia lambat cuma kalau lambat sangat parking tak de. Jalan pun jem. Tadi nak masuk perkarangan opis sikit punya panjang beratur. Memang tak bolehla nak hantar dan masuk wp2. Dengan tolnya queue baik smart tag touch n go panjang giler. Itu belum lagi card tng tak leh baca. Tadi pagi satu lorong ada kereta yang card dia tak leh baca, kereta belakang siap bagi guna card dia lagi. Untung...

Cakap kat sofea mama nak pergi keje pia ok je. Lepas salam terus aku masuk kereta dan intai dari dalam kereta tengok pia berlegar-legar kat tepi playground. Aim nak main la tu. Tapi tak main. Pastu peluk tiang. Alahai sedih mama tengok. Semua aksi tak dapat dirakam sebab cari handphone tak jumpa. Pesanan sesiapa nak call call nombor opis handset tertinggal. :(.  Mungkin pia tak biasa lagi dengan kawan-kawan tu yang tak duduk dengan budak-budak lain. Tapi aku yakin sikit hari lain mesti dia ada ramai kawan tu. Pia jenis yang pandai berkawan.

Isnin depan tak tahu macam mana pulak. Baru melega pasal tadika, sekarang kembali rungsing hal nak hantar pulak. Semalam dah timbul hal yang nak kena fikir. Darjah satu nak sekolah mana ni hoiii.. Putrajaya ke puchong. Enam tahun nanti nak sekolah pra ke tadika. Hoih hal sekolah anak-anak sokmo mak mak yang kena fikir lebih...




31 December 2013

Ponteng

hahaha.. Masuk hari ketiga pia sekolah dia dah ponteng. Aku tersentap sekejap bila balik keje mr. mama kata dua dua tido. Pia tak pergi school. Kemudian menambah 'demam'. Kejut kejut pon tak bangun. Kul sepuluh lebih baru bangun. Mandi pon tak hari ni... Ok ok dimaafkan. Kemain sungguh explain.. Kalau sesaja siap... Tapi kalau mama yang ponteng sekolah dulu tak pe.

Ni aku nak bongkar satu rahsia masa jaman aku kecik-kecik dulu. Matiklah kalau mak tahu.. Perasaan malas nak pergi sekolah tu rasanya semua orang ada. Dan perasaan itu hadir dalam diri aku seawal sekolah rendah. Sekolah menengah lagilah banyak perasaan malas. Pantang je aku sekolah asrama. Susah sikit nak memonteng. Sebab kalau sakit kena duduk dalam bilik sakit. Bilik sakit sebelah bilik warden. Sentiasa kena pantau. Dalam bilik sakit cuma ada tilam single dan bantal satu. Buatnya hari tu ramai yang sakit kena tido atas simen jawabnya. TV pun tak dak. Kitaorang sabtu ahad je boleh tengok tv. Itu pun ada time. So kalau sakit sangat tak best.. Lagi best pergi sekolah, petang malam kena pergi prep, kena solat berjamaah. Lepas maghrib baca quran sama-sama. Arghhh rindunya suasana asrama...Tapi bila zaman sekolah, macam-macam alasan nak cuti nak balik kampung. Nak je cepat habis sekolah. Boleh kerja, pakai baju cantik, bawak kereta. Bila dah kerja nak jadi fulltime housewife pulak. #dasarmanusia.

Tapi aku bukan kaki ponteng sekolah tau. Sekali sekala ada. Setahun kita sekolah dalam sembilan puluh lebih hari tu adalah tiga empat hari tak cukup. Pernah jugak setahun tu tak pernah langsung ponteng sekolah. Hebatkan. Itu yang boleh jadi pengawas ngan boleh kata every year naik pentas amik hadiah antara tiga pelajar terbaik kelas. Berlagak sangat nih. *Sekolah agama je sekolah kebangsaan i fail.

Ingat lagi reason aku tak nak pergi sekolah selalunya sekolah agama. Sakit kepala. Badan rasa tak laratla mak. Mak pon baik hati kesian anak jadi apa-apa masa bawak basikal terus bagi ponteng. Padahal kalaulah dia tahu anak dia tipu. Anak dia nak tengok cerita cina tiap petang pukul enam kat tv3. Ampun mak. Betul ni aku tak sempat mintak maaf lagi ni pasal ni. Tapi edah pernah buat-buat tipu sebab reason ni sekali je. Sebab nak tengok ending drama the drifters. Ke macam mana ejanya. Ingat tak ingat 20 tahun lepas punya kisah...


sekarang kalau anak korang tak nak pergi sekolah sebab sakit pastu duk depan tibi tak gerak-gerak sila was was.



30 December 2013

Short Vacation : Goldcost Morib Resort

Malas betul aku nak taip pasal percutian budget ni. Gambar pun banyak nak kena resize. Harap korang bertabah baca sampai habis macam aku bertabah menaip entry ni. Kalau dibiarkan malas memang tak terpublish entry ni kang.

Aku pergi Goldcost Morib Resort ni 16 Dec. Sempena birthday aku. Happy birthday to me, happy birthday to me. Happy birthday yang ke -32 tahun. Sehari dua lagi nak masuk usia 33 pulak. Pftttt...

Percutian tak di rancang. Tak pernah-pernah sambut birthday tetiba tahun ni macam nak sambut. So sambutlah kita. Beli voucher kat groupon. Pun tak sampai sebulan sebelum birthday. Aku amik package E (birthday package). Kalau tak guna voucher mau enam ratus plus plus. Kalau sebegitu harga memang idak ler teman pergi. Tak worth it. Mahal nak mamp...

So package E ni include breakfast, dinner and pas ke taman tema for dua orang. Dapat kek, hadiah dan sijil. Kalau nak deal paling murah RM168 tak de dinner ngan birthday set. Deal ni memang sokmo ada. Kalau tak de kat groupon ada kat living social. Kat streetdeal pun ada. Orang kata lagi murah. Tapi aku tak jumpa.

Aku bayar guna duit syiling yang selalu aku jumpa dalam poket seluar mr. mama. Tukar kat kios puspanita dapat dua ratus. Anggap macam mr. mama belanjala. #pujukhati.. Dapat laki tak romantik plus tak reti online-online ginilah. Lebihnya baru guna duit aku. Ntah duit aku ke duit mr. mama. Semua duit mmg aku yang pegang.


 
Kiddos..

Laki macam apatah mood. So kita tak payah amik gambar dia.

Bertolak pukul 12.00. Kul 1.30 sampai. Check in sepatutnya pukul 3 tapi sebab tak ramai orang kot boleh check in awal. Sebab aku pergi time cuti sekolah kena surcharge RM50.00. Memang dah state awal-awal. Atter tiap tahun bulan 12 cuti sekolah. #redha. Sebelum check in pi makan dulu kat area tepi pantai tu. Sekejap lagi nak bertarung dengan air confirm lapa kata mr. mama. So kita mencekik dulu. Padahal aku dah siap bawak bekal nasi goreng dari rumah. Balik main air melantak jugak nasi goreng aku tu.


 
Order ABC, air bandung, tembikai laici, carrot susu, telur dadar, kailan ikan masin, sup ayam, ikan kembung tiga rasa, udang celup tepung total rm 40.00. Okla cuma mr. mama tak puas hati ikan kembungnya kecik. Kuah meladung. tapi fresh.. 


Bilik hotel. Tak suka katil kena camtum asyik gerak.
Tv merangkap ruang tempat kitaorang celebrite birthday.


 Semua kotak tu aku bawak balik. Ada sewing kit, shaver, berus gigi, ubat gigi. hehehe...


 Tarikan kat sini off course jakuzi dalam bilik ngan taman temanya. You now what aku ngan mr. mama tak mandi pun dalam jakuzi tu. Mmg tak romantik langsung laki aku. Yang duk ulang mainnya hakeem ngan pia. Sampai kul 12 malam duk berendam malam tu. Tak kasi chance langsung mama papa nak privasi.:p

Lepas check in terus kitaorang main kat taman tema. Gambar dalam taman tema tak de sebab tak bawak kamera. Sebab package tu dapat dua pass untuk sofea kena beli lain. RM20.00. Hakeem tak kena sebab kecik. Masa masuk tu aku tengok ada budak yang lebih lebih sofea tak de pun pakai gelang pass tu. Si mr. mama tu yang bagus sangat pi tanya tu yang tukang jaga tu suh beli. Tak ukur pun ketinggian. So pesanan aku ler lain kali kalau bawak anak yang age dalam 4-5 tahun buat buat derk je masuk, jangan memandai tanya kecuali ditanya. Sebab masa aku dinner malam tu aku bagi je dua voucher makan pastu  terus nonong jalan. Penjaga pintu macam eh eh budak itu.. Cakap sesama diorang. Aku buat derk je. Sebenarnya diorang tak kisah pun.. hihihi..


 Taman tema air dalam resort. Senanglah nak turun. Aku duk tingkat satu guna tangga terus sampai taman tema. Tak yahla nak kena tukar-tukar baju. Basah-basah pun boleh naik bilik.

Resort dia kalau nak tahu tak lawa mana. Dari luar nampak kusam. Aku memula masuk macam ini ke? Tapi bila duduk ok jer. Pastu orang kata memalam ada bau busuk tu aku tak bau pun. Ada yang sendal pintu ngan tuala ke apa aku tak buat. Elok molek aku tidur sampai pagi. Then sofea bebangun pagi terus nak pergi taman tema lagi. Asal korang tak koyak pass kat tangan tu korang boleh pergi masuk lagi taman tema ni. So worth it jugak aku bayar dua puluh hinggit boleh masuk dua kali.

Orang kata kena request kalau nak bilik menghadap taman tema. Aku tak request pun dapat jugak. hihihi.. #nasib.



Malam tu kitaorang turun dinner around 8.30pm. Masa bagi voucher dinner kena tunjuk ic sekali. Nak bukti hari kelahiran. Pastu amik makanan macam biasa dengan semua  visitor. Tak ada keistimewaan tempat pun. Makanan semua tak kena dengan tekak aku. Kari ayam, kari kambing... kemamakan sangat nih. Anak-anak pun macam ermm je nak makan. Pastu pia sakit perut, mr. mama bawak naik kat bilik, aku still ngan hakeem cari makanan. Tekak lapar lagi. Then jumpa satu menu nama subu subu ke apa ntah. Rasa cam mee kuah/sup gitu. Kena sangat dengan tekak aku and hakeem. Dua kali mengulang. #dasar..

Masa makan waiter datang bawak kek, hadiah ngan sijil. Aku expect kek besar rupanya alahai kecik ciput je. Tapi sedap. Ingat nak bawak balik rumah tak dan malam tu jugak habis. Hadiah dapat bear. Not my taste. Sijil birthday Malaysia book record aku lupa snap. Naik kat bilik baru kitaorang potong kek. Terharu anak-anak ngan laki sama-sama nyanyi lagu tua kat mak encik. Sayang korang...

Esok pagi pi mandi taman teman sekali lagi ngan pia then dalam kul 9.50 am baru pi breakfast. Kena sound dengan waiter kat situ kata cafe dah nak tutup. Pedulik. Sekali lagi nonong masuk. Ada 10 minit lagi kan.. Pastu pi kat ruang makan terus amik makanan banyak-banyak. Sebab waiter dah remind kalau pintu ruang makanan tutup dah tak boleh amik. Ala 10.15 baru diorang tutup pun. So makanan sedap pagi ni. 

  hok aloh baiknya dua beradik ni. Kalau time naik sheikh memasing. #urut dada.



Hakeem tu geram nak pi mandi. Pagi tu dia bangun lambat aku mandi ngan pia je. Fun sangat berdua-dua ngan pia. Rasa dah besar anak dara aku ni. Lulus jadi peneman mama jalan-jalan lain kali.


 Hakeem tak mandi terus breakfast.

Mr.mama makan nasi dagang. Tak tahu apa rasa. Aku memang tak makan nasi dagang.

Sian pia kena makan cam gitu. Kerusi rendah sangat.

Favrite aku honey star. Tak de pulak...

Last-last pia mintak kerusi macam hakeem. Tapi sempit... Awak tu dah besar pia oi...

Birthday girl. (^.^)

My lovely family.
Kek palsu. Memang dibuat untuk orang tangkap tangkap gambar kenangan.

Masa nak berangkat balik. Aku upload gambar ni kat fb. Ramai boleh tanya apa motif aku. Ramai kata kasut tu cantik. Hah.. Petang tu aku pi kedai craft pun orang kedai tu tanya kat mana aku beli kasut ni. Cantik sangat katanya. Mana lagi. Bundle i la...