10 September 2014

My Small Family

Ini bukan nak cerita pasal me, mr. mama, pia, hakeem & becaming baby. Huh tak sangka dah nak berlima dalam rumah kecik tu. Sure huru hara... Ok ini pasal my adik beradik. Last weekend abang aku dari tronoh tu datang. Lama giler dia tak jejak kaki kat tanah pusaka mak bapak aku.

Last kitaorang together gether masa adik aku bertunang. Tiga empat tahun ler plus minus kalau tak silap... Pastu lost contact. Macam friend nak lost lost contact. Malas nak citer lelebih pasal apa kat sini tapi senang kata sekarang kasih bertaut kembali sejak sejak kitaorang balik raya hari tu... Yang hitam2 kita lupakan bukak lembaran baru walaupun pedih dan menyakitkan... eeeeeeecewah...

Abang aku datang dengan bini muda dia hari sabtu. Itu pun dah nak maghrib. Actually dia sampai sejak hari jumaat tapi pi tido kat hotel area chow kit sana. Dating datingan ngan bini dulu. Bukan selalu boleh dapat gini. Bini dua kena pandai sembunyi sembunyi. Sabtu tu jalan sana sini jumpa kekawan lama katanya sampai kat umah pusaka mak dan ayah dah senja. Punya risau kakak aku tu asyik duk tanya nak masak apa. Last last abang aku pun tak nak makan dah kenyang makan kat luar.

Malam tu memacam ler abang ngan kakak aku sembang. Aku tak join. Pasal sekolah pasal kerjaya sebagai guru. Dua dua laki bini tu cikgu. Kakak ipar aku cikgu kafa. Eh ikut umur cam adik ipar ... hehehe muda trang tang tang tau bini abang aku tu.

I was terkejut bila abang citer pasal skandal kat sekolah dia. Between cikgu dan murid. Nowdays benda benda ni biasa jer jadi kata abang aku. Aku je tak tahu. Masih percaya cikgu adalah orang yang diharap dapat membimbing anak bangsa. Zaman aku dulu siaplah kalau ko melawan cikgu.

Tapi bila aku dengar orang yang cikgu yang kita harap harap kan tu umpama haruan makan anak hilang terus respek aku. Risau ni aku kan ada anak dara. Nasihat aku pantaulah anak anak memasing. Budak budak sekarang bukan leh caya. Pi sekolah bukan belajar, duk mengorat cikgu. Sekarang bukan budak bandor yang buruk akhlak yang area kampung felda pun teruk. Mak pak ingat anak diorang pi sekolah belajar rupanya terlibat gejala kurang sihat. Simpang malaikat 44. Harap tak jadilah keatas anak-anak kita.

Esoknya ahad tu kitaorang jalan IOI. Nak pi daiso. Timbal balas balik hari tu abang aku bawak daiso kat AEON Station 18. Ni kita kasi tunjuk daiso kita lagi besar. hehehe... Perabih duit betul la pi daiso ni. Sedap je main cecapai. Lima ringgit je... Amik empat lima barang dah nak tiga puluh ringgit. Kendian terjumpa kedai RM5 jugak ape ke namanya Komonoyokoyoko ke apa. Susah na nak sebut. Barangan jepun jugak. Banyak barang kaca like pinggan mangkuk cawan.

Abang aku dulu gemuk skrg kurus sbb kencing manis. Pia sayang betul kat paklong dia, tido pun ngan pak long.. eh lupa lak nak snap pic kakak ipar.. hehee

Aku hakeem dan pia duk luar jer. Makan aiskrim. Seram nak masuk dalam. Buatnya terlanggar kaca kaca tu, mati mak encik nak bayar. Before pi ioi mall, kitaorang round kat One city yang orang duk sibuk boleh tengok dari atas ke bawah melalui cermin kaca tu. Kitarang tak naik pun atas tu. Pegi kul 10am lebih dah panas berdenting. Nak naik atas tu sesuai waktu redup redup.



Actually ke one city nak cari kedai loveandcraft. Ni first time pi one city. Orang tak ramai lagi plus mall pun masih lengang. Aku jangka dalam tempoh setahun ni akan meriah kat sini. Belakang mall ni sekolah menengah. Ini pun mengundang keseraman mak encik. Tak strategik betul buat mall dekat dekat ngan sekolah. Area usj memang cam gitula pembangunannya...


korang masih boikot mcD? Sori i cannot tahan aiskrim dia ni...


Lunch kitaorang tapau kat An najihin area proton tu memang my favorite ayam dara dia. One set RM 7.50. Dpat nasi, ayam dara seketul, gulai kawah semangkuk, ulam2 + sambal belacan dan air boleh pilih air teh ais ke bandung ke sirap ke. Murah,... Beli empat set. Tapi hari tu ayam dara dia macam dah busuk... Sabar jelah...

Dap sangat gulai kawah tu...

Dah siap makan semua abang aku terus gerak balik perak. Nak singgah rumah mertua... Itu jelah perjumpaan tiga beradik. Adik beradik aku lima orang. Itu itu ajelah. Kitaorang membesar kat KL. Jarang balik kampung. Sedara mara tak rapat. Apa apa hal kita kita je lah...

Yang dua lagi tu sorang kat dungun, sorang lagi kat Semenyih. Tak bagitau kat kakak aku kat semenyih tu sebab  abang aku datang tu lebih pada nak berhoneymoon ngan bini muda dia... Banyak agenda duk rumah pusaka tu sekejap jer. So jangan plak ada yang sentap baca entry ni kata tak bagitau ye..

Kecik je family aku kalau di banding ngan mr. mama..Anak sedara masuk pia akeem ada lima. Ni nak masuk enam. Abang dan kakak aku tak de lagi rezeki nak dapat anak. Adik aku yang kat dungun tu patut dah dua tapi anaknya meninggal pas dua hari bersalin. Aku pulak maybe kalau lahir yang ketiga ni tutup kilang dah kot... :-)



09 September 2014

Berhenti menyusu botol di sekolah

Sejak minggu lepas sofea dah tak bawak botol susu kat sekolah. Nak kata aku gembira tak juga. Lebih pada curiga dan risau. Tetiba hari pertama nak ke sekolah, selepas kena air panas hari tu dah seminggu lebih tak pergi sekolah, dia kata tak yah bawak botol susu. Tak ke ko sebagai mak terkejut dan curiga seketika.

Ni dah masuk minggu kedua, setiap hari aku berperang dengan perasaan sendiri. Apsal la sofea tak nak bawak susu botol. Balik dari tadika or waktu malam ok je aku tengok dia menyusu. Hari tu cikgu cakap air panas tu terkena kat kaki sofea masa dia nak buatkan susu kan...

Puaslah setiap hari aku tanya pasal apa sofea tak nak menyusu. Alasan yang dia bagi mmg tak leh nak pakai. Berubah berubah. Sekejap cakap gini sekejap cakap gitu. Sofea dah besar, kawan semua tak bawak botol susu dah. Kalau sofea minum susu muntah masa tido. Alasan muntah ni kerap dia cakap. Terus aku syak agaknya cikgu marah kot dia muntah atas toto, penat nak kena cuci. Aku agak je lah... Bila aku pura pura nak letak dalam beg sekolah dia dia marah.

Selama ni kat rumah menyusu tak pernah muntah pun. Kecuali masa tak sihat. Bila aku tanya kawan-kawan lain pun tak bawak botol susu ker? Dia kata muhammad dengan aqilah je bawak. Haa ada jugak orang  lain yang bawak. Jadi cikgu buatkan lah diorang susu? Cikgu buatkan untuk aqilah dengan muhammad dengan sapa ntah lagi aku tak ingat namanya. Dalam tiga empat orang yang bawak botol susu kat sekolah tu.... So kenapa pia tak nak bawak susu botol? Sebab pia dah besar. Dah tak leh menyusu kat sekolah. Kat rumah je boleh cikgu kata...

Ikutkan dari sudut positifnya patut aku gembira sebab pia dah boleh tak minum susu botol kat sekolah. Jimat milo kat rumah tu... hehehe... Tapi sebabkan dia berenti lepas kena air panas aku rasa pelik. Tak ada angin tak ada ribut tetiba tak nak bawak botol susu.

Lebih lebih lagi, lepas raya hari tu semua cikgu cikgu sofea dah berenti keje. Tinggal cikgu lin sorang je cikgu lama. Yang lain semua cikgu baru. Ustaz, cikgu fatah, cikgu tehah semua dah tak ada... Kalau dulu setiap kali balik dari sekolah mesti dengar sofea cerita pasal cikgu cikgu dia. Ini nak tahu nama cikgu baru dia, cikgu ros ngan cikgu rubi tu setiap malam aku soal selidik. Akhirnya malam tadi baru dapat tahu nama dua cikgu ni...

propa je lebih ni, bila kita hala kamera pura2 study... :p


Sekarang sofea dah tak pernah bawak balik homework kat rumah. Ingat dulu aku bebising bulan ramadhan pun kena bawak balik homework. Bawak balik homework bising, tak bawak balik homework pun bising ye...

Bukan apa, aku curiga sekarang minat belajar sofea dah menurun. Tak berapa nak dah duduk kat meja study dia tu. Pastu kalau dulu setiap hari i was excited nak amik dia dari sekolah sebab nak tengok apa benda baru yang dia nak buat. But now ermmm camtu je statik.. Yang best nya dulu masa cikgu fatah ada, sofea dah reti eja kuku, jari, gigi, bibir tau.... Sekarang setakat perkataan itu jelah tak ada pun pertambahan. Di tanya tanyanya kita lagi ada....

Aku teringin nak tepon tanya kat ustazah pasal hal ni tapi tak sampai hati. Takut nanti disalah erti kan kita punya kecurigaan itu...


08 September 2014

Melawat baby Iman

Jumaat lepas pi melawat orang bersalin. Niat asal nak melawat my exopismate yang bersalin dah dekat tiga bulan tapi dia demam pulak. Tengahari dia nak pi klinik. So ubah planning gi melawat kakak opismate yang dah besalin 5 hari. Kat dalam putrajaya ni jugak. Nak keluar jauh jauh tengahari mmg tak la. Ini pun ikutkan malas. Sebab my opismate kata mak dia masak sup daging ngan ikan percik jomlah kita serbu. Jimat duit lunch...


Cekodok pisang tu sedap. Ada buah salak dukung.... Bihun tu siap tapau bawak balik. Mr. mama kata kena sangat dengan selera dia. Mementang tukang masaknya orang kelantan. Aku rasa biasa biasa jer. Hari ni pi korek rahsia resepi rupanya masak bihun kena bubuh gula juga. Tak pernah ler selama masak mee bihun buh gula. Kalau sambal iyela... 

Baby iman. Berat 2.8kg. Tak leh tunjuk muka kan baru lima hari... Kreatif betul diorang ni tilam bunga-bunga tu sebenarnya bantal... 

*tak sabar nak dapat baby...



05 September 2014

ALLANO hand and Body Lotion - lotion yang sangat berkesan

Bagi yang tanya lotion apa yang aku pakai kat sofea masa terkena air panas tu.... 

Jawabnya ALLANO Hand and Body Lotion keluaran AMWAY. Made in USA. 
*Gambar ehsan google malas nak snap.

Actually memula masa aku dapat lotion ni aku tak tahu apa kegunaan dia sebenarnya. Kat botol tu tak dak tulis pun boleh untuk merawat luka atau menghilangkan parut. Tanya kat my opismate pun dia kata orang yang jual kat dia just kata lotion ni elok dan sejuk. Lain lain akak leh baca kat botol tu saya tak faham bahasa inggeris. (~.-)..

Aku pulak ingatkan sekadar lotion biasa yang melembutkan or mencerahkan body. Bila opismate bagi ni aku macam ok ... terima kasih. Nak pakai belum tentu, kalau bukan anak dara aku tu sendiri yang beria nak pakai... hehehe... 

Opismate kata lotion sesuai untuk hilangkan parut yang kurang dari tiga bulan. We wait and see. Aku tengah apply kat kaki tangan aku sebab masa mengandung ni aku alami kegatalan teruk. Habis parut parut. Kalau berkesan aku review kalau tak de tak berkesan ler tu... Masa aku letak lotion kat tempat yang masih berluka tu aku tak rasa sejuk pun tapi lebih pada rasa pedih sikit. Tapi memang sekali apply je luka yang kecik kecik tu dah kering. 

Lotion ni jenis berbuih tau. Nak picit tu kena slow slow takut terkeluar banyak bila tekan. Rugi pulak... Harga lotion ni aku tak tahu berapa. Opismate bagi free. But aku ada google kata RM33.00 dan antara kegunaan  allano hand and body lotion ni sesuai jugak untuk merawat ekzema. Banyak lagilah kegunaan ALLANO hand and body lotion ni korang boleh baca kat SINI... 

*AMWAY memang telah diakui produk yang bagus kan?





04 September 2014

Check up 34 Minggu

Semalam check up macam biasa plus jumpa doktor. Klinik desa ni ada hari hari dia je yang boleh jumpa doktor. Check up yang handle. Kalau ada kes tertentu nak jumpa doktor ke baru diorang refer kat klinik kesihatan berdekatan. Aku kena jumpa doktor ni sebab baru pas minum air gula... Ok ke tidak...

Actually aku kesian dengan baby dalam perut ni, walaupun bebas dari kencing manis macam kakak dan abang dia tapi sebenarnya bab pemakanan aku langsung tak jaga. Minum susu ikut mood, ubat sejak aku sakit kepala tu langsung aku tak makan. Nampak sangat aku tak prepare nak dapat baby. Beg nak bawak pi spital pun tak masukkan lagi dalam kereta.

Last week check beg tengok ada banyak lagi barang yang tak masuk dalam beg. Itu belum bab preparation lepas bersalin. Memang banyak yang tak cukup lagi... Barang berpantang memang non ada. Almaklum pantang sendiri kali ni. Dulu semua mak mertua yang ready, ntah bila nak beli. Eee seram buat terberanak awal...

Semalam check doktor suruh buat scan kali ketiga bila dah cukup 36weeks. Nak tengok air ketuban ok ke tak. Ini ekoran kes aku kena cirit birit hari tu. Takut air ketuban kurang. Scan yang klinik kesihatan buat tu xde tunjuk paras air ketuban. Kena scan kat klinik swasta. Ermmm awat ada different antara scan kat klinik kesihatan, klinik swasta and hospital?? Klinik desa yang aku check up tu non ada mesin scan...

Lepas tu doktor check degupan jantung dah boleh balik. Tunggu dekat dua jam itu jer. Padahal kalau nak compare result check up dua minggu sebelum tu HB aku sekarang turun lagi 9.6, berat dua minggu naik 3 kilos and tekanan darah pulak rendah... Doktor langsung tak tanya or sembang apa-apa. Kalau dulu result macam ni mesti dah kena marah, kena bebel dah dengan doktor. Atau diorang akan tukar appointment jadi seminggu sekali. Ini doktor buat derk jer... Yang sibuk dia  tengok kertas scan kes cirit birit itu hari. Sebulan dah berlalu oii...

Aku bukan nak prejudis ke apa. Tapi kalau doktor kap lam ya nga ni memang la... Lorat. Ko tengoklah depa ni kat jalanan, kalaau bawak gah sikit macam pelesit. Warna merah menyala sesaja... Potong sana cilok sini... Ini statement yang kakak aku selalu keluarkan.. hihihi...

Ni mementang ko doctor senyum pun idak, langsung tak de nak ulas pasal minum air gula hari semua... Haiiiyaaa kesian la kau anak... Dahla doktor tak amik peduli. Mama pun selamba je tentang kewujudan mu. Pastu nak salahkan doktor pulak ye....


Saja nak taruk gambar ni masa cuti merdeka hari tu. 
Hakeem suka betul makan serdak goreng pisang tu...