30 November 2012

Milik siapakah sepasang kaki ini?

Siapa punya kaki yang sedang memakai selipar hitam bunga pink bersagat di depan.
*Anak-anak aku kalau beli selipar baru memang tak dan beberapa hari confirm habis jahanam...










Sofea?
Aduhai bukan sekali ni je hakeem pakai kasut kakak dia tapi dah berkali-kali. 
Aku duk perati je time dia nak pakai selipar, kalau ada pilihan antara kasut dia dengan kakak dia mesti dia pilih kasut kakak dia. 

28 November 2012

Teruja nak pergi


First Priority 
Metrojaya Warehouse Sale
From 28 Nov 2012 (Wed) - 2 Dec 2012 (Sun)
Stadium Malawati, Shah Alam


Second Priority
SINGER Warehouse Clearance Sale
From 1 Dec 2012 (Sat) - 2 Dec 2012 (Sun)
Bangunan SINGER HQ, Lot 6, Jalan 51/217, Section 51, Petaling Jaya, Selangor.


Third Priority

F.O.S Warehouse Sale
From 28 Nov 2012 (Wed) - 2 Dec 2012 (Sun)
18, Jalan Pelukis U1/46, Seksyen U1, Temasya Industrial Park, Shah Alam. 


Kesian mr. edy. Penat-penat kerja isteri asyik duk perabih duit jer. Tak pe... tunggu naa tahun depan cek keje cek dah ada income sendiri cek cuma minta duit dapur je k. (>.<)

Keganasan ada dimana-mana

haipp... rasa nak babab je tangan sofea.
No wonderlah dua ekor kucing yang lepak kat rumah aku mati .
Ni mangsa yang ke tiga apa...
Kat mana agaknya sofea belajar dera haiwan ni...

27 November 2012

Ubat Gigi Colgate Total Percuma

Nak tanyalah uolls guna ubat gigi apa yer? Dulu aku guna ubat gigi colgate. Tapi pas ada isu boikot memboikot Israel terus aku bertukar jenama. One of product yang kita kena boikot a dalah ubat gigi colgate. Bukan McD je tau....

Now aku pakai ubat gigi jenama MUKMIN. Memula masa tukar ubat gigi, lidah aku rasa payau. Dah terbiasa dengan ubat gigi Colgate sejak dari kecik. Suka sangat dengan ubat gigi colgate ni. Patah hati bila orang suruh boikot.

Since dah dekat dua tiga tahun aku tukar ke jenama MUKMIN, aku pasrah je pakai ubat gigi Mukmin. But now aku rasa nak beralih angin ke brand COLGATE semula lepas dapat tahu colgate nak bagi sample colgate total 20gram free. Teringin pulak mulut ni nak rasa... Dasar suka barang-barang free... kihkihkih..
Korang nak tak sample colgate total 20gram percuma?
Kalau nak boleh clik iklan colgate yang ada kat blog ni. Bila nampak je iklan cam gini korang terus klik lelaju k...


Jom 'Experience 12 Hour Protection For Yourself.  hehehe... Tak sabar nak dapat sample percuma nih. 20gram tu besar mana? Mesti cenonet.... 

Cabaran sofea free pampers

Alhamdulillah dah genap sebulan sofea tak pakai pampers. Dah tak payah remind suruh kencing berak. Sofea dah pandai pergi bilik air sendiri. Time nak cuci je dia panggil aku.

Act. bukan mudah nak bagi anak bebas pampers. Ada jugak challenge yang aku kena lalui.

Pertama, waktu memalam sampai sekarang aku masih kena kejutkan sofea untuk kencing. Kalau tak alamat bila time sejuk time hujan confirm terkencing dalam seluar. Bila dah kencing bukan sofea reti nak bangun. Tidolah dengan seluar basah-basah tu sampai aku buat spotcheck.

Last week nampaknya dah ada peningkatan, lepas terkencing malam tu, terus sofea gelabah bagitau dia dah terkencing dalam seluar. Tak sure aku, memang dia dah tersedar atau dia memang betul-betul berasa nak kencing. Yang ni takpe, aku rasa lelama nanti pandailah sofea bangun malam sendiri.

Challenge yang kedua ni je aku masih lagi berusaha mencari penyelesaian. Bab buang air besar. Sebulan tak pakai pampers, sebulan jugaklah sofea buang air besar atas lantai bilik air. Taknak nyer dia buang air besar dalam toilet. Maybe sebab toilet tinggi, jadi sofea takut. Aku pun tak ler bebelikan lagi potty train tu. Macam tak ada feel pulak nak beli... hehhee...

Disebabkan sofea buang air besar atas lantai, bila keluar jenjalan memang sangat-sangat problem tau. Tak boleh keluar rumah lama-lama. Nasib baik aku memang jenis home sweet home. Jarang keluar.

Pernah hari tu kitaorang keluar jenjalan, sofea kata nak kencing. Padahal aku baru je suruh sofea kencing kat Petronas. Aku dah mula risau. Mesti sofea nak berak ni. Nak balik jauh lagi rumah. Nak pergi tandas petronas nanti susah pulak nak cuci. Sebab kalau kata sofea berak kat lantai bilik air rumah aku memang dia berak betul-betul kat tepi pintu. Aku suruh membuang dekat-dekat lubang air, dia tak nak. Kalau dekat-dekat lubang tu senanglah nak jirus kan...

Last-last mr. edy suruh je sofea buang air besar kat tepi longkang. Tapi sofea pun reti jugak rasa malu, tak selesa... Tak mahu nyer dia melepaskan hajat kat tempat terbuka. Siap menangis lagi bila mr. edy suruh jugak buang air besar kat tepi jalan. Sian sofea... Nasib baik ada lagi saki baki pampers sofea yang aku letak dalam beg jalan dia. Terus aku pakaikan je sofea pampers. Akhirnya selamat sofea qada' hajat dalam pampers.

Aduhai macam mana agaknya nak kasi sofea ni buang air besar dalam tandas? Dah la sekarang asyik mintak nak pergi sekolah. Any idea...