07 March 2013

Teddie Kids Shampoo

Aku nak cerita sikit pasal shampoo yang aku guna kat hakeem dan sofea. Aku guna shampoo cosway - teddie kids shampoo. Sebelum ni aku pakai shampoo jenama lain. Nak tahu shampoo apa baca SINI.

Tapi sejak hakeem lahir, shampoo yang aku guna untuk sofea tu tak sesuai dengan rambut hakeem. Rambut hakeem jadi keras berjegang. Sampaikan adik beradik, sedara mara aku pun perasan akan kekasaran rambut hakeem. Tak pegang pun diorang dah boleh tahu kerasnya rambut hakeem.

So terpaksalah aku try and error sekali lagi. Dari yang murah ke sedang ke mahal semua aku cuba. Masalahnya kebanyakan shampoo yang aku beli ada yang sesuai untuk sofea tak sesuai untuk hakeem. Sesuai untuk hakeem tak sesuai untuk sofea.

Aku sebenarnya malas nak beli dua jenis shampoo. Leceh.. Bila time mandi mesti mandi sesama. Bila pakaikan lain-lain nanti mesti diorang argue. Macam kes berus gigi. Untuk bezakan berus gigi diorang berdua aku beli warna biru untuk hakeem dan warna pink untuk sofea. Tapi tiap kali nak gosok gigi dua-dua berebut nak warna biru. Last-last bercampur-campur. Kengkadang hakeem pakai sofea punya, tak pun sofea pakai hakeem punya.

Last-last tercuba shampoo teddie kids ni. My sister yg recomend. Nampak sesuai untuk hakeem dan sofea. Seminggu pakai dah nampak perubahan. Even sebenarnya sehari je dah terasa kelembutan kat rambut hakeem. Sekarang rambut hakeem dah tak kasar lagi.

Mengandungi aloe vera, cucumber & spinach.

Aku guna shampoo yang warna hijau tu. Harga RM 11.50 - 350ml. Biasa kalau aku beli dalam catalog campaign dapatlah rege RM8.90. 
Memula pakai baunya terasa kuat kat hidung tapi lama-lama alah bisa tegal biasa. Rasa sedap pulak... Sesuailah untuk budak yang kuat main. Bau kekal lama. 

*anak uolls pakai shampoo pe?

06 March 2013

Permohonan jawatan Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/ Wanita)

Semalam aku ada dapat satu email daripada Jobs Malaysia Customer Service.  Masuk dalam spam. Memang setiap email kat spam aku check satu bersatu.  Selalu terjadi email tak spam masuk spam, email spam masuk inbox. Apsal eh..

Aku memang ada daftar dengan Jobs Malaysia. Nak isi borang spa. Jobs Malaysia ni under KSM dan link dengan SPA. So setiap kali ada tawaran kerja yang dirasakan bersesuaikan dengan kelayakan aku diorang akan hantar email. Yang terkini ada offer bagi yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/ Wanita).

Tawaran yang tepat disaat negara sedang berhadapan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu.


Bagi yang berminat dengan jawatan ini boleh memohon di www.jobmalaysia.gov.my

Aku dulu memang minat sangat nak masuk ATM, dah pernah submit resume pun tapi kena return back sebab BI setakat lulus tak kredit *masa aku amik SPM hanya enam orang je yang kredit BI kat sekolah aku*. Tapi kali ni syarat dah longgar. Tapi umur pulak dah lebih.

Anak dara saya nak gelang agaknya

Dua tiga hari lepas aku pegi beli getah rambut kat kedai ceria 1.99. Balik je rumah terus sofea amik getah tu pakai kat tangan dia.

Masa nak tangkap gambar sofea tak mo bagi kerjasama pulak.

Dalam pada tak nak tak nak bergambar tu sempat jugak dia intai tengok mama dia tangkap gambar.

My sister kata aku patut belikan gelang yang macam india tu.... 

05 March 2013

Pengakuan seorang bibik

Minggu lepas aku ada bawak anak-anak pergi main playground kat giant putra height. Masa main tu adalah sorang budak perempuan pakai jubah dengan adik lelaki dia datang nak main jugak. Memang ramai je orang yang datang main kat situ tapi mata aku lebih terfokus kearah budak perempuan tu. Seraya dalam hati berkata baiknya budak ni, kecik-kecik dah pakai tudung & jubah. Mesti mak pak dia alim orangnya. 


Aku tengok budak perempuan tu tak main apa-apa pun. Dia duk perhatikan adik dia main jer. Sambil tu aku tengok ada sorang perempuan usia dalam hujung 20-an/awal 30-an memerhati sama pergerakan mereka dua beradik.


Kemudian masa aku tengah tunggu hakeem main gelongsong, perempuan yang usia dalam hujung 20-an/awal 30-an tu tegur aku. Dari percakapan dan perbualan baru aku tahu dia orang indonesia. Kerja sebagai maid.


Jom baca isi perbualan aku dengan maid ni....

Maid : Bawak anak main kat sini ker?
I : Haah.
Maid : Ada berapa orang anak?
I : Dua.
Maid : Saya jaga anak majikan. Letih lah jaga budak-budak ni.
I : Berapa orang budak kena jaga?
Maid : Lima.
I : Dah besar-besar ke?
Maid : Ada besar ada kecik. Paling kecik setahun lebih. Itu pun ada lagi dalam perut. Saya tak mahulah kerja jadi maid lagi. Mau kerja lain. Diorang ni semua degil sangat. Tak nak dengar cakap. Saya pun ada anak dua orang. Yang kecik baru enam bulan.
I : Tinggal dengan sape?
Maid : Dengan mak mertua.
I : Keciknya anak dah kena tinggal.
Maid : Iyelah. cari rezeki kat sini. Tapi itulah penatla keje jaga budak. Degil sangat. (perkataan degil ditekankan beberapa kali)
I : Kalau macam tu kerjalah kilang (punyalah bodoh suggestion aku kan)
Maid : Hah...(macam terkejut dengan suggestion bodoh aku tadi) Saya kerja baru seminggu. Agaknya berapa diorang mahu bayar gaji saya? 900 sebulan ada ker?
I : Awak tinggal dengan diorang ke? Makan diorang tanggung tak?
Maid : Haah, tinggal sana. Saya dulu orang jaga anak saya sebulan saya bayar satu juta.
I : Satu juta tu berapa duit Malaysia?
Maid : Tak tahu..... (gaya cakap dgn nada menyombong) Tiga ratus (dengan nada riak)
I : Makan, tempat tinggal dah diberi mana boleh dapat banyak tu...
Maid : Saya nak cari kerja lainlah... Baru keje 12 hari. Nasib pasport saya ada kat suami. Saya pun tak ada permit. (aku suruh imigresen tangkap baru tahu)
I : Kejelah cleaner. (baru terfikir kerja yang layak untuk dia)
Maid : Iyelah saya ingat mau keje cleaner jugak. Kul 5 boleh balik. Tak ada penat keje sampai malam.

Perbualan kami terhenti di sini sebab majikan perempuan ni dah panggil balik.

Semasa perbualan aku dengan maid tu, budak perempuan yang aku ceritakan tadi cuba mendekati hakeem dan bermain-main dengan hakeem. Tapi macam biasalah hakeem penakut dengan orang.

Tapi dari cara percakapan dan perlakuannya sangat lemah lembut. Tak ada pulak menampakkan kedegilan, keganasan atau sebagainya. Kalau budak yang degil kat mana-mana pun kita boleh nampak degilnya. Tak ada pulak aku tengok dua beradik ni menjerit ke , berlari sana sini ke atau kacau orang ke macam anak-anak orang lain yang ada kat situ. Elok je main sendiri. Mana mungkin kalau budak yang degil dirumah boleh bertukar jadi baik ditempat awam. Lebih-lebih lagi budak yang baru berumur empat lima enam tahun.


Aku suspek maid ni yang malas nak jaga or kalau tegur pun cara yang tak betul. Mana budak nak ikut. Anak dia pun dia boleh suruh orang jaga. Baru enam bulan dah kena tinggal. Macam ni ke orang yang nak kita harapkan menjaga anak kita.


kalau aku, aku tak prefer la indonesia. Tengok jelah kes baru baru ni. Ada ke budak baru berapa bulan di tebarnya macam roti canai. Maybe tak semua macam tu kan tapi majoriti. Pengakuan ni pun dah membuktikan... Dalam drama-drama sinetron jugak boleh kita lihat macam mana sikap diorang ni. Drama kita wajah kita. Betul tak?


Tido sampai nampak gigi arnab

Saje nak abadikan kat dalam blog gambar sofea tido. Time ni waktu petang pas keluar jalan-jalan ngan mr. edy. Dah tertido dalam kereta. Pastu angkat letak kat sofa terus sofea peluk patrick.

Nampak comel siap ketap ketap bibir.

Zoom sikit. Menampakkan seperti gigi arnab tapi no no no sofea tak ada gigi arnab.

Lena sungguh tidonya. Jarang sofea tido waktu petang. Mungkin hari tu penat sangat kot....