27 January 2011

Bercerai susu badan


Suggestion my mom in law, sepatutnya 1 tahun 3 bulan adalah waktu yang tepat untuk bercerai susu badan dengan sofea. Kata beliau kalau nak pisahkan baby dengan susu badan kena pada bulan yang ganjil. Iye ke? Tak kisahla kan, memang hajat aku nak berhenti kan sofea susu padan pun. Aku takut nanti baby yang bakal lahir tak cukup susu pulak.


- ini bukti bahawasanya aku memang serius nak berhentikan susu sofea -


Walaupun berniat dan berhajat nak berentikan sofea susu, satu action pun masih belum dibuat. Tak sampai hati ar. Kalau sofea nyusu badan feeling rasa semacam, rasa rapat je dengan sofea (ibu-ibu yang menyusu baby sampai bertahun-tahun pasti tahula kan feelingnya macam mana). Dan kalau sofea still menyusu badan tak de la aku terhegeh-hegeh bangun memalam nak buatkan susu formula untuk sofea (hee..dasar mama yang malas).


Dan bila niat dah pasang, pasti akan ada anasir-anasir yang menghalang kita untuk teruskan hajat itu expecially rakan-rakan sebaya.  Bagi aku ibu-ibu muda zaman sekarang ni memang kalau bab anak sanggup berjuang habis-habisan expecially bab penyusuan. Memang aku tabik giler kat diorang ni. Cuma aku je yang macam ala-ala endah tak endah tentang kebaikan breast feed ni. Bukan apa sebab dari awal lagi semangat nak fully bf dah dihalang oleh mak mertua. Menghasut supaya mencampur dengan susu formula (heee..tetap nak salahkan mak mertua padahal....).


Memang banyak yang aku baca dalam blog, internet, ibu-ibu yang meneruskan penyusuan ke atas baby mereka walaupun dah mengandung. Aku pun mula-mula berkira begitu, tapi masalahnya susu badan dah makin banyak menyurut dan aku sangat takut jika baby yang akan lahir tak dapat merasa susu badan pulak. Takkan lah nak sayangkan sofea sorang je, mestilah fair dan square kan.. 


Nak dijadikan kisah, semalam aku pergilah klinik lunaskan rutin appointment aku yang terakhir sepanjang bulan Januari ini. Isu yang dibincangkan banyak berkisar pasal kandungan aku dan bukan pasal sofea pun. Nurse nasihat supaya aku berhenti menyusukan sofea sebab ada satu kes yang terjadi dimana seorang ibu menyusukan babynya sehingga melahirkan baby yang dikandung dan baby lelaki beliau tumbuh buah dada seperti perempuan. Sewaktu kita mengandung, hormon di dalam badan kita adalah berlebihan dan hormon tersebut telah diserap ke tubuh baby yang disusuinya : kata nurse semalam.


Aku tak pasti kebenaranya tapi kalau mak bapak, orang tua-tua memang depa tak bagi kita susu kan baby sewaktu mengandung. Kalau nak diikutkan kita selalu cakap dulu masa zaman mak pak kita mana ada istilah bersalin paksa, injek injek sebab kencing manis. Tapi bila part nak berhentikan menyusu kita tak nak pulak ikut kan? kan? kan?. Manusia memang pelik. Dan tambah nurse lagi kalau kita menyusukan baby sewaktu mengandung, keletihan dan kemarahan memang tahap melampau sikit. Itu aku tak nafikan.

Persoalannya perlukah aku berhenti menyusukan sofea?

2 Comment:

Ied @ May said...

salam

kalau u mampu, teruskan. sbb my experiance menyusukan semasa mengandung, alhamdulillah semua ok. both baby & mummy sihat. yg disusukan pun sihat. skrg i tandem nursing. masih lg ok. unless doctor advised to stop, then u should stop.

Hanie Sidek said...

aku tak tau hadis soheh ke idak, tp ada ustaz bgtau. nabi tak bg kite nyusukan anak kalu kite pegnen. kalu ikutkan org tua2 kata, nnt budak2 ni xbaik ant satu sama lain. mmg terbukti pun.anak aku 2 org tu gaduh je 24 jam. hmmm..