Mood aku sekarang tak ok sangat. Mood orang nak meletup memang macam tu. Dalam otak ni macam macam fikir. Risau menghitung hari je ni. Ntah tetiba minggu depan dah bersalin atau esok lusa tuhan je yang tahu. Harapnya biarlah waktu kat rumah.
Pagi ni aku dah letak beg nak bawak kat spital dalam kereta. Selama ni beg dah ready tapi biar jer kat bilik tu. Ni macam takut je tetiba kang keluar tanda tak sempat balik rumah bersalin tengah jalan acaner... Kat paper kat fb banyak pulak share pasal bersalin sendiri dan kematian. Im not ready... huhhuhu...
Semalam pergi check up. Misi tanya tak ada lagi ke tanda nak bersalin. Kalau minggu depan dah ada tanda-tanda cepat cepat pi spital tau. Laporkan kelahiran sebaik sahaja bersalin. Amboi nampak macam nak kurangkan patient jer!. What ever... aku pun tak sabo sebenarnya nak bersalin. Eh nak bersalin seremmmmm... tak sabo nak cuti. Dah malas sangat nak pergi keje. Ni hari ni dengan esok ni ada bengkel. Baik! Saya yang menurut perintah. tskk... Tak boleh ke nak bagi aku bersenang lenang menikmati hari hari terakhir diopis. (^.^)
Macam biasa semalam checkup hb aku makin lama makin rendah. Pelik sangat. Malam sebelum check up puas aku makan sayur bayam banyak pun makin turun. 8.9. Misi tengok mata aku ok. Terus dia suh jumpa doktor terus. Doktor suruh amik darah sekali lagi tapi tak nak student yang amik nak staff nurse. Nasib naik 9.7 kalau tak dah kena pi spital masukkan darah.
Actually salah aku jugak, selepas disoal siasat misi sebab sekarang aku ketagih minum teh sebab tu hb low. Masa mengandung tak elok minum minuman berkafein kata misi. Nanti makanan berkhasiat yang kita makan tu tak jadi apa. Dah diserap dek minuman tadi. Mana tahu....
Kalau korang nak tahu juga jika hb kita low sangat bahaya untuk kandungan dan diri kita. Pelbagai komplikasi boleh jadi. Jika hb low mungkin anak yang lahir akan kekurangan oksigen. Ini boleh menyebabkan kematian kalau oksigen kurang dan tak sampai kat otak.
Sebab tu lepas bersalin doktor akan tepuk tepuk baby bagi baby menangis supaya oksigen akan mengalir ke otak. Hb low juga boleh menyebabkan anak yang lahir cacat. Ibu yang kekurangan hb juga boleh meninggal ketika melahirkan anak atau anak meninggal dalam kandungan. Sekali lagi akak insaf misi... Ini sangat sangat seram untuk didengar. Padahal kalau korang nak tahu aku baru sahaja membangga banggakan diri pandai buat teh tarik depan mr. mama.
Sungguh sebelum kawin hatta dah bertahun kawin baru ni aku reti buat teh tarik. Sebelum ni berapa kali je aku beli susu. Sebab aku teramat jarang minum minuman bersusu. Mak aku tak ajar. Tapi sejak mengandung ni dah berbotol botol susu aku beli semata-mata sebab nak buat teh tarik... Lepas ni no more susu ye until habis pantang. Aku kecewa dengan kepandaian membuat teh tarik itu....
Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts
25 September 2014
24 March 2011
Baby boy! Confirm ke?
Seronoknya kalau dapat sepasang kan? Baby girl then baby boy atau baby boy then baby girl. Mana-manalah janji boy and girl.
Last Thursday kena masuk wad kecemasan bersalin Hospital Serdang selama empat jam sebab kencing manis tinggi. Rasa seram sgt even ni anak kedua. Sebab dah dapat agak apa diorang nak buat kat kita.
Memula nurse suruh tukar kain batik. Sib baik dah stand by awal-awal kat umah. Dalam otak cuma fikir doktor nak check jalan. Kalau tak nape suh pakai-pakai kain batik. Then suruh aku berbaring di katil nombor empat di ruang penilaian.
Tunggu hampir setengah jam, diorang pun buat CTG beberapa minit, sister kata sangat cantik gerakan baby. Memanglah cantik baby aku memang sangat aktif tau (puji diri nih) then tunggu lagi untuk doktor pelatih check (aku rasa itu doktor pelatih). Perasaan semasa menunggu memang takut sangat sebab tengok macam-macam orang yang ada, yang duk tunggu nak bersalin normal ada , yang nak bedah ada dan yang muka dah pusat lesi pun ada.
Kemudian dekat sejam baru jumpa doktor real, buat scan. Masa scan aku buat muka sibuk-sibuk tengok mesin scan macam tahu sangatla nak bacakan. Finally doktor tanya nak tahu jantina baby ke. Nampaknya dia dapat baca fikiran aku. Aku jawab nak. Bila dah cari-cari posisi yang betul doktor cakap LELAKI. Aku bagitau hari tu scan kata GIRL. Doktor kata confirm boy siap dengan explanation.
Hopefully scan kali tepat. Welcome blue goodbye pink.

27 January 2011
Bercerai susu badan
Suggestion my mom in law, sepatutnya 1 tahun 3 bulan adalah waktu yang tepat untuk bercerai susu badan dengan sofea. Kata beliau kalau nak pisahkan baby dengan susu badan kena pada bulan yang ganjil. Iye ke? Tak kisahla kan, memang hajat aku nak berhenti kan sofea susu padan pun. Aku takut nanti baby yang bakal lahir tak cukup susu pulak.
- ini bukti bahawasanya aku memang serius nak berhentikan susu sofea -
Walaupun berniat dan berhajat nak berentikan sofea susu, satu action pun masih belum dibuat. Tak sampai hati ar. Kalau sofea nyusu badan feeling rasa semacam, rasa rapat je dengan sofea (ibu-ibu yang menyusu baby sampai bertahun-tahun pasti tahula kan feelingnya macam mana). Dan kalau sofea still menyusu badan tak de la aku terhegeh-hegeh bangun memalam nak buatkan susu formula untuk sofea (hee..dasar mama yang malas).
Dan bila niat dah pasang, pasti akan ada anasir-anasir yang menghalang kita untuk teruskan hajat itu expecially rakan-rakan sebaya. Bagi aku ibu-ibu muda zaman sekarang ni memang kalau bab anak sanggup berjuang habis-habisan expecially bab penyusuan. Memang aku tabik giler kat diorang ni. Cuma aku je yang macam ala-ala endah tak endah tentang kebaikan breast feed ni. Bukan apa sebab dari awal lagi semangat nak fully bf dah dihalang oleh mak mertua. Menghasut supaya mencampur dengan susu formula (heee..tetap nak salahkan mak mertua padahal....).
Memang banyak yang aku baca dalam blog, internet, ibu-ibu yang meneruskan penyusuan ke atas baby mereka walaupun dah mengandung. Aku pun mula-mula berkira begitu, tapi masalahnya susu badan dah makin banyak menyurut dan aku sangat takut jika baby yang akan lahir tak dapat merasa susu badan pulak. Takkan lah nak sayangkan sofea sorang je, mestilah fair dan square kan..

Nak dijadikan kisah, semalam aku pergilah klinik lunaskan rutin appointment aku yang terakhir sepanjang bulan Januari ini. Isu yang dibincangkan banyak berkisar pasal kandungan aku dan bukan pasal sofea pun. Nurse nasihat supaya aku berhenti menyusukan sofea sebab ada satu kes yang terjadi dimana seorang ibu menyusukan babynya sehingga melahirkan baby yang dikandung dan baby lelaki beliau tumbuh buah dada seperti perempuan. Sewaktu kita mengandung, hormon di dalam badan kita adalah berlebihan dan hormon tersebut telah diserap ke tubuh baby yang disusuinya : kata nurse semalam.
Aku tak pasti kebenaranya tapi kalau mak bapak, orang tua-tua memang depa tak bagi kita susu kan baby sewaktu mengandung. Kalau nak diikutkan kita selalu cakap dulu masa zaman mak pak kita mana ada istilah bersalin paksa, injek injek sebab kencing manis. Tapi bila part nak berhentikan menyusu kita tak nak pulak ikut kan? kan? kan?. Manusia memang pelik. Dan tambah nurse lagi kalau kita menyusukan baby sewaktu mengandung, keletihan dan kemarahan memang tahap melampau sikit. Itu aku tak nafikan.
Persoalannya perlukah aku berhenti menyusukan sofea?

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...