Showing posts with label penyusuan baby. Show all posts
Showing posts with label penyusuan baby. Show all posts

24 March 2011

Cabaran Berakhir




 Rasanya dah dua minggu aku bertarung menghentikan sofea dari menyusu susu badan. Dan dah lama tak tulis pasal cabaran ini.


Sebenarnya tak sesusah mana nak berhentikan sofea menyusu cuma kena ada semangat yang jitu dan kental. Selepas seminggu berusaha, garam yang digunakan untuk ditepek ke puting dah tak perlu di letakkan lagi. Sofea betul-betul ingat akan penangan masinnya garam.


Selepas dua minggu berlalu, bila nak tido, sofea ada habit baru, menyusu susu botol sambil menggentel puting badan aku. Tak kisahlah apapun janji sofea berhenti nyusu dan senang nak tido.


Kesimpulannya cabaran berhenti hisap darah berakhir dengan jayanya. :-)

13 March 2011

Cabaran Hari Ke-5 : Berhenti Hisap Darah


Sofea demam pada hari kelima. Panas sangat badan dia malam tadi. Aku tak pasti samaada ini disebabkan oleh penangan menghentikan susu badan atau sememangnya musim sebab sehari dua ni sofea memang batuk dan selsema.


Walau macammana pun rasanya misi aku nak hentikan sofea hisap darah susu badan bakal berjaya tak lama lagi. Sebab walaupun sofea masih sebut te te tetek tetek tapi dia tak berani nak masukkan dalam mulut. Kalau masukkan pun seketika.



Sekarang yang susahnya hanya time sofea nak tido. Kalau ada nenen dah lama dia belayar. Ini aku terpaksa bawak sofea pusing-pusing nak kereta dulu baru mau tido. Kalau dah tido pulak asyik meracau-racau je. Malam tadi memang aku tak boleh nak tido sangatla sebab sofea asyik merengek aje. Nasib baik hari ini cuti kalau tak mahu tersengguk2 aku kat opis.



Sofea aku lihat makin melupakan cara menghisap susu badan. Penangan garam memang berkesan. Aku decide bubuh garam bukan atas advice sesiapa tapi sebab aku tak suka nak bubuh sirap ke minyak ke, geli... Tapi letak garam rumit sikit sebab garam tak boleh tahan lama atas puting. Kena letak selalu. Mahu abis garam kat rumah aku nih.

11 March 2011

Cabaran Hari Ke-3 : Berhenti hisap darah


Semalam masuk hari ketiga dalam  usaha menstopkan sofea dari menyusu badan. Nampaknya semua berjalan lancar dan makin dipermudahkan. Cam biasa balik kerja terus amik sofea tapi kali ni tak macam hari sebelumnya, sofea tak mintak nenen dah sebaliknya aku terus bagi biskut. Sofea makan, tgk tv dan macam biasa aku bersiap ke dapur untuk prepare makan malam.


Lepas siap semua, mandi, makan, time untuk sofea tido pun menjelma. Sebelum tu ada sofea pegang breast mintak nak hisap tapi pantas aku letak garam terus dia tak jadi nak hisap. Buat pengetahuan, aku hanya letak garam kat sebelah breast je sebab sofea memang dari dulu menyusu sebelah.


Semalam dia tetiba selak baju nak hisap sebelah yang dia tak pernah hisap. Aku bagikan aje sebab aku tahu tak sampai seminit sofea akan keluarkan semula puting tu sebab dia memang tak suka. Bila dia rasa nenen tak ada rasa garam sofea terus rembat puting yang biasa dia hisap. Nah.... sofea kena sekali lagi penangan garam. Terkelat-kelat lidah dia menahan rasa masin. Kesian.


Kemudian aku ajak sofea masuk bilik dan tutup lampu supaya mudah sofea tido. Tapi biasala tanpa nenen memang payah. Naik turun naik turun atas katil dia tiga empat kali. Ntah pukul berapa bila aku tersedar dari tido aku panggil-panggil sofea, dia tak menyahut. Dan aku tengok sofea dah lena tertido atas tilam baby depan tv.


Sepanjang malam aku hanya suakan susu botol tiap kali sofea merengek. Aku kalau boleh nak elakkan dari memangku sofea sebab kalau pangku mesti mulut dia tercari-cari nenen. Lagi satu kalau sofea mintak susu badan aku ajar sofea supaya sayang baby dalam kandungan. Alhamdulilah itu pun dapat mengalihkan perhatian dia pada nenen. Tapi tido sofea dua tiga hari ni memang tak nyenyak mungkin tak puas nyusu. Asyik terjaga-jaga. Memang kesian tengok dia menangis kengkadang tapi apa nak buat. My husband kata pas seminggu ok la tuh. Tapi nak melalui seminggu ni rasa bagai setahun.

09 March 2011

Sofea hisap darah?


Setiap hari lepas balik kerja, hari cuti, waktu malam, waktu nak tido, dalam kereta sofea asyik mintak nak hisap nenen je. Aku memanglah suka sebab sape tak nak anak jadi cerdik kan? Orang kata elok baby menyusu badan sampai dua tahun. Anak lebih cerdik berbanding yang minum susu formula walaupun sofea bukan fully breastfeed tapi okla dari orang lain yang langsung tak dapat nak menyusukan anak mereka.


Disebabkan aku dah pregnant almost lapan bulan dah, ramai yang bagi nasihat-nasihat, pesan-pesanan supaya stopkan sofea dari menyusu badan. Aku memang bertekad nak berhentikan sofea susu badan tapi selalu tak menjadi. Kesian tengok sofea melalak tak dapat susu badan. Jadi niat hanya tinggal niat.


Tapi malam tadi aku nekad wei tak bagi sofea susu badan dan yes aku berjaya. Tapi disebalik kejayaan semalam memang ada sedikit kesedihan. Masa sofea nak menyusu je aku bubuh garam. Aku tengok sofea jelir-jelir lidah dan terus keluarkan puting dari mulut. Then aku bagi dia minum air putih. Mesti dia rasa masin semacam. Aku tau la rasanya tak boleh blah sebab doktor pun suruh aku makan garam secubit sebab kurang darah.


Bila dah tutup lampu untuk tido, aku pun kasi sofea susu botol, tapi sofea tolak. Tak mahu. Masa tu sofea dah mula meracau-racau. Walaupun mata dah terpejam tapi mulut merengek-rengek, merepek-repek cakap sambil nangis. Tapi untuk mintak susu badan memang dia tak mintak. Mungkin sebab penangan garam tadi. Aku tepuk-tepuk, urut-urut badan kasi tido pun tak jalan. Sedih rasa. Kalau iman tak kuat memang semalam hampir nak suakan dah nenen kat sofea. Tapi alhamdullillah berjaya jugak sampai ke pagi. Cuma yang paling tak tahan lepas ni tiap malam wajib kena bangun buat susulah nampak gayanya.


Aku nekad stopkan sofea susu badan semalam ni bukan apa tapi selepas husband cerita dia ada berbual-bual dengan makcik kat opis dia pasal sofea still menyusu badan sampai sekarang. Then makcik-makcik itu cakap yang aku bagi selama ini bukan susu tapi darah. Susu dah tak ada. Memang aku akui kalau aku picit puting yang keluar cuma air. Tak ada lagi susu sejak kandungan masuk 4 bulan hari tu. Walaupun ramai ibu muda yang nasihatkan aku teruskan penyusuan atas sofea, rasanya aku patut stopkan sebab susu pun macam dah tak ada. Aku tengok sofea menyusu pun lebih pada lepas gian jer.


Pagi ni pulak bila aku bangun dari tido aku rasa badan semacam, rasa lebih bertenaga, lebih segar. Mungkinkah sebab aku tak lagi menyusukan sofea, jadi badan lebih fresh? Dan betulkah selama ini sofea hisap darah bukan susu? Patutla sekarang ni aku di suspek kurang darah. Eeee ngerinya dengar....

27 January 2011

Bercerai susu badan


Suggestion my mom in law, sepatutnya 1 tahun 3 bulan adalah waktu yang tepat untuk bercerai susu badan dengan sofea. Kata beliau kalau nak pisahkan baby dengan susu badan kena pada bulan yang ganjil. Iye ke? Tak kisahla kan, memang hajat aku nak berhenti kan sofea susu padan pun. Aku takut nanti baby yang bakal lahir tak cukup susu pulak.


- ini bukti bahawasanya aku memang serius nak berhentikan susu sofea -


Walaupun berniat dan berhajat nak berentikan sofea susu, satu action pun masih belum dibuat. Tak sampai hati ar. Kalau sofea nyusu badan feeling rasa semacam, rasa rapat je dengan sofea (ibu-ibu yang menyusu baby sampai bertahun-tahun pasti tahula kan feelingnya macam mana). Dan kalau sofea still menyusu badan tak de la aku terhegeh-hegeh bangun memalam nak buatkan susu formula untuk sofea (hee..dasar mama yang malas).


Dan bila niat dah pasang, pasti akan ada anasir-anasir yang menghalang kita untuk teruskan hajat itu expecially rakan-rakan sebaya.  Bagi aku ibu-ibu muda zaman sekarang ni memang kalau bab anak sanggup berjuang habis-habisan expecially bab penyusuan. Memang aku tabik giler kat diorang ni. Cuma aku je yang macam ala-ala endah tak endah tentang kebaikan breast feed ni. Bukan apa sebab dari awal lagi semangat nak fully bf dah dihalang oleh mak mertua. Menghasut supaya mencampur dengan susu formula (heee..tetap nak salahkan mak mertua padahal....).


Memang banyak yang aku baca dalam blog, internet, ibu-ibu yang meneruskan penyusuan ke atas baby mereka walaupun dah mengandung. Aku pun mula-mula berkira begitu, tapi masalahnya susu badan dah makin banyak menyurut dan aku sangat takut jika baby yang akan lahir tak dapat merasa susu badan pulak. Takkan lah nak sayangkan sofea sorang je, mestilah fair dan square kan.. 


Nak dijadikan kisah, semalam aku pergilah klinik lunaskan rutin appointment aku yang terakhir sepanjang bulan Januari ini. Isu yang dibincangkan banyak berkisar pasal kandungan aku dan bukan pasal sofea pun. Nurse nasihat supaya aku berhenti menyusukan sofea sebab ada satu kes yang terjadi dimana seorang ibu menyusukan babynya sehingga melahirkan baby yang dikandung dan baby lelaki beliau tumbuh buah dada seperti perempuan. Sewaktu kita mengandung, hormon di dalam badan kita adalah berlebihan dan hormon tersebut telah diserap ke tubuh baby yang disusuinya : kata nurse semalam.


Aku tak pasti kebenaranya tapi kalau mak bapak, orang tua-tua memang depa tak bagi kita susu kan baby sewaktu mengandung. Kalau nak diikutkan kita selalu cakap dulu masa zaman mak pak kita mana ada istilah bersalin paksa, injek injek sebab kencing manis. Tapi bila part nak berhentikan menyusu kita tak nak pulak ikut kan? kan? kan?. Manusia memang pelik. Dan tambah nurse lagi kalau kita menyusukan baby sewaktu mengandung, keletihan dan kemarahan memang tahap melampau sikit. Itu aku tak nafikan.

Persoalannya perlukah aku berhenti menyusukan sofea?