26 July 2011

90 Days

Malam semalam lepak-lepak kat Nilai {lepak dalam kereta je}.  Ngikut husband ada member meeting. Angkutlah Hakeem dan Sofea berkampung dalam ecar.

Actually Hakeem dah 90 days. Ikutkan hari ini aku dah kena start kerja.

Perkembangan terkini Hakeem, dia dah boleh senyum-senyum. Senyum banyak tau. Kalau sofea main muka dia, menari depan dia, lagilah Hakeem suka senyum. Tapi yang paling dia suka sebenarnya ialah berDUKUNG sambil mengadap depan. Adui hai lenguh tangan ni. Badan dah lah sangat bam bam.




Sejajar dengan peningkatan usia Hakem, semakin merdeka lah aku.


24 July 2011

"RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND"





Hati ini meronta-ronta nak join this GA. Harap tangan Cik Kyra select my name as a winner. 


GA berlangsung selama seminggu shj dari 22hb - 29hb Julai 2011


Tarikh tutup ~30 Julai 2011~
 
Nak Tag :
1. HANY

Detail GA boleh klik HERE

23 July 2011

Day 88 : First Time Hakeem Sakit/Demam


Kalau boleh di katakan demam....rasanya cuma panas badan.

Semalam Hakeem dah mula resah sebab selsema dan batuk. Hari ini ada sedikit panas badan. Normal kan bagi baby selalu selsema. Bagi Hakeem tidak. Ini first time dia selsema. Berjangkit dengan aku la tu. Ikutkan tak teruk mana, hanya sekali sekala air hingus keluar tapi batuk memang mengganggu tidur malam Hakeem. Rasanya tekak dia perit. Walaupun tak menangis mana tapi dari pandangan mata aku, dia memang sedikit menderita. Kesian anak mama. Sabar ye anak mama.



Tak Pergi klinik ke?
Tak perlu. Dua anak sudah mematangkan aku samaada patut pergi atau tidak. Kalau temperature tak tinggi tak payah bawak. Cuma husband yang cuak. Wajiblah dia cuak sebab sejak sofea kecil penjagaan anak-anak terletak di bahu aku sepenuhnya.



Jadi Apa Solution Aku?
My husband suggest bagi air putih. Kalau ikutkan kata doktor baby tak perlukan apa-apa air selain air susu ibu. Since dia menyusu badan sepenuhnya air putih memang tak perlu diberi. Tapi kalau ikutkan mak mertua dan orang tua-tua baby juga manusia seperti kita yang perlukan air untuk hidup. My husband pulak cakap aku suka dengar cakap orang. {Ada sesiapa boleh detailkan hal ini}. Ntah mana satu aku nak ikut. Malas nak dengar husband membebel aku ikut kata suami {taat konon}. Dan off course aku bagi ubat demam yang masih belum digunakan. Ubat yang dapat time cucuk 2 bulan hari tu. Urut-urut dada hakeem, letak sikit minyak Yuyi di hidung.



Bila aku comparekan Hakeem dan Sofea, totally different. Off coursela sebab sofea perempuan, hakeem lelaki kan. Sofea selalu selsema masa kecik-kecik tapi jarang berak. Hakeem tersangat jarang selsema tapi terlalu kerap berak.

21 July 2011

Kerana Semangkuk Laksa


Nak citer dua hari lepas kawan-kawan opis terbukak hati nak datang melawat Hakeem. Nak di ikutkan next week hakeem akan masuk tiga bulan dah. Cepatnya je masa berlalu. Diorang ni pun apalah dah nak abis cuti baru nak memunculkan diri. Tapi tak apalah janji diorang nak jugak datang bertandang ke rumah aku daripada sedara rapat yang langsung tak nampak bayang. Tak reti-reti nak melawat ke apa. 







Kalau dah diorang datang lepas pantang, wajib ada sesi jamu menjamu. Kalau nak diikutkan untuk makan hari-hari pun aku sempat tak sempat nak masak. Hakeem payah nak tinggal sekejap pun, asyik nak berdukung tak pun nak berhenjut. Jadi macam manalah nak entertain diorang ni.



Bila pikir-pikir, payah-payah masak laksa je lah. Masak malam esok panaskan je. Kuah laksa lagi lama simpan lagi sedap kan. Aku ni dah lama sebenarnya tak masak laksa ni. Bila dah lama tak masak macam-macam bahan yang lupa dibeli. Lupa beli timun, lupa nak beli laksa pun. Hanya ingat beli bahan tuk buat kuah je.



Bab laksa ni aku suka pakai laksa kering dari laksa basah. Laksa basah tak sedap. Rasa macam getah. Hari tu aku first time beli laksa kering jenama Eka {bukan aku husband aku}. Bangga je dia bawak balik laksa yang pembungkusnya sangat cantik. Bila aku rebus laksa tu tak kembang-kembang. Rupanya salah beli laksa siam da.. Terpaksa beli lain. Laksa siam ni halus-halus, orang kelantan suka lah pakai laksa siam tuk buat laksa. Tak sedap.



Macam-macam hal lor nak kasi member opis makan semangkuk laksa. My husband cakap beli kat kedai je lah lima enam bungkus kasi diorang makan, kan senang. Pemalas tul my husband ni. Kalau aku beli laksa sebungkus RM 3.50 X 8 org = ?. Ni aku masak kos tak sampai 10 hinggit dah boleh makan tuk 10 orang. Habis licin lak tu. Kalau berniaga Ramadhan ni sure untung. ^___^.


20 July 2011

Mama, sofea sakit

 Sabarlah sayang yea...


Kesian, disebabkan cuaca yang tak menentu akhirnya sofea dijangkiti selsema dan hari ini demam pulak. Virus yang dibawa oleh mamanya sendiri.

Walaupun demam, siang hari sofea tetap aktif mintak nak berjalan kesana kemari. Bila malam baru masalah muncul. Tidur mula resah-resah diikuti muntah-muntah.

Sofea ni payah, nak pegang bahagian muka dan kepala dia susah nak kasi jadi nak tuam memang tak dapat. Nak bagi makan ubat lagi bercinta seksanya.

Tapi mama pun kesian jugak tau dah dua hari terkena muntah sofea masa tidur. Sekali kat muka sekali kat seluar.


* hakeem pun dah ada tanda-tanda selsema.

12 July 2011

11 Julai 2011






.terselit kekecewaan, kedukaan, kelukaan dalam hati ini








08 July 2011

Si Botak

Kalau nak cukur@botakkan rambut baby hari jumaatlah.

Penghulu segala hari.

Botakkan sebelum sembahyang jumaat.

Itu kata-kata my husband. Memanglah bagus kan hari jumaat tapi sebenarnya ada pantang larang ke nak cukur rambut baby ni? Aku main hentam je. Janji kepalanya botak.


Masa time sofea dulu aku tak botakkan. Orang cakap kalau tak botakkan nanti kepala baby panas. Aku nak botakkan tapi my mother in law cakap nanti rambut baby akan luruh sendiri. Memang luruh tapi tak semua, tak adalah sampai botak licin. Ermm..nape my mother in law cakap camtu kat aku?? Macam tak kasi je. My husband pun ikut lah cakap mak dia. frust frust...


Kali ini aku nekad nak botak sendiri rambut Hakeem. Masa husband tak ada sepantas kilat ambik gunting dan pencukur 'gillette' dan terus buat operasi. Ambil masa sejam jugaklah nak cukur rambut Hakeem ni pagi tadi.


Ini dia hasilnya tanpa bantuan sesiapa.


 i like. comei comei (puji sendirilah)




cuma sofea yang unlike. Tak ada orang nak layan.


07 July 2011

Wanita Gemuk atau Kurus Jadi Pilihan Lelaki

selepas lahirkan sofea

"Mama dah tak macam 3 bulan pas beranak. 
Sekarang dah kurus tak berisi lagi"


selepas lahirkan hakeem

"Mama beli Weight Gain lah.... 
Hah! Buat apa? Untuk sape? Sofea? 
Untuk mama lah. Kurus je papa nampak"



 Sekarang dah tau kan kurus ke gemuk pilihan lelaki. 
Kurus tak, Gemuk pun tak.
Mereka suka yang berisi ok. 
Di ulangi yang BERISI !

06 July 2011

.:Wordless Wednesday #1 : My Daughter & Son



04 July 2011

2 month

Patutlah banyak ibu bapa rela tunggu berjam-jam kat klinik kerajaan untuk check up baby. Mahal owh nak inject my baby yang dah 2 month. RM 136.00 - injection for DPT, Hib & OPV/IPV. Tapi ok la compare tunggu 3 jam untuk bogelkan baby pergi timbang, masuk bilik borak-borak tanya baby sihat, minum susu apa, baby dh boleh buat apa. Bila ada problem seperti selsema, batuk, misi selamba cakap u pergi klinik mintak ubatlah. Habis yang i tengah jejak sekarang ni apa? Bukan klinik? Ubat tak adakah?


Street to the pointlah, sabtu lepas pergi check up baby, nak pergi timbang & injection kebetulan baby pun dah dua hari tak berak. Boleh tanya sekali. Berat my baby 67 hari dah 6.6 kg. Naik 2.2 kg dari bulan lepas. Normal kah? Doc cakap kenaikan berat badan ur baby sangat bagus. Baby u pun sangat aktif. I like like like.


Pasal tak berak dua hari tu, doktor bagitau baby yang menyusu susu ibu sepenuhnya memang macam tu. Ikut sesuka hati dialah nak berak seribu kali sehari ke, nak berak hari ini banyak-banyak, esok sikit-sikit ke atau tak nak berak langsung. Cuma in case kalau lebih tujuh hari @ seminggu tak berak langsung baru bawak jumpa paed. Nanti diorang pam kasi keluar semua isi perut.


Rupanya banyak yang aku tak tahu. Maklumlah sofea dulu awal-awal dah campur dengan susu formula jadi beraknya pun standart 3 hari sekali.



eh! duit dah banyak berhabis nih.

 Tak lama lagi Ramadhan dah nak menjelma then nak sambut Syawal pulak. 


{KLIK}

Teknik Marmet

Cerita 4 hari lepas.

Saje-saje perah susu guna tangan (teknik marmet). Malas cari breast pump. Waktu malam budget nak tido lena tapi breast pulak dah membengkak. Keras macam batu. Terasa semua urat saraf menaik.


Hasilnya 3 oz dalam masa 15 minit. Tak expert lagi tapi quite ok for the first time. Ramai mommies kat luar sana prefer guna breast pump sebab ianya mudah expecially yang electric. Tapi for me pakai tangan feelingnya lain. Rasa kita ni hebat sangat sebab bukan semua orang boleh buat. U all better try. Boleh di aplikasi if ur breast pump problem ke rosak ke.




Ramai tanya macam mana nak buat teknik marmet ni. Bagi aku yang first time try tak ada rasa susah mana pun. Cuma bagi yang tak pandai kawal puting dan botol susu dinasihatkan jangan terus tadah ke dalam botol. Tadah pakai bekas yang besar supaya susu tidak tumpah.Rasa rugi kalau susu tumpah walau pun setitik {aku banyak tumpah susu time baby menyusu direct}. Kalau pakai botol susu cari botol susu yang lubangnya bersize besar. Macam botol susu philip avent {ramai mommies suka pakai}. Dari jenama lain pun ada.


Detail & Cara nak buat teknik marmet boleh lihat SINI. Banyak lagi laman web lain. Just search.


Cerita tentang breast ini memang isu sensitif dan sensasi. Kalau post kat FB macam-macam comment yang terkeluar.




Wei aku just share my experience. Excited beb! Sharing is caring right.

 
Copyright by Aziazidah