Showing posts with label baby hakeem. Show all posts
Showing posts with label baby hakeem. Show all posts

10 September 2012

Patah Katil Lagi

Katil kawin aku memang banyak berjasa. Buat tido tiga orang pengantin. Aku, kakak aku ngan adik aku. 

Katil tu dah lama patah dah sebelum hakeem lahir lagi. Sebab sofea suka melompat atas katil. Pastu katil tu selalu tukar position. Tarik belah sini. Ubah belah sana. Tu yang lutut katil patah habis lalu menyembah ke lantai. Selamat dah aku bagi api makan.


Yang ni pulak kat katil orang bagi masa aku dapat durian runtuh masa bulan Ramadhan hari tu. (Boleh baca story rezeki Ramadhan tu kat SINI). Tak sampai sebulan pun pakai, patah lagi.

Steady je sofea landing atas katil yang patah tu. 


Now aku tak ada katil dah, letak tilam tindan dua. Tinggi jugak. Tapi tak sesedap tido atas katil. 


*Kena beli katil rege lima ribu baru tahan lama gamaknya.

22 March 2012

1 2 3 pagi

Jadual bangun dan tido sofea sekarang memang dah lain sangat dengan masa zaman duduk nursery.

Kalau kat nursery diorang train lepas lunch kena tido sampai pukul 2/3 ptg. Jadi malam tak de masalah nak tido awal.

Sekarang sofea tengahari mana nak tido. Aku sibuk masak dia pun sibuklah ke hulur ke hilir, ke depan ke belakang.

Waktu tido dan bangun memang dah tungggang terbalik.Waktu orang tido dia sibuk berjaga, waktu orang jaga dia pulak tido.

Kalau matahari tak meninggi, tak pukul 11/12 tengahari memang sofea masih duk tido lagi. Petang dalam pukul 7 ke 8 kalau dia start cari susu maknanya nak tido dah le tu. 

Tapi bukan dia terus nak tido sampai ke pagi. Dalam pukul 10 malam bangun balik. Pukul dua tiga pagi baru sofea akan tido sampai ke tengahari.

Bukan setakat tu je, kalau nak tido tak boleh tutup lampu, tak boleh tutup TV. Selalu TV kat rumah tu terpasang sampai ke pagi. Iyelah, aku dah lama melena, tapi sofea masih duduk tengok upin ipin.


Hakeem pulak selagi jam tak melepasi pukul 12 malam jangan harap nak pejam mata. Kalau dulu waktu siang boleh jugak tido tiga empat kali sehari tapi sekarang maksimum tido siang dua kali jer.

Dah macam-macam cara aku try kasi depa ni tido awai tapi tak jalan. Tak kena cara kot. Aku nak buat kerja pun payah.

Dah dua beradik ni tido main dan, mama diorang pun terpaksa ikut schedule dan diorang jugaklah.

07 March 2012

Fever

Amboi tajuk omputih :P.

Tak ada ribut taufan, petir pun tak ada, tetiba budak Hakeem ni demam pulak. Malam semalam masa menyusu, aku pegang kepala Hakeem dah mula rasa suam-suam. Aku time Hakeem menetek memang suka cium bahagian ubun-ubun dia. Korang suka tak buat cam tu?

Bangun pagi tadi terus cakap kat mr. edy Hakeem demam ni. Tengahari badan Hakeem dah makin makin panas. Bila petang memang Hakeem dah down sangat. Memang tak nak dah berenggang dari mama dia. Asyik nak menyusu dan berkepit je dengan aku. Kalau menyusu sambil riba bila letak kat katil confirm nangis tahap gila-gila punya.

Masalah anak-anak aku kalau nak tuam kan dengan tuala mesti tak mahu. Di buangnya tuala tu siap merampus-rampus lagi. Pastu yang paling aku tak tahan kalau time menyusu confirm dia nak main gigit jer.

Tak pastila samaada Hakeem demam sebab dua gigi atas tu dah keluar atau dah nak start berjalan. Gigi atas dia tu bukan main besau lagi. Macam gigi kapak. Kalau sebab nak berjalan macam dah ada tanda-tanda melepas-lepas tangan.

Hope cepat sembuhlah ye sayang... 

04 March 2012

Cara nak psiko suami

aku : cantik jugak rambut palsu mama ni kan sofea..
sofea : macam pengemis tak sikat rambut je ma..

Amboi anak aku si sofea ni kau suruhlah buat kerja memang cukup rajin. Suruh ambik pampers adik, suruh letak baju di ampaian dalam bakul, suruh buang pampers dalam tong sampah.

Pendek kata apa yang disuruh memang semua dia buat. Kalau dah disuruh pastu tak suruh lagi mahu dia meradang. Harap-harap sampai besarlah rajinnya.

Macam biasa mr.edy sabtu dan ahad memanglah bz je memanjang. Petang ni ada job pindah rumah kat kg. baru.

Masa tengah bersiap-siap nak pergi sengaja aku pancing cakap sian anak mama ni dah terabai. Papa sibuk eh. Tak pelah nanti kita buat majlis hari jadi Hakeem bulan 4 ni besar-besaran kecil-kecilan ngan mak ngah, pak su, hakeem, mama dan papa. Biar sofea main puas-puas.

Cakap macam ni pun sebab kebetulan tengah tengok rancangan nona ada sambutan birthday dengan tema cartoon apa tah. Tak ingat. Nampak sofea really interested. Teringin jugak aku nak sambut dengan bertema-tema ni.

Pastu masa mr. edy tengah nak start enjin lori dengan spontan mr. edy cakap "jom ikut papa kerja". Hari tu sofea pernah dah ikut sekali papa dia pergi kerja. Memang succes menolongnya. Aku pun dengan sepantas kilat amik beg sekolah sofea dan buat susu sebotol sebagai bekalan.

Haa..kan aku dah berjaya psiko mr. edy. Petang ni dapatlah aku spend together gether dengan hakeem.

28 February 2012

Gigi sulong saya

Nampak tak gigi sulong saya?

Susah betul nak snap gambar yang menampakkan gigi hakeem ni. Kena geletek bagai nak rak baru dapat snap. Itu pun tak berapa clear.  

Gigi pertama hakeem tumbuh bahagian bawah dulu. Kalau kakaknya tumbuh bahagian atas dulu. 

Gigi ni dah tumbuh lebih kurang dekat sebulan. Gigi kedua dan ketiga dah nampak tanda-tanda jugak. Kali ni bahagian atas pulak. 

gambar terkini hakeem smlm keluar kena ketip dek nyamuk

Yeyy saya dah nak dapat lesen menguyah.

10 February 2012

EBM oh EBM

Selasa hari tu kami sekeluarga pergi cheras sebab nak hantar pulang pekerja mr. edy yang dah nak berenti kerja. Macam perempuan nak kena berhantar-hantar. Balik dari cheras tu tergerak hati nak check fridge bahagian freezer (instinct la tu).


Masa bukak tu hati dah memang rasa lain macam. Tengok ada banyak lelehan air. Pastu semua botol2 berisi EBM dah cair. Tak ada satu pun yang beku. Nak kata blackout, lampu peti ais menyala.


Aku baru je mula aktiviti mengepam ni. Baru 3 minggu. Stock pun taklah banyak mana. Tapi lebih dari mencukupi untuk tinggalkan hakeem separuh hari time interview nanti.


Sejak dapat surat panggilan temuduga ritu lah mula tertatih-tatih mengepam. Kalau pump dari dulu pasti dah bertimbun dah stock ebm untuk Hakeem. Risau jugak tetiba dipanggil bertugas awal. Macam confident dapat jer :P


EBM kalau dah cair kenalah habiskan dalam tempoh 24 jam. So trylah kasi hakeem minum. Walaupun tahu tak kan terhabisnya dia minum. Hanya 1oz jer yang lalu ke tekak hakeem.  Yang beroz-oz lagi  tu dah selamat aku campak ke sinki. Sayang ooooo.......


* Mood : Sedih.
For ibu-ibu yang buat stock sila pastikan fridge anda ditutup rapat.

31 January 2012

Stage : Meniti

Pejam celik pejam celik, my son dah sembilan bulan. Dua tiga hari lepas dah boleh berdiri sendiri tanpa sokongan. Lama pulak tu. Ada dalam lima minit dan mungkin lebih.


Aku testing dia berdiri tanpa di sokong masa dia duk sibuk nak berdiri dekat TV. Kemudian boleh pulak dia terkedek-kedek meniti setapak dua walaupun belum boleh bangun sendiri. Suka...suka...


Bab nak bangun memang masih memerlukan sokongan orang, baru separuh badan je berjaya dia angkat sendiri. Tak lama lagi bolehlah berjalan. Inilah saat yang di tunggu oleh semua ibu-ibu.


Aku tahu hakeem pun memang dah tak sabar nak dapat kaki. Setiap hari kalau kita biar dia main sendiri mesti marah je kerjanya. Dia suka orang pegang tangan dia, pastu sokong dia berjalan.


Time sofea sepuluh bulan dah boleh berjalan. Rasanya hekeem tak bolehlah nak tandingi kakak dia. Anak lelaki ni biasa lambat sikit. Badan tulang temulang semua lebih berat dari perempuan. Tapi manalah tahu kan tetiba hakeem boleh bangun dan terus berlari.










Proud of u la son.

13 December 2011

Puree Apple

Minggu lepas aku wat puree apple untuk my son. My son ni kuat makan. Tale je apa kemulut dia mesti dia nganga. Ubat demam pun steady je dia telan.

Sekarang makanan my son adalah bubur nasi + sayur yang ditapis. Belum mula lagi makan ikan/ayam/daging.

Back to puree, senang je nak buatnya. Ini aku guna dua biji apple. Just to try.

Aku kalau makanan yang kena simpan dalam peti ni kureng sikit. Aku suka bagi makanan yang fresh ke my son. Jadi tiap hari aku menanak bubur.
  1. Kupas kulit apple.
  2. Potong kecik-kecik ala dadu.
  3. Masak dalam periuk bersama air hingga kering.

Pastu aku kisar since my son kecik lagi. Bila aku bagi dia makan mukanya macam pelik aje. Tak berapa suka la tu, tapi still menelan jugak. Masa time sofea dulu aku tak pernah bagi puree.

Anak-anak aku, baik sofea ke hakeem menurun sebijik ikut aku bab makan. Makan kuat, dan sofea kalau tak ada kuah tak nak makan nasi.

26 July 2011

90 Days

Malam semalam lepak-lepak kat Nilai {lepak dalam kereta je}.  Ngikut husband ada member meeting. Angkutlah Hakeem dan Sofea berkampung dalam ecar.

Actually Hakeem dah 90 days. Ikutkan hari ini aku dah kena start kerja.

Perkembangan terkini Hakeem, dia dah boleh senyum-senyum. Senyum banyak tau. Kalau sofea main muka dia, menari depan dia, lagilah Hakeem suka senyum. Tapi yang paling dia suka sebenarnya ialah berDUKUNG sambil mengadap depan. Adui hai lenguh tangan ni. Badan dah lah sangat bam bam.




Sejajar dengan peningkatan usia Hakem, semakin merdeka lah aku.


22 June 2011

Amanah Dalam Cinta




dia kuat berdukung,

dia kuat berak,

dia kuat nyusu,

dia kuat kerana dia lelaki.

dia adalah...

amanah dalam cinta kami.

dia 'hakeem'...

^_^

09 June 2011

44 Days.

Esok merdeka.
Esok bebas.
Esok tiada sekatan.
Esok tanpa batasan.
Esok... dalam erti kata sebenar hakeem dah berusia 45 days.







Maknanya esok aku dah abis pantang. Kalau dah abis pantang maknanya dah boleh bersamalah kan kan kan??. Kih Kih Kih.


Tapi sanggup kah aku?

Aku tak sanggup, kalau iye pun sabar-sabar lah tunggu 100 hari atau paling tidak hari ke-90 (3bln) kan...

Dan sebenarnya walaupun dah lepas 44 hari masih ada yang kena dipantangkan seperti minuman berais, berkarbonat, nangka, sayur labu, makan pedas-pedas (perut hakeem tak tahan pedas).....
Kalau orang Kedah lagilah pulak pantang tak boleh makan mee goreng setahun.

02 June 2011

Tak kuasa nak buatkan susu anak | Ibu macam apalah ni

Ok fine, aku memang malas nak buatkan sofea susu hari ini. Walaupun banyak kali sofea cakap : Mama cucu..cucu... Langsung tak de perasaan belas kasihan pun dalam hati aku. Malah aku bagi sofea hisap susu badan balik. Nak senang. Terasa sofea dekat sangat dengan aku (rindu saat dulu).

For Sofea :
  1. Bukan mama tak nak kasi minum susu walaupun tak sampai seminggu dah habis 1.2kg susu sofea minum tapi mama tahu sofea dah nak terlelap tp still nak ada puting dalam mulut. Jadi mama tak nak jadikan itu sebagai amalan.
  2. Memang mama malas sangat nak buat sebab mama letih dari pagi sampai tengahari banyak kerja rumah yang nak disiapkan (ibu yang baik tak kan bagi alasan, :P) sampaikan lepas mandi tadi mama gatal-gatal cuba pakai jeans yang dah lama mama tak pakai, wah baru 37 hari bersalin dah muat. Hebat mama kan sofea.

For Hakeem :

Kakak mintak sikit aje susu yea. Tak sampai 5 minit pun hisap. Mama janji ini yang terakhir.


Sayanglah anak-anak mama.