27 November 2011

Just sharing - Pendapatan Terumpuk@Buffer Earning

Just nak sharing inilah first time aku dapat Pendapatan Terumpuk @ Buffer Earning daripada Nuffnang.

Aku start buat blog masa redmummy kuar paper sekitar April 2010. My sis la duk sibuk-sibuk cerita pasal blog dan terhasillah blog ni. Aku pasti time tu kan mesti ramai yang daftar ngan blogspot.

Tipulah kata sape yang buat blog pastu letak iklan bagai niatnya cuma nak jaja cerita bukan sebab duit. Mesti punya ada salah satu sebab money. Aku pun. Sibuklah that time search sana sini camna nak letak iklan seterusnya nak dapat BE. Untung sape yang buat tutorial pasal nuffnang. Guna SEO depa nih. hihihi.

Tapi sebulan, dua bulan, tiga bulan sampai setahun aku tunggu hapah pun tak ada. Blogwalking tiap hari sampai mata berpinar-pinar. Bila dah tak berhasil aku tukar lak letak iklan advertlets. Dengan advertlets tiap-tiap hari duit masuk tapi kalau traffic ciput duitnya pun ciput ler. 0.01 sen, 0.005 sen.

Sampai aku give up tukar balik ke Nuffnang. Bukan pasal duit dah tapi kali ni aku typing sebab minat. Kalau ada dengan Nuffnang, adalah. Better concentrate ngan busines lebih bagus. Mr. edy pun kata buat blog ni merugikan.

Tapi tanpa sedar rupanya dah sebulan ada BE kat blog ni dan dah bertukar jadi Pendapatan Meter @ Meter Earning pun. Ini ada lagi sikit BE yang tinggal.

tepeklah gambar sikit, nanti orang tak percaya pulak.

Jujur aku tak sangka BE boleh muncul sebab traffik nak capai 100 sehari pun payah.

2 Comment:

ANA FARHA said...

kene sabar.. saya pun dah tiga tahun.. lagi sket lagi baru boleh nak cash out..

Azi said...

ana farha: yela..klu ada rezeki tu xkemana