11 January 2012

Haier Warehouse Sales

Sabtu dan ahad lepas - 7 - 8/1/12 ada jualan gudang haier. Because i'm a warehouse sales lover, off course setiap jualan gudang yang ada wajib aku pergi. Lebih-lebih lagi yang dekat ngan rumah.


Ini pertama kali aku pergi jualan gudang anjuran haier. Aku tak pasti sama ada sebelum ni haeir pernah buat warehouse sales ke tak.


Memandangkan beberapa bulan ni memang aku tengah menyevey  vacuum, memang cunlah kalau aku pergi. Manalah tahu ada vacuum yang berkenan di hati.


Fyi, aku tahu pasal warehouse sales melalui laman web offerstation dan shopping and sales. Tiap minggu memang tak lengkap hidup kalau tak jengok laman web ni.


Tapi Haier warehouse sales ni aku dapat tahu melalui paper Harian Metro. Kedua-dua laman web ni tak update pulak pasal this warehouse sales.


Hari sabtu tu dalam pukul 10 pagi, aku, anak-anak dan kakak aku dah gerak ke tempat jualan. Mr. edy sekarang memang tak ada masa nak temankan aku. Busy memanjang.


Gudang Haier ni letaknya di Pusat Bandar Puchong. Tak jauh dari rumah aku. Tak sampai setengah jam dah sampai. Masa aku sampai orang tak ramai sangat macam kebiasaan warehouse sales yang aku pergi.





Benda first yang aku cari off course Vacuum. Inilah vacuum pilihan hati aku. Harga RM 125 / 1400 watt. Aku beli satu. Kakak aku beli satu. Kalau kat pasaraya yang tak ada jenama 1400 watt ni kakak aku kata dalam RM199.



Antara barang yang aku ingat harganya.

 
Oven letrik ni RM 70.


Table fan ni RM 30. Murah kan? Kalau kat pasaraya yang tak de jenama pun dah RM 50 plus minus.



Thermo pot ni ada RM 77 dan RM 85. Kalau kat luar dalam seratus lebih jugaklah.


Induction cooker ni starting from RM 130. Banyak pattern.
* pic semua aku copycat dari laman web haier*



Selain tu ada jugak jual peti ais, tv, dvd player, washing machine dan air cond. Ada yang baru dan second hand. Aku tak pasti apsal ada barang second.


Tv pulak semua jenis yang gabak. Tak ada flat screen. Yang paling murah seingat aku RM90 yang 21 inci. Dvd player hanya RM 35. Murah giler.


Pasal service aku puas hati. Siap ada kasi free gift pada sesiapa yang daftar keahlian. Keahlian percuma, cuma perlu ada email dan facebook. Terus dapat tisu 2 kotak dan cartoon wall deco free. Nanti ada masa aku nak deco fridge rumah aku.


Cuma aku geram kat indian pak guard kat pintu masuk tu, berlagak sikit. Suruh kitaorang parking kat luar. Padahal ada je orang lain yang parking kat dalam. Tak kesian langsung kat aku yang bawak baby tengah-tengah panas terik.


Kalau korang nak tahu petang sabtu tu kakak aku pergi sekali lagi dengan adik aku pulak. Adik aku nak beli wall fan.


Bila kakak aku sampai kat pintu masuk gudang, staff haier tanya nak beli apa? Peti ais dan washing mashice ada lagi. Kakak aku cakap nak beli kipas. Staff tu cakap kipas dah abis pukul 2 tadi.


Then kakak aku still masuk jugak tengok2 kat dalam. Kat dalam tu, kakak aku kata semua aircond, tv dah bertulis nama untuk tujuan penghantaran. Confirm kalau pergi esok dah tak ada apa-apa.


Aku sarankan pada sesiapa yang baru pindah rumah dan nak cari  barang eletrik pada harga budget jualan gudang macam ni memang bagus untuk di pergi.


Overall best warehouse sales ni. Next time kalau ada lagi confirm aku nak pergi.

7 Comment:

MaryaYusof said...

Tak pernah pergi gudang haier ni tp melalui cite you mcm best je...hehee

ibu MZW @ farah idayu said...

best kan gi warehouse sales...berbaloi je rasa duit beli barang dpt harga murah..hehehe~!

Azi said...

marya nnti bila blik msia bleh join my activity..kihkihkih

ibu mzw :mmg berbaloi rse nk beli je semua brg yg ada..rmbg mata..

Anonymous said...

Hi there just wanted to give you a brief heads
up and let you know a few of the images aren't loading properly.
I'm not sure why but I think its a linking issue. I've tried
it in two different web browsers and both
show the same outcome.

Also visit my site ... this domain ()

Anonymous said...

Hi there Dear, are you actually visiting this web site regularly, if so afterward
you will absolutely obtain fastidious experience.


Here is my page ... here

Anonymous said...

Fastidious replies in return of this difficulty with solid arguments and explaining
the whole thing concerning that.

my web page ... here ()

Anonymous said...

Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any
widgets I could add to my blog that automatically tweet my newest
twitter updates. I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this.
Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward
to your new updates.

Feel free to visit my weblog: website, ,