19 January 2012

The Store Warehouse Sales

Ahad lepas aku, mr. edy dan anak-anak ke Plaza Alam Central, Shah Alam. Rajin bebeno sekarang aku melepak di sini. Kerja aku menghabiskan duit laki je. Suri rumah tangga memang macam ni ke?


Tajuk pun dah tahu kenapa aku ke Plaza Alam Central kan. Kalau bukan sebab The Store buat warehouse sales tak semangatnye aku nak ke sini. Tempat ni boring. Aku kan suka barang murah-murah. Pencinta jualan gudang katakan.


Time aku sampai the store hari tu cun-cun diorang tengah jalankan sesi 'Happy Hour". Happy hour maksudnya barang terpilih di jual dengan harga lagi murah selepas dah diskaun. Barang terpilih time tu ialah Milo 1.1kg dan MummyPoko Easy Pant.


Milo diorang offer harga RM 13.90. Kalau aku beli kat mydin pun RM 15.90. Ni kira murah sesangat. MummyPoko Easy Pant aku tak ingat berapa harga diorang offer. Tak amik port sebab sofea dan hakeem pengguna tegar Drypers.


Aku tak beli pun kedua-dua item ni. Memang aku kuat minum milo tapi aku baru je beli setin besar milo. Tak nak membazirlah kononnya tapi disaat aku menaip entry ni milo aku tinggal suku tin. Menyesal pulak tak beli. huhuhu...


Aku cuma beli baju hakeem, sofea dan mr.edy. Dapatlah hakeem selai baju harian, setengah helai baju sofea (seluar jalan jer) dan mr. edy dua helai seluar kerja.


Harga seluar kain codroy (betul ke eja ni) mr.edy tu sehelai RM99.90 dapatlah RM29..90. 70% discount. Kat mana-mana pun boleh dapat harga ni rasanya.


Masa bayar aku dapat coupon 3 keping. Aku tak faham cam mana nak guna coupon ni. Aku just ignore tapi coupon tu masih ada dalam simpanan.


Kalau feeling bagus lain kali kalau aku lawat The Store aku nak tanya. Hari tu mood macam malas nak bertanya. Sebab aku rasa kalau redeem tupperware atas tu akui still kena bayar jugak kot.


Untuk aku, aku tak beli apa-apa pun. Aku ni memang fussy skit memilih baju. Kalau rasa macam baju cap Thailand, tak de brand skit plus mahal memang aku tak beli. Amboi berlagak aku ye...kih kih kih


Tapi sebenarnya memang barang yang dijual kat sini kurang menarik. Hanya certain item macam barangan baby jenama anakku je aku rasa ok. Masalah nya aku tak guna pulak barang-barang tu.


Baju jenama anakku yang dijual banyak yang untuk baby newborn hingga setahun. Hakeem punya baju dah kena pakai yang setahun ke atas. Dah tembam sangat dia.


Overall tak pergi warehouse sales ni pun tak pe. Buat perabih duit jer. Kalau jalan mesti ada benda yang tak penting pun nak dibeli.


But if u all pandai memilih masih ada barang yang memang berbaloi untuk dibeli. Sebab limited space pun satu hal jugak bagi aku nak memilih barang dengan mengendong anak kecik lagi.


Btw, The Store Warehouse Sales ni berlangsung dari 13 - 29 Jan 2012. Sales discount up to 70%. Only at The Store, Plaza Alam Central.

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Azi..masa anak k.atie belajar kat shah alam dulu..rajen la menyoping kat plaza alam sental nie :D

Unknown said...

Salam Azi,

Hola!

Supermarket dekat Msia mmg selalu buat sales kan...mmg kena grab & gile time tu...hehehe

Saya ada tag kamu tau... Sudi2 jawab tag ek :)

http://my-mindofmine.blogspot.com/2012/01/game-tag-versi-2012-siaplah-siapa-yang.html