13 January 2012

New new item

Hujung tahun dan awal tahun memang musim untuk menghabiskan duit laki. Penghujung december memang banyak Y.E.S (Year End Sales) and awal tahun pulak sana sini kedai buat promotion Chinese New Year Sales.


Kata orang kalau nak beli barang murah-murah punya elok beli time nak raya cina. Sebab cina bagi diskaun giler-giler babi. Orang tu kakak aku yang kata. Kih Kih Kih. Entah betul ke tidak. Aku rasa betul.


Bermula dengan berbelanja sakan time christmas sales, diikuti dengan mencantikkan rumah dengan langsir baru, pastu sibuk pulak cari barang letrik, sebenarnya aku tak berhenti berbelanja di situ je, banyak lagi benda baru dah masuk ke dalam rumah aku.


Dari barang rumah hinggalah ke barang mainan sofea. Cuma barang hakeem je tak ada. Kesian anak jantan aku sorang ni. Selalu dapat barang second hand.



Sofa baru beb. Dah lama nak merasa duk atas sofa. Bontot aku dah naik kematu duduk atas lantai. Buku lali kaki pun dah hitam legam.

Kalau tak ada promosi CNY, harga sofa ni RM999. Sebab raya cina dapat lah diskaun 50%. 3 + 2 seater. Murah ker?

Beli jer sebab rasa rega sedang elok dan senang nak cuci kalau anak aku muntah ke apa atas sofa nanti.




Mr. edy mengidam dah lama dah kat basikal ni, bukan sofea. Beli kat OTK jer. Dekat RM100 gak. Sayang anak punya pasal. Nanti boleh peturunkan ke adik-adik.

Setakat ni sofea masih tak reti mengayuh. Kayuhnya ke belakang bukan ke depan. Last-last tersadai kat garage yang lebih.




google. malas snap.


Dah lama aku mencari cd 'Animation Education Kids Song'. Walaupun aku dah pandai download video dari you tube. Sofea tak minat video-video di you tube sangat. Cepat je dia bosan.


Semalam akhirnya dapat jugak cari cd ni kat pasar malam. Ini cd ketiga aku beli yang sama. Hanya  Cd ni je yang sofea paling suka, nak wat camna. Walaupun sepuloh hinggit je tapi kalau dah beli 4 5 keping dah berapa.


Aku rasa poket aku dah nak rabak dah ni. Kena stop berbelanja yang merapu kalau tak nak miss makan, miss susu anak, miss pamper anak. Stop it.

3 comments:

Unknown said...

Wah, bestnye sofa baru... tp sofa mcm tu mmg bagus senang nk kemas... Kita kalau dah jd mak ayah ni brg anak2 mmg jd priority kan...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Azi..bestnya dapat sofa baru...klu ada anak kecik mmg sesuai la sofa ni.Jgn depa dok congkil2 ngan benda tajam udah lar...:D

aziazib said...

marya : haah sofa ni lah yg paling sesuai tuk yg ada anak kecik..nk beli benda mmg kena igt ke anak2 camna dulu..

azatiesayang : itulah toukey kedai pn ada kata warranty 2 thn tp klu anak u congkil ngn pisau xdela warranty...hi3