21 March 2012

First time balik kampung untuk tahun 2012

Ini first time balik kampung mertua. Aku tak de kampung. Anak jati KL. Last balik kampung di Kelantan masa raya puasa tahun lepas.


That time Hakeem baru 4 bulan. Sekarang Hakeem dah nak 11 bulan. Lama giler tak balik kampung. Menantu hantu betul aku ni.


Dah nak masuk bulan empat baru nak balik. Padahal cuti tanpa gaji. Pastu cuti yang bersambung-sambung masa raya cina, maulud nabi, hari wilayah pun banyak, masih tak reti-reti nak balik.


Bukan tak nak balik sebenarnya tapi lebih kepada kekangan waktu dan kekangan pulus. kih kih kih.... Rabu lepas baru hilang semua kekangan itu. That why boleh balik. Yeay dapat jugak balik kampung akhirnya.


Itu pun sebab mr. edy ada job di Terengganu. Jadinya kitaorang kena pusing satu pantai timur baru dapat sampai Tanah Merah. Dari negeri Pahang ke negeri Terengganu habis kitaorang redah.


Perjalanan pulang ke kampung kali ini memang tough sikit. Boleh kata tough banyak. Manakan tidak balik naik lori. Sakit semua urat sendi aku.


Perjalanan mengambil masa hampir 15 jam. Macam balik jem time raya. Sepanjang perjalanan memang aku tak dapat tido.

the only one gambar yang berjaya di capture sepanjang jalan

Bayangkan dengan terpaksa meriba hakeem. Pastu nak kasi sofea tido punyalah payah. Terpaksa sogok dengan cerita upin ipin sampai habis bateri HP.


Dan bila aku tersenggok sikit confirm kepala kena cermin lori. Masa atas lori memang dalam otak fikir tilam jer. Letih yang amat.


Insaf sekejap pada insan-insan yang tak ada kenderaan sendiri.


* Nanti-nanti aku cerita pit stop pit stop sebelum sampai ke kampung halaman.


Dapatkan kehidupan yang sempurna dengan Great Eastern

2 comments:

MaryaYusof said...

As salam Azi,

Ala kesiannya naik lori balik kg... Tp sy suka tau naik lori ms kecik2 dulu sb arwah abah ade lori jgk... mmg adventure! Suka & mesti berebut2 nak dok belakang dgn anak2 buah semua...kekekek :D Mesti byk shopping kan! :)

IntaNBerliaN said...

sian pulak.. tp xpalah.. alhamdulilah jugak sbb akhirnya awk sampai jugak dkt kg :-)

 
Copyright by Aziazidah