11 March 2012

Lori roti gardenia

Niat asal hari ini nak pergi ke Mom & Baby Expo dengan Midvalley. Tapi dek kerana Hakeem masih dalam keadaan tak sihat terpaksa di batalkan niat tu.

Jadi kitaorang tukar plan lepak kat Tasik Shah Alam selepas bawak Hakeem ke klinik. Tujuannya nak hiburkan hati sofea. Bolehlah dia main kat playground sepuas-puasnya. Dah lama sangat kitaorang sefamily tak keluar beriadah.

Dalam perjalanan :

Sofea : Mama roti..
Mama : Mana?
Sofea : Tu... roti
Mama : (Ya allah, sofea nampak lori gardenia automatik dia boleh menangkap itu lori ada kaitan dengan roti yang selalu dia makan)

Sama macam dia tengok logo KFC, terus bersuara " mama ayam". 

Petang tadi lepas balik dari Shah Alam terus aku  cerita dengan my sis. "Hari ini aku memang mengakui yang anak aku tu cerdik"

Sebab kat klinik tadi ada sorang auntie tanya berapa umur sofea. Then dia cakap sofea ada good attitude, pandai cari kawan, brilliant and bla bla bla. 


Sebelum ni pun ramai yang cakap sofea cerdik. Tapi bagi aku budak-budak memang cepat mengikut, cepat menangkap dan mudah dibentuk.

Aku cakap lagi, ko tahu sebab apa? Semua ni sebab amalan semasa aku mengandung. Memang tiap2 hari aku buat calculation. Coz aku kan kerja bidang perakaunan. 

Tapi sebenarnya selepas dengar kuliah agama di TV9 malam tadi, baru aku tersedar kepandaian anak-anak budaknya turun temurun dari keluarganya yang bijak tapi sebenarnya ia datang daripada NYA

Okeh, saya takbur dan terlupa seketika pada PENCIPTA. :-(

No comments: