Tak ada ribut taufan, petir pun tak ada, tetiba budak Hakeem ni demam pulak. Malam semalam masa menyusu, aku pegang kepala Hakeem dah mula rasa suam-suam. Aku time Hakeem menetek memang suka cium bahagian ubun-ubun dia. Korang suka tak buat cam tu?
Bangun pagi tadi terus cakap kat mr. edy Hakeem demam ni. Tengahari badan Hakeem dah makin makin panas. Bila petang memang Hakeem dah down sangat. Memang tak nak dah berenggang dari mama dia. Asyik nak menyusu dan berkepit je dengan aku. Kalau menyusu sambil riba bila letak kat katil confirm nangis tahap gila-gila punya.
Masalah anak-anak aku kalau nak tuam kan dengan tuala mesti tak mahu. Di buangnya tuala tu siap merampus-rampus lagi. Pastu yang paling aku tak tahan kalau time menyusu confirm dia nak main gigit jer.
Tak pastila samaada Hakeem demam sebab dua gigi atas tu dah keluar atau dah nak start berjalan. Gigi atas dia tu bukan main besau lagi. Macam gigi kapak. Kalau sebab nak berjalan macam dah ada tanda-tanda melepas-lepas tangan.
Hope cepat sembuhlah ye sayang...
2 comments:
Semoga cepat sembuh yer...demam nak berlari kot..hehe~
insyaallah...
klu sbb nak berlari bestlah dpt main pas ni hakeem
Post a Comment