Contest

Renew lesen memandu

Selasa lepas pergi pejabat pos nak update buku ASB dan renew lesen memandu. Sebenarnya tujuan utama lebih kepada nak bawak sofea berjalan-jalan. Menyelam sambil minum air le.. 

Kalau nak tahu lesen memandu aku dah lebih sebulan tamat tempoh. Bukan sebab lima tahun sekali baru renew, tu yang lupa. Aku jenis renew tiap-tiap tahun. Nak jimat duit. kih kih kih. Ntahla apsal aku jenis suka renew setahun setahun. Padahal kalau renew 5 tahun sekali lagi untung kan.

Tapi kali ni dah niat dalam hati nak renew untuk dua tahun. Bila sampai pejabat pos terus kasi lesen memandu dengan duit sebanyak RM 62. Betul lah kan setahun RM 30 caj renew kat pejabat pos RM 2. 

Tetiba kakak ke adik yang jaga kaunter cakap kena tambah lagi RM 15. Sekarang lesen memandu tamat ikut tarikh lahir. Serius aku langsung tak tahu. Jadi kalau nak renew 2 tahun akan tamat pada 16/12/2014 (tolong ingat tarikh lahir sy tu). Sebab tahun ni aku renew dah hujung bulan 3 tak cukup setahun kena tambah RM15 jer.

Aku cakap kat adik yang jaga kaunter (rasanya dia adik lagi :P) rugilah saya. Pastu dia cakap Eh! untunglah. 

Bila dicongak-congok memang aku untung tiga bulan tak payah bayar. Sekarang baru bulan 3 tapi kena bayar half jer. Bulan 4, 5 & 6 tu diorang tak kira.

*Nampak sungguh kebodohan aku dalam mengira hari tu. 

1 comment:

IntaNBerliaN said...

a'aa skrg ni renew mmg ikut tarikh lhir dah.. sbb dorg nk kita snang ingat... :-)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY