27 April 2012

Hari ini Muhammad Amrullah Hakeem genap setahun

Diam tak diam hari ini genap usia Hakeem setahun. Dan maknanya genap setahun jugak aku cuti menjaga Hakeem.

Tak terasa cepat betul masa berlalu. Tak sangka daripada wanita yang ada kerjaya boleh jadi surirumah sepenuh masa. Itulah kehebatan seorang wanita kan? Nak baca story bersalinkan Hakeem boleh check di SINI.

Sebenarnya dalam hati nak sangat sambut birthday Hakeem. Tak adalah planning nak buat besar-besaran.

Cuma ingat nak beli kek dan masak sikit-sikit untuk makan kitaorang sekeluarga dengan mak ngah dan pak su diorang lepas balik kerja petang ni. No sambut di kedai @ foodcourt @ McD @ KFC or whatever, makanan kat luar tak elok dan membazir banyak wang yea....

Kalau boleh sebelah pagi planningnya nak pergi Wetworld, Shah Alam. Hakeem dan Sofea suka sangat main air. Kalau dah masuk bilik air dua beradik ni memang susah nak keluar.

Aku pilih nak lepak kat Wetworld sebab tempat ni kecik jer sesuai sangat untuk budak-budak dan family. Fees pun murah.

Memang dulu-dulu kalau anak-anak buah mr. edy yang dari kelantan tu datang KL, kitaorang akan bawak diorang kat sini ler.

Tapi apakan daya, hari ini awal pagi aku dah bangun bukan sebab niat nak buat preparation tu tapi sebab nak kejutkan mr. edy kerja. Ada dua job menanti hari ini. Kerja sendiri macam ni lah. Kenalah berkorban sikit.

Tengoklah macam mana nanti, kalau mr. edy dapat balik awal ingat nak sambut kecil-kecilan pun jadilah. Btw Selamat Hari Jadi My Son.

Mama wish semoga Hakeem jadi anak yang soleh dan dapat menjaga keluarga kita. 


Amin.

6 comments:

Riena Haiqal said...

amin ya Rabbal ALamin.. Selamat ulang tahun yang pertama utk Hakeem...
:)

Momma AA said...

hepi besday hakeem.. smoga jadi anak yg soleh yer.. amin..

sonok gak yer pegi wet world.. momma pun plan nak gi hari ahad ni.. momma baru jer check entrance fees wet world adult RM20 n child RM16.. fuhhh.. leh tahan gak yer.. teringat masa zaman skolah2 dulu gi wet world rasanya RM5 jer..

Marya Yusof said...

As salam Zie,

Selamat Ulang Tahun Kelahiran... Semoga diberkati umur, diberkati rezeki & menjadi anak yg soleh...Amin...

Wanita yg hebat adalah wanita yg sanggup tinggalkan kerjaya demi keluarga tercinta... Kerjaya, wang ringgit boleh dicari tp bkn keluarga, x boleh diganti zie... Tahniah Zie, insya'Allah kita sama2 jd wanita hebat itu :)))

Azi said...

riena : tq

mommaAA : tp fees tu boleh thn lg la dr tmn tema yg lain. klu anak kecik xsmpi had tinggi free je kn.

marya: wslm. ye kita mmg hebat kn. xsemua org bleh buat mcm kita...

Momma AA said...

sob..sob..sob.. nak jadi wanita hebat jugakkk.. tp x mampu.. hutang manyakkkkkk.. huhu.. :p

Azi said...

mommaAA : tak semestinya xcuti jaga anak tu tak hebat. semua wanita tu hebat expecially yg dh ada anak macam kita..
azi rasanya hutang lg banyak dr momma. itu slh satu faktor azi cuti panjang. jimat kos...kih kih kih

 
Copyright by Aziazidah