30 April 2012

Nak jual novel terpakai. Anyone berminat?

Ada tak sesiapa kat sini yang suka baca novel? 

Selalu berapa kali ye korang baca satu-satu novel yang korang beli? Ada ke dalam lima enam tujuh lapan kali?

Kalau aku, novel yang aku suka sesangat paling kuat setakat tiga kali khatam jer. Pastu dah tak larat dah nak mengulang baca.

Aku suka karya Ramlee Awang Mursyid. Ramai yang tak suka kot dengan karya dia. Sebab lebih pada thriller.

Mesti kat luar sana ramai pencinta novel @ ulat buku kan. Jadi kalau boleh aku nak jual novel-novel yang dah tak nak dibaca lagi.

Aku pernah search, kalau nak jual pada collector diorang nak beli 5% dari harga asal novel. Sebuah buku dapat dalam seringgit dua je. Murah. Melampau betul.

Sebenarnya novel ni semua dari koleksi peribadi kakak aku. Aku mana ada beli beli novel ni. Senang cakap aku bukan pencinta novel. Sesekali baca boleh lah. Kalau nak baca pun biasa aku pinjam jer dari kakak aku. Kih kih kih.... Itu pun setahun sekali pun payah.

Semua novel yang aku nak jual ni ada yang keluaran lama dan yang terbaru sekitar hujung tahun 2011. Tapi keadaan buku memang sangat-sangat baik. Condition tip top tau.

Buku ni kakak aku hanya baca sekali dan paling banyak dua kali. Buat pengetahuan semua novel masih mempunyai 'bookmark'. Adalah dalam sepuluh buah novel yang aku nak jual. Kalau dapat jual bolelah rolling beli buku baru yang lain pulak.

Rasa-rasa ada tak sesiapa yang berkenan nak beli? Kalau ada nanti aku akan update tajuk novel/penulis/harga...

8 Comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Azi..update la tajuk novel & pengarangnya.manatau k.atie brkenan..leh order..novel Norhayati Berahim ada tak?:D

Azi said...

wslm...

novel norhayati berahim xde la nk jual..nnti sy update tjk novel tu ye..

ummi_norseha said...

cpt2 update tajuk2 novel...mn tahu ada yg berkenan..hi3

IntaNBerliaN said...

sy xsk bc novel tp adik sy sk lah.. :-)

Anonymous said...

korban kasih karya fatimah saidin ada x?hehe

Secubit rasa awan mocha said...

salam say nak tanya boleh x sent senarai buku novel ramlee awang murshid....nak cari yang awal2 punye...
please.....

Secubit rasa awan mocha said...

lupe nak bagi alamat emel : cherrybella143@yahoo.com

Anonymous said...

Salam.. Bole bg senarai tajuk n price awak nak jual.. Sy pon minat ramlee tu.. Email plz shamsiah182@gmail.com.. Kalo bole price skali.. Bole compare ngaan buku baru..