Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

02 May 2012

Tajuk Novel & Nama Penulis - Novel terpakai untuk di jual

UPDATE : SEMUA NOVEL TELAH SOLD OUT


Ha... hari tu aku ada cakap nak jual novel terpakai kan. Alhamdulillah ada jugak yang bagi feedback mintak aku listkan tajuk dan nama penulis novel tu.


Okeh ini dia senarai tajuk novel dan penulis novel yang aku nak jual tu.

Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
1. HADIRNYA CINTA - PITTERIAH ABDULLAH
2. SEINDAH MEMORI - ILANI MYSARA
3. KE MANA HATIMU - EYMAN HYKAL
4. MENCARI CINTA - LEEYA MYRA
5. GELORA JIWA - AISYA SOFEA
6. HATI YANG TERUSIK - NIA AZALEA
7. RINDU DI KALBU - DURRAH FATIHA
8. SEMERAH INAI DI JARI - MILA YUSOF


Penerbit : Kaki Novel Entreprise
1. SYURGA DI WAJAHMU - LAILA HANANI

Penerbit : Buku Prima Sendirian Berhad
1. PAHITNYA MADU - NUR AIFA 


Ada tak sesiapa yang minat nak beli? Kalau u all berminat nak beli dan nak tahu harganya u all boleh tengok kat laman web ni. 


Gigih tau aku siapkan blog ni supaya senang korang nak tahu harga asal buku ni serta sinopsisnya sekali. Kalau dah berkenan bolehlah roger-roger ke kita yea...

30 April 2012

Nak jual novel terpakai. Anyone berminat?

Ada tak sesiapa kat sini yang suka baca novel? 

Selalu berapa kali ye korang baca satu-satu novel yang korang beli? Ada ke dalam lima enam tujuh lapan kali?

Kalau aku, novel yang aku suka sesangat paling kuat setakat tiga kali khatam jer. Pastu dah tak larat dah nak mengulang baca.

Aku suka karya Ramlee Awang Mursyid. Ramai yang tak suka kot dengan karya dia. Sebab lebih pada thriller.

Mesti kat luar sana ramai pencinta novel @ ulat buku kan. Jadi kalau boleh aku nak jual novel-novel yang dah tak nak dibaca lagi.

Aku pernah search, kalau nak jual pada collector diorang nak beli 5% dari harga asal novel. Sebuah buku dapat dalam seringgit dua je. Murah. Melampau betul.

Sebenarnya novel ni semua dari koleksi peribadi kakak aku. Aku mana ada beli beli novel ni. Senang cakap aku bukan pencinta novel. Sesekali baca boleh lah. Kalau nak baca pun biasa aku pinjam jer dari kakak aku. Kih kih kih.... Itu pun setahun sekali pun payah.

Semua novel yang aku nak jual ni ada yang keluaran lama dan yang terbaru sekitar hujung tahun 2011. Tapi keadaan buku memang sangat-sangat baik. Condition tip top tau.

Buku ni kakak aku hanya baca sekali dan paling banyak dua kali. Buat pengetahuan semua novel masih mempunyai 'bookmark'. Adalah dalam sepuluh buah novel yang aku nak jual. Kalau dapat jual bolelah rolling beli buku baru yang lain pulak.

Rasa-rasa ada tak sesiapa yang berkenan nak beli? Kalau ada nanti aku akan update tajuk novel/penulis/harga...