29 June 2012

Jom Breakfast dengan Mee Goreng Idaman Sekecil!

Sesuka hati jer bubuh nama resepi sendiri padahal tengok resepi orang lain. Poyo... kih kih kih

Nak tahu kenapa Mee Goreng ni dinamakan Mee Goreng Idaman Sekecil? Sebab hari nilah anak dara aku berjaya makan mee goreng air tangan mama dia. Siap bertambah. 

Selama ni mama sofea masak memang untuk di telan dek tekak dia sorang jer. Pedas bukan main.

Tapi tolong jangan terpedaya ini breakfast semalam punya. Mungkin waktu korang baca entri ni kami anak beranak masih lena di ulit sepi intan lagi.

Untuk tatapan semua yang tengah bekerja. Fulltime housewife mesti tengah tido lagi nih...

Resepi : 

Celur mee dan toskan. 

Tumbuk 3 ulas bawang putih + 1 biji bawang merah + 1 biji cili merah. 

Tumis bahan tumbuk hingga garing.

Masukkan 3 sudu sos cili + 1 sudu sos tiram + 1 sudu sos tomato dan kacau. 

Masukkan bahan rencah seperti ayam & sayur sawi 

(sebab rumah daku tengah-tengah minggu tak ada taugeh).

Masukkan air masak. Sukatan ikut kalau nak buat mee basah bubuh banyak sikit air. 

Kacau lagi. 

Last sekali masukkan sotong dan mee. 

Bubuh kicap (agak-agak kehitamannya), garam dan kacau sebati. 

Kalau bubuh taugeh boleh masukkan lepas masuk mee tadi.


* Memasak tiang kebahagiaan (sesukati jer cipta ayat)

3 Comment:

Riena Haiqal said...

nampak sedapla.. :) saya memang tak berapa suka makan mee tapi tengok mee ni nampak menyelerakan la.. :)
god job utk housewife.. :)
hehehehe

mama irfan said...

sedapnya tengok.... pandai masak ^_^

IntaNBerliaN said...

bestnya.. ni yg rs nk msk jugak ni.. hehhe