Showing posts with label my recipe. Show all posts
Showing posts with label my recipe. Show all posts

12 September 2012

Makan Makan Makan........

Duduk rumah memang syok ooo... Apa kau nak makan semua boleh dapat. Macam-macam makanan ada. Janji pandai  nak masak. Kalau tak pandai sediakan je duit. Tapi kena redha kalau makcik pakcik tukang jual mencekik darah. Macam yang aku pernah kena dulu. (boleh baca kat SINI macam mana aku kena cekik).

Jom layan menu pagi, tengahari dan desert yang semakin mendapat tempat di tekak aku.


Sarapan pagi yang sentiasa menjadi piilihan hati dari kecik sampai sekarang. Ada ke kat kedai jual jemput-jemput cam ni? 

Kalau ada lebihan makanan seperti sardin, kari ayam, sambal ikan bilis, esok pagi confirm menu breakfast  aku adalah jemput-jemput. Untuk buat cicah.




Last week mengidap nak lunch ikan goreng celup tepung. Erkkk? Tak macam ikan dicelup tepung. First time masak. Tercair pulak batternya. Tapi rasanya tetap sedap. Kalau dapat makan dengan nasi kerabu lagi sedap.

Senang sangat rupanya masak ikan goreng celup tepung ni. Aku celup pakai tepung gandum. Ada orang celup guna tepung beras. Ada celup guna dua-dua tepung. Apa bezanya?

Resepi style aku adalah menggunakan bahan-bahan berikut :

Ikan kembong/mabong (dibersihkan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk (dari peti ais) -/+
garam
1 sudu besar marjerin
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara : 
Blend kesemua bahan kecuali ikan hingga sebati. Batter hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian, sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan ikan ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Toskan setelah masak. Kemudian, hidangkan panas-panas bersama nasi putih atau sos cili.


Aku rembat dengan jayanya kat SINI. Ingat aku pandai sangat masak. he3...





Yes.. my desert Jeruk mangga. Desert lah sangat. hihihi... Mangga ni aku gaul dengan cuka dan gula sesedap rasa. Tahu resepi ni dari my friend orang Perlis.

Pokok mangga kat umah aku tu, la ni berbuah lebat naa. Ini dah third round aku buat jeruk mangga. Sekejap je licin. Yang jantan-jantan pun makan kemain mengalahkan orang pompuan. Adik lelaki aku, mr. edy makan sekali hadap jer.

29 June 2012

Jom Breakfast dengan Mee Goreng Idaman Sekecil!

Sesuka hati jer bubuh nama resepi sendiri padahal tengok resepi orang lain. Poyo... kih kih kih

Nak tahu kenapa Mee Goreng ni dinamakan Mee Goreng Idaman Sekecil? Sebab hari nilah anak dara aku berjaya makan mee goreng air tangan mama dia. Siap bertambah. 

Selama ni mama sofea masak memang untuk di telan dek tekak dia sorang jer. Pedas bukan main.

Tapi tolong jangan terpedaya ini breakfast semalam punya. Mungkin waktu korang baca entri ni kami anak beranak masih lena di ulit sepi intan lagi.

Untuk tatapan semua yang tengah bekerja. Fulltime housewife mesti tengah tido lagi nih...

Resepi : 

Celur mee dan toskan. 

Tumbuk 3 ulas bawang putih + 1 biji bawang merah + 1 biji cili merah. 

Tumis bahan tumbuk hingga garing.

Masukkan 3 sudu sos cili + 1 sudu sos tiram + 1 sudu sos tomato dan kacau. 

Masukkan bahan rencah seperti ayam & sayur sawi 

(sebab rumah daku tengah-tengah minggu tak ada taugeh).

Masukkan air masak. Sukatan ikut kalau nak buat mee basah bubuh banyak sikit air. 

Kacau lagi. 

Last sekali masukkan sotong dan mee. 

Bubuh kicap (agak-agak kehitamannya), garam dan kacau sebati. 

Kalau bubuh taugeh boleh masukkan lepas masuk mee tadi.


* Memasak tiang kebahagiaan (sesukati jer cipta ayat)

19 June 2012

Ayam Goreng KFC untuk si kecil anda



Nak tanya mummies-mummies sekalian korang bagi tak anak kecik korang makan ayam goreng KFC tu?? 

Actually aku sejak kecik memang tak pernah makan KFC until dah nak masuk universiti baru dapat merasa makan. Memanglah arwah mak ayah berjaga pemakanan kitaorang. Tapi reason paling utama sebab dulu-dulu susah. Jadi tak dapatlah kitaorang adik beradik merasa KFC tu awal-awal lagi. 

Kalau boleh aku pun nak ikut jugaklah jejak langkah arwah mak. Tak nak kasi anak-anak masa kecik makan makanan fast food. Memang KFC tak elok untuk budak kecik kan. 

Tapi zaman sekarang yang serba moden memang susah sangat nak sekat kat budak-budak ni. Kadang kadang diorang lebih pandai dari kita. Betul tak? Jadi terskip jugak lah pantang larang yang aku ciptakan itu. Dapat jugak ayam tu masuk ke mulut sofea... huhuhu

Sebagai salah satu inisiatif yang lain, aku terpaksa bagi sofea makan ayam goreng KFC buatan sendiri. Gambar atas tu macam bukan ayam goreng jer kan. Macam cekodok. Tapi sedap okeh...


Resepi : Goreng ayam yang telah digaul dengan telur putih, garam dan tepung goreng KFC. Siap. ^=^