Contest

Kejadian aneh, Mimpi & Tahyul

Tajuk macam nak story cerita hantu je kan.. Tapi bukan. Sebenarnya kali ni nak story pasal kejadian kejadian yang telah berlaku pada diri aku dalam seminggu dua ni. Sayis disebabkan semua ni hidup aku rasa macam sedikit kucar kacir.


Dua tiga hari sebelum kitaorang balik kampung ada kejadian pinggan pecah. Bukan pinggan yang aku pegang tu jatuh terhempas kemudian terasa macam ada benda tak elok nak berlaku ye. Tak adanye aku ada instinct sehebat itu.


Tapi pinggan yang aku pegang kat tangan tu tetiba pecah di bahagian tengah. Manakala bahagian keliling pinggan masih ditangan aku. Maknanya pinggan tak jatuh pun, tapi pecah sendiri. Nasib bahagian yang pecah tu terkena dekat kuku kaki jadi tak luka.


Petang selepas kejadian pinggan pecah, aku mimpi pulak paku & besi. 2 batang paku besar dan 2 butir besi bentuk skrew ada kat selipar yang aku pakai. Luckly paku dan besi tu kat hujung selipar jadi tak kena kaki aku.


Kesimpulan kat sini pinggan dan paku/besi tak melukakan aku. Kalau ada yang berniat tak baik pada kami sekeluarga boleh kata tak menjadilah apa yang dia buat tu. Alhamdulillah kalau macam tu...


Tapi mesti korang nak kata ala mimpi je... mainan tido. Walau pun mimpi itu mainan tidur tapi aku tak nak pandang rendah pada mimpi selepas kejadian pecah pinggan yang aku rasa sangat-sangat tak munasabah. Masakan pinggan yang masih ada di tangan boleh pecah macam tu aje.


Ada jugak dalam kepala otak aku berkata kata mungkin pinggan tu memang dah nak pecah. Sebab kita letak macam-macam makanan dalam pinggan, yang panas yang sejuk...


Tapi akal waras mengatakan macam tak mungkin. Pandangan korang macam mana?


*semoga keluarga aku terhindar dari segala mara bahaya.

4 comments:

ecadwinkyasha said...

akak,bukan nak takutkan apa..cuma sekadar saling mengingati je...ini mcm petanda ada org xsuka kita...mcm nak hntr sesuatu dkt kita..paam2 je la org kita ne kan.tak lari sifat phd tu...
so,be careful kak. =)
doa dan tawakal pada Allah.

IntaNBerliaN said...

mcm plik je kalu tibe2 pinggan tu blh pch bhagian tgh.. ada sesuatu kot.. ada yg xsk ke... isk mintak dijauhkanlah semua tu.. azi n family jg diri tau...

Riena Haiqal said...

sentiasa mohon perlindungan dari Allah SWT... zaman sekarang ni orang kalau dah tak suka dengan kita, memang dorang akan gunakan cara halus spt sihir atau macam2 la kan.. semoga kita semua terhindar dari perkara2 macam ni.. susah ar sekarang ni.. zaman dah moden tapi manusia dia masih pendek akal..

Anonymous said...

Bukan nak percaya sangat tapi berjaga2 la macam perkara yg tak baik. Berdoa selalu dan cuba download doa Rukyah kat internet dan mainkan selalu dalam rumah. Semoga dilindungi Allah selalu.

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY