23 July 2012

Cabaran Berpuasa Hari Pertama

Kalau nak tahu hari pertama puasa tu memang pas kul dua petang aku jadi lembik semacam. Ini sebab juadah bersahur tu aku tak sempat nak jamah.

Masa bangun nak sahur kul 5 pagi tu hakeem merengek nak susu. Jadi aku pun menyusukan hakeem sampai aku tertido semula. Sedar-sedar dah dekat pukul 6.

Jadi hari pertama tu aku memang tak sahur. Bukan sahaja hari pertama, hari kedua pun terbabas tapi sempat jugak jamah sikit. Hari ni pulak langsung tak sempat.

Aku pun tak tahu kenapa hakeem setiap kali pukul 5 pagi mesti nak melekap, tak nak lepaskan aku. Itulah namanya cabaran dan dugaan kan. Tapi lembik mana pun aku tetap tahankan diri berpuasa selagi mampu. Hingga ke titisan darah terakhir kata orang.. :-P

Pagi-pagi hari puasa pertama tu jugak terpaksa hadapai cabaran nak memasak dan memberi makan ke anak-anak. Rasa macam nak ngap sekali je makanan yang aku suapkan ke hakeem dan sofea. kihkihkih..

Iyelah walaupun masak untuk anak-anak aje tapi kena masak sedap-sedap jugak. Tak kalah macam lauk tuk berbuka. Ayam goreng KFClah, sup sayur lah... Adui betul-betul menguji keimanan.

Bila dah masuk petang tenaga pun lagilah semakin berkurangan. Tapi kena buat keje lagi... masak untuk berbuka pulak kan. Sebab tenaga makin kehabisan sebab si hakeem pun memang kurang nak makan sejak cirit birit tu. Asyik nak menyusu 24 jam...



* hari ni sakit tekak dan selsema menyerang. sangat tak tahan....

2 Comment:

Momma AA said...

Sabar azi.. semoga tabah n kuat hadapi dugaan berpose.. :) hehe... smoga cepat2 sembuh yer..

IntaNBerliaN said...

alahaiii dugaan kan..... nasib kuat iman :-)