09 August 2012

Handbag Raya Tahun 2012

Amboi tajuk entri tak beringat. Sikit punya gempak. 


First of all nak tanya kat korang 'lawa tak'? Beg raya ni...

Kedua baru nak story macam mana handbag ni boleh terhasil. Actually beg ni diperbuat daripada bahagian pinggang guna seluar jeans adik aku. Brand levis... my favourite.

Memula potong separuh bahagian pinggang tu ingat nak buat beg besar tuk letak baju raya masa balik kampung. Tapi kalau letak baju-baju sapa nak tengok beg yang cun ni kan. Jadi tukar design, better buat handbag. Boleh bawak jenjalan.

Beg ni pulak besar. Aku suka. Sesuai sangat nak letak purse plus sekeping dua pampers sementara jalan beraya kat umah sedara mara nanti.



Bahagian dalam beg. Sangat-sangat tak kemas. Tapi orang tak nampak pun. So biarkan. Bahagian pinggang seluar jeans tu sangat tebal. Tak sesuai nak jahit guna mesin jahit cokia aku tu.

Warna bahagian dalam pun kurang menarik. Asalnya nak letak warna pink. Macam gegirl la skit kan. Tapi tak ada kain warna pink. Jadi pakai je apa kain yang ada. Tak ada masa nak ke kedai kain dalam masa terdekat ni.

Asal luar cantik sudah. Dalam orang tak boleh tengok. 


*Sis wok design macam ni ok tak?
 Kalau tak ok dont worry banyak lagi design dalam otak ni yang belum dicurahkan.

2 Comment:

Eca Dwinky Asha said...

cantik dah ne....hehehe

Riena Haiqal said...

siyes cntik sangat.. kalau kitorang belum tentu dapat jahit secantik ni. (^_^)