05 August 2012

Membilang baju raya

Semalam buat operasi mengira baju raya anak-anak. Nampaknya masih banyak yang belum complete. Banyak lagi baju yang nak dibeli untuk raya ni. Al maklumlah orang KL nak balik kampung kenalah bergaya lebih... Ye tak? Hehehe...

Bilang punya bilang, nampaknya baju melayu hakeem dan mr. edy belum beli lagi. Itu semua gara-gara aku lupa lak warna baju kurung aku dan sofea. Baju tu tak siap lagi.

Seluar raya hakeem pun cuma ada satu je masa beli kat hush puppies warehouse sales tempoh hari. Tapi tetiba teringat seluar jeans poney sofea yang pakai pun tak sampai 10 kali. Bolehlah peturunkan ke hakeem raya ni. Sian hakeem asyik dapat barang recycle jer.

Baju sofea pulak bila di kira hanya ada baju kurung dan sehelai dress. Then t-shirt adalah dalam 3 4 helai. Masa bilang sempat jugak bagi sofea try.

Kemudian sofea mintak nak pakai seluar. Hahaha... mama beli baju je seluar tak ada... Nampaknya kena gigih bersoping lagi ni.

Siap kira baju raya anak. Turn kira baju aku pulak. Tengok-tengok baju mama diorang over, baju kurung ada tiga pasang.

Kemudian belek-belek baju t-shirt yang dibeli masa kat Metrojaya Raya Sales hari tu. Ingat kalau jalan dekat-dekat rumah raya ketiga ke ke empat nak pakai baju t-shirt jer. Tapi rupanya baju tu tak boleh di pakai.

Atas t-shirt tu ada gambar hidung kembang dengan tulisan PIGGY. Maksudnya tu BA ALIF BA YA. Itu pun perasan sebab mr. edy yang bagitau. Kalau tak sampai sudah tak sedar.

Kalau bab beli baju dan seluar memang di akui mr. edy sangat particular orangnya. That time aku beli ngan my sis. Yang nampak masa tu comel dan cantik. Yang lain-lain langsung tak tengok.

Huh... rugi rm28. Padanlah tak ada orang nak beli t-shirt tu..........

5 comments:

Eca Dwinky Asha said...

hahaha..boleh pula beli baju ada tuli vAvI tu....kena la jual balik kak..

IntaNBerliaN said...

mahal jugak tu.. anto balik xleh ke.. :-)

Marya Yusof said...

As salam Azi,

Tetiba rasa lucu lak...hehee...

Wah beraya sakan ye! Kitorang pakai baju lama je... last week baru shopping baju sejuk... makin sejuk dah skrg ni...gagagaga ;))

Riena Haiqal said...

alamak boleh pulak terbeli baju yang ada hidung kembang BA ALIF BA YA.. huhu.. nampak benar sakan nya shopping sampai tak perasan ye.. (^_^)

Azi said...

eca : sape yang nk beli...

intan: xleh anta dah sebab dah lama sgt...

marya: baju sejuk dah baru tu, leh cover baju lama ... hi3. org xtahu pun...

riena: itulah sakan bebeno smpi xperasan apa dah... kih kih

 
Copyright by Aziazidah