Showing posts with label Baju Raya. Show all posts
Showing posts with label Baju Raya. Show all posts

30 August 2012

Wajah kesayangan di pagi raya

Ready 1,2,3


Again....


i ♡ u all....


This year aku pilih tema baju raya kaler hijau. Senang kata bukan nak sangat jadikan warna hijau sebagai warna tema tapi sebab dah terbeli kain warna hijau. hihihi... Next year nak warna biru tua (",)

Every year raya pas kawin memang aku akan raya kat Kelantan. Dan every year pagi raya aku sokmo bangun lewat daripada orang lain. 

Mana taknya, anak-anak kalau balik kampung macam-macam ragam. Si sofea kalau balik kampung memang seronok sakan sampai macam tak nak tido. Yang hakeem pulak kalau bertukar tempat tido kuat nau  meragamnya. Memang bercinta time nak tido. Pukul 2/3 pagi baru aku dapat tido.

Raya hari pertama kat umah my MIL memang biasa-biasa aje. Sebab yang ada hanya kitaorang dan mak ayah mr. edy je. Aku tak faham kenapa adik beradik mr. edy sepanjang aku kawin, raya pertama memang diorang raya kat rumah mertua. Dah buat perjanjian apa???

05 August 2012

Membilang baju raya

Semalam buat operasi mengira baju raya anak-anak. Nampaknya masih banyak yang belum complete. Banyak lagi baju yang nak dibeli untuk raya ni. Al maklumlah orang KL nak balik kampung kenalah bergaya lebih... Ye tak? Hehehe...

Bilang punya bilang, nampaknya baju melayu hakeem dan mr. edy belum beli lagi. Itu semua gara-gara aku lupa lak warna baju kurung aku dan sofea. Baju tu tak siap lagi.

Seluar raya hakeem pun cuma ada satu je masa beli kat hush puppies warehouse sales tempoh hari. Tapi tetiba teringat seluar jeans poney sofea yang pakai pun tak sampai 10 kali. Bolehlah peturunkan ke hakeem raya ni. Sian hakeem asyik dapat barang recycle jer.

Baju sofea pulak bila di kira hanya ada baju kurung dan sehelai dress. Then t-shirt adalah dalam 3 4 helai. Masa bilang sempat jugak bagi sofea try.

Kemudian sofea mintak nak pakai seluar. Hahaha... mama beli baju je seluar tak ada... Nampaknya kena gigih bersoping lagi ni.

Siap kira baju raya anak. Turn kira baju aku pulak. Tengok-tengok baju mama diorang over, baju kurung ada tiga pasang.

Kemudian belek-belek baju t-shirt yang dibeli masa kat Metrojaya Raya Sales hari tu. Ingat kalau jalan dekat-dekat rumah raya ketiga ke ke empat nak pakai baju t-shirt jer. Tapi rupanya baju tu tak boleh di pakai.

Atas t-shirt tu ada gambar hidung kembang dengan tulisan PIGGY. Maksudnya tu BA ALIF BA YA. Itu pun perasan sebab mr. edy yang bagitau. Kalau tak sampai sudah tak sedar.

Kalau bab beli baju dan seluar memang di akui mr. edy sangat particular orangnya. That time aku beli ngan my sis. Yang nampak masa tu comel dan cantik. Yang lain-lain langsung tak tengok.

Huh... rugi rm28. Padanlah tak ada orang nak beli t-shirt tu..........

05 September 2010

Persiapan akhir

Janji last week ngan suami this week memang tak akan ada aktiviti jalan-jalan. Duduk aje kat rumah. Last weekend dah berjalan sakan, so no more social activity again. 

Semalam misi duduk rumah berjaya dilaksanakan. Hari ini nak tak nak terpaksa keluar sebentar untuk mengambil baju raya kat rumah tailor diwangsa maju then bercadang untuk terus balik rumah selepas itu tak berjaya.

Hari ini bila dah dapat keluar kami umpama burung terlepas sangkar terterbang jugak ke Kompleks PKNS dan AEON Bukit Tinggi. Tujuan ke Kompleks PKNS adalah  untuk mencari tudung supaya dpt dipadankan dengan baju-baju yang diambil tadi. Semuanya ada tiga pasang. Wah meriah i nak sambut raya u...

 Tapi aku hampa sebab PKNS sesak dengan orang ramai, majoriti jual baju raya, tudung sangat kurang. Jadi hanya dapat beli 1 helai tudung aje jenis Pashmina untuk main baju raya.

Selepas tu kami ke AEON Bukit Tinggi dengan niat nak outer seluar jeans yang baru dibeli last weeks tapi coz my husband tak berkenan cara dia nak ambil side potongan jadi terpaksa cancel outer. 

Tempat biasa aku outer seluar adalah di Pertama Kompleks tapi kami takut nak masuk bandar KL dengar jalan jem giler. 

Macam biasa kat AEON, mak ngah sofea giler mencari kasut kerja dan berjaya menemui kasut idaman tapi malangnya size yang dimintak saiz 10 pun masih belum muat untuk disarungkan ke kaki comelnya. Hahahha kesian makngah. 

ACT. ni first time gi AEON dan tempatnya macam ok rasa seronok dan teringin nak datang lagi sebab tadi tak sempat nak ronda habis kerana kesuntukan masa. Maybe pas raya kami bercadang menyusul lagi... :)

Rasanya setakat ini aje my journey untuk persiapan raya sebab duit sudah banyak habis. Huhuhu kena tunggu pas 23hb baru boleh cerita pasal aktiviti shopping lagi.

note: Kamis pagi kami sekeluarga dijangka bertolak pulang untuk beraya di KELANTAN.

22 July 2010

Sofea kena penyakit Kuku Tangan dan Mulut???

Bahaya tak penyakit kuku tangan dan mulut @ HFMD?
Sebahaya H1N1 ker?

Semlm pergi nursery dengan niat dapat ehsan dari nursery untuk jaga sofea sbb tengok chicken pox sofea dah kering dan badan pun dah tak panas lagi. Masa sampai nursery Mama T dan tenaga pengajar sibuk mengerumuni sofea dan mereka detect sofea kena penyakit kuku tangan dan mulut. Kenapa aku sebagai mamanya langsung tak terfikir pasal kewujudan penyakit ini. Dah doktor kat klinik pun bagitahu cuma Chicken Pox... Pihak nursery kata baik double check kat klinik yang biasa mereka pergi, lebih detail...

Petang pukul 3 selepas hantar baju untuk hari raya nanti (wah masih sempat lagi tuh) aku pun pegi klinik kesihatan puchong. Better pergi klinik kerajaan takut nanti kalau jadi apa-apa kat anak ibubapa tak akan dipersalahkan. Punya lama tunggu, lepas 2 jam baru dapat masuk jumpa doktor. Doktor tetap dengan pendirian kata sofea kena chicken pox aje. Aku bertegah mintak penjelasan takut ar mana tahu memang sakit kuku tangan dan mulut.

Sedikit info yang cukup melegakan aku dan suami kalau pesakit dapat penyakit kuku tangan dan mulut.. bintik-bintik merah hanya ada di dalam mulut, tapak tangan dan tapak kaki sahaja. Hanya TAPAK tangan dan kaki. Tidak akan ada di bahagian kulit badan kita. Syukur...ingatkan kami sekeluarga bakal di kuarantin.

P/s : Serah pada yang pakar. Jangan buat penilaian sendiri.