Beg-beg separuh jalan

Nak cerita pasal beg. Semalam aku kemas-kemas bilik jahitan tengok punya banyak beg yang terbengkalai. Jahit separuh pastu tinggai pi buat beg yang lain pulak.

Kesian sape order beg kat aku. Kena tunggu lama. Haa yang mana rajin menanya, cepatlah aku gagahkan diri buat. Mana yang jenis senyap memang lambatlah dapat. Order dari adik beradik lagilah satu hapa pun tak sentuh. Sampai bising dah kakak. Kata ikut turn, tapi bila sampai turn aku pi tolak turn dia jadi kebelakang balik. (",).

Antara beg terbengkalai dalam bilik jahitan aku...

Beg diaper. Nak tak nak kena siapkan sebelum masuk keje. Sebab pas keje boleh terus passing kat tuan punya. Ex-office mate yang order. Ada masa sebulan untuk disiapkan... So boleh campak tepi lelama... hehheh..

Beg yang ada bunga bulat tu aku rasa dah siap. Cuma nak touch up bagi nampak boom sikit. Di tolak tepi sebab tetiba idea kering. Nak siapkan beg ni pun sikit punya lama. Dua bulan.

Kakak aku marah betul aku asyik duk buat beg macam gini. Asyik buat pattern yang sama. Tak ada variety. Nak buat camna, dah itu yang orang suka order.

Sebelah tu handbag. Percubaan kedua. First handbag tengok SINI. Berekperimental lagi dengan pinggang seluar jeans. Cantik ker? Nampak kosong tu yang tambah manik. Berenti jahit sebab manik tak cukup. Tak tahu bila nak pi belinya. Jarum pun elok melekat kat beg.


*ada dalam tiga empat order lagi tak siap, dua beg tak habis touch up. Nanti-nanti lah....


2 comments:

Eca Dwinky Asha said...

wahhh...banyak masuk ne :)

ari tu eca ada nampak org pakai beg denim ne.handbag..terus ingt kat akak :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

dh siap semua nanti mesti cantik la

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY