20 March 2013

Maxis broadband punya hal lagi

Sila baca dengan penuh ketelitian. Nama tertera bukan nama sebenar aku. Aku daftar maxis broadband ni guna nama kakak ipor. Nama aku blacklist untuk mendaftar dengan sebarang perkhidmatan rangkaian telefon berbayar. hehheh..


Sakit hati betul aku dengan maxis ni. Bukan ke baru je aku tulis pasal bil maxis aku melambung sampai seratus tujuh puluh dua hinggit. Baru je dua minggu bayar. Ini datang lagi reminder baru.

Email macam ni selalu jugak aku terima. Itu pun sebab dua bulan tak bayar. Ye aku antara individu yang suka membayar bil secara lamsum. Kalau orang yang jenis bayar tiap-tiap bulan @ mohon bil dipos, email macam ni memang korang tak kan pernah dapat tengok. Untungla korang dapat tengok email aku hari ni. heee...

Aku tak tahu kat mana silapnya baru 16 hari, bil dah cecah sampai 125.65. Nasib kali ni belum sampai seratus lima puluh ringgit diorang dah bagitau. Buatnya macam hari tu bil dah lebih seratus setengah, diorang pun terus block. Nak tak nak kena bayar.

Kali ni sebab tak kena block aku malas nak bayar. Tunggu sampai kena block baru bayar. Tak pun tak yah bayar terus. Aku ingat nak guna prepaid internet lagi senang. Seminggu dua lagi abang ipor pun nak amik balik laptop. Setakat nak berinternet/berblog guna telefon tak kuasa aku. Tak puas...

Walau macammana pun aku tetap tak puas hati, kena cari tahu apsal bil maxis aku boleh naik sebegitu tinggi padahal aku guna plan 4gb - rm68. Sepanjang dua tahun lebih guna ini pertama kali jadi kes cam gini. Nak kata aku amik additional plan tak de pulak. Semua aku klik no, proceed.

Baru aku teringat hari tu kakak kat kaunter maxis ada bagitau pasal aku main smskan...

Puas aku pergi check bahagian sms maxis broadband aku. Selama hari ni tak pernah amik port pun kat bahagian tu. Telek telek memang ada nombor lima angka selain daripada sms yang bagitau limit braodband dah habis. Ada tiga nombor lima angka yang berbeza. Setiap sms ada letak awalan RM3.00. 

Nampak kotak yang aku bulatkan tu. Itu untuk hantar sms, reply sms, delete sms. Aku baru tahu. Perak betul aku ni.

Setiap sms yang dalam tu aku dah pergi reply STOP ALL kecuali yang berkaitan maxis broadband. Dua tiga kali aku hantar. Langkah berjaga-jaga. Nombor lima angka tu pun dah reply bagitau semua service dah diorang terminate.

Dan aku try jugak hantar sms ke hp aku sendiri. Pun boleh rupanya. Tapi tak tahu berapa charge untuk satu sms. Tiga ringgit ke? Nanti dapat bil aku ngecheck. Mampus kalau satu sms tiga ringgit.

Selepas ni ada lagi sms tiga ringgit tu siap maxis aku nak pergi berkhutbah kat diorang pulak.



6 Comment:

Rohani Hashim said...

azi, hany pn guna maxis. yg rm68 sebulan. so far dah masuk thn ke3 rasanya, takde masalah apa2. last year, sethn kitorg dpt rebate rm10, so bulan2 byr rm58 je. memang fix xde lebih lebihan ni. kt area rumah tu celcom xbagus signal, kalau tak mmg guna celcom dah. sbb maxis trkenal dgn cekik darahnya. kan skrg kecoh panggilan tak trjawab pun dia caj 35sen. kaya la maxis, tambah lg kes azi ni...

Myra Jay said...

Member ada penah kena macam ni, bila check diorang cakap dari sms 5 angka tu la, padahal dia tak pernah subscribe pun..

Rasanya ni strategi untuk $$$ kot..
MJ guna line Celcom, kekadang bil mencecah ntah apa2, now dok berkira2 nak tukar ke prepaid

HazeL said...

Kalo untuk internet di umah lyn gune Unifi..
Tapi untuk mobile, lyn takde smartfon heheheh..tapi tgh survey jugak nak gune celcom or maxis...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani pakai celcom jer takat ni xpenah ada apa2 mslh

siti suraya said...

Tapi,kalau kita tak bayar,kena apa apa tindakan tak?Ke nama kita blacklist untuk semua rangkaian telekomunikasi je ehh?

Azi said...

siti suraya : xkena apa2 tindakan. diorg hantar surat lawyer je. then black list semua rangkaian telekomunikasi...