21 May 2013

Term-term dalam mengukur baju

Since aku sibuk menjual baju terpakai, buat cari duit tambahan maa... Setiap kali nak jual baju kena letak ukuran baju. Senang untuk pembeli nak tahu baju tu match tak dengan tubuh diorang.

Kebanyakannya baju yang aku jual, tailor aku yang jahit. Aku jarang beli baju dah siap. Tak fit dengan badan. So baju aku tak ada istilah size S, M, L.. Semua ukuran actual badan aku.

Bila bab mengukur baju aku ukur ikut fahaman sendiri jer. Tulis pun guna ayat BM. Pernah ada customer yang nak beli tu mat saleh so diorang speakang london. Blur sekejap i. Aku reti speaking malay aje. Bahasa jiwa bangsa katakan... Term-term omputih ni mana reti. Tetiba ko tanya berapa bust, hip berapa.. tak dapek den nak jawab. Tapi kena jawab jugak. So pergi tanya pakcik google translate sekejap. Zaman sekarang kebanyakan tok guru/cikgu kita adalah google kan...

So untuk yang nak jual prelove item dan tak reti nak buat ukuran, kat sini aku nak share term-term in english macam mana nak mengambil ukuran baju...


Bust
Mengukur seputar tulang belikat, di bawah ketiak dan pada bagian dada.

Waist
Ukuran pinggang.

Hip
Ukur bahagian pinggang anda yang terlebar. Biasanya sekitar 7-9 inci di bawah pingang.

Shoulder
Ukuran bahu mulai dari bahu kiri sampai bahu kanan.

Sleeves
Ukuran dari bahu sampai lengan.

Length
Ukuran panjang dari kerah leher sampai bawah.



Kredit : Here
 Tak tahu nak jual baju kat mana boleh baca SINI



1 Comment:

Ann Ishak said...

bagus buat biz juga barang prelove ni, at least tak membazir kan