30 May 2013

Aktiviti weekend - pergi kenduri kawin

Aku memang jarang nak pi kenduri kenduri kawin. Kalau nampak muka aku kat kenduri kawin, maknanya tuan rumah tu memang bertuah. Dapat merasa duit aku kasi.. hahaha...

Last sunday aku pi dua kenduri kawin. Dalam pada malas-malas bila datang rajin terus pergi sekali dua. Actually kena paksa rela dengan my sis. hihi.. 

Kenduri kat area rumah aku actually ada dua, tp aku pi satu kenduri jer. Satu lagi kat putrajaya kenduri kawin anak my exopismate. Musim cuti sekolah banyak betul orang nak kawin. Macam mana nak kurus macam ni...


Ko ada kenduri kawin orang datang pakai jubah putih. Tok kadi je kan...

Jangan pelik ye. Ini memang kenduri kawin. Bukan majlis tahlil atau arwah. Kat kampung aku tu ada satu maahad tahfiz. Kebetulan pulak rumah orang kawin ni sebelah je ngan maahad tahfiz.

Kalau jemput diorang ke apa-apa majlis confirm diorang datang. Just inform berapa ramai yang korang larat nak beri makan. Sebanyak tu lah budak tahfiz tu akan datang. Kalau kata nak semua datang. Seratus lebih la budak tahfiz akan datang. Kalau kata nak tiga puluh orang je, tiga puluh sharp sharp akan datang. Inilah keistimewaan my kampung.

Masa aku sibuk mensnap pic ni aku tengok bebudak tahfiz tu dah jeling-jeling je kat aku. pastu sengih-sengih. Tapi ada aku kisah. Tetap nak tangkap jugak gambar korang.. 

Adik-adik ni tengah cari kerusi kosong. Tempat aku duduk tu banyak je kerusi kosong tapi tak mahunye depa nak duduk. Pasai pa? Malu eh...

 
Memang luck kitaorang datang awal, kalau lewat 5 min confirm kena tunggu budak-budak tahfiz tu abis amik makanan dulu. Mahu kebulur tunggu.  hahha.. Bab makan iolls memang laju. Tapi kakak aku tu lagi laju. :p. Bukanla kitaorang rushing nak ke Putrajaya pulak. 

Ni dalam kereta on the way ke rumah kenduri kat Putrajaya. Eh bukan rumah. Diorang buat kat PICC.
Ntah bila ntah diorang berdua ni tido. Toleh belakang tengok dah macam adegan ciummolot.



Sofea hakeem tengah tunggu makanan. Kenduri first tu aku tak bawak diorang berdua.

Lauk yang dihidangkan semua pedas. Sian kat bebudak kalau pi kenduri kawin. Yang konyang mak bapak nyer. 
Maybe sape yang plan nak buat majlis kawin bolehlah fikir menu ayam goreng ke, atau ayam pedas tapi daging tak pedas, kurma mungkin. Sian bebudak tak leh makan. Hakeem ngan sofea makan nasi kosong je.

Memang biasakan kalau pi majlis kenduri biasa diorang tak fikirkan menu untuk kanak-kanak. Tapi bab nak bagi gift boleh pulak fikir nak bagi gula-gula. Kalau beg door gift, yang besar untuk dewasa, yang kanak-kanak bagi gula-gula n sumi letak dalam uncang net tu kan...


Bubur ni xde sape nak jamah. Tawa leso... Tahula rakyat malaysia ni banyak yang mengidap kencing manis. Tapi kalau sampai tak berasa apa citer. Ceritanya tong sampah PICC penuh dengan bubur kacang hari ahad lepas. Aku confirm!.

Yang ini je anak-anak boleh makan.

Balik dari kenduri kat Putrajaya kitaorang singgah kat Festival Hari Belia. Yang tu nanti i story kendian.
 

1 comment:

IntaNBerliaN said...

kalau ank2 yg xmkn pdas, mmg kesian kan