14 June 2013

Rindu Mr. Mama & My Kids

Masuk ni hari ketiga mr. mama, sofea dan hakeem di kampung. Rindu wehh kat diorang. Mr. mama call memalam tanya buat apa. Menjahit ker? Hihihi aku jawab malam tido ler. Serius tak larat nak jahit hari kerja. Petang ni akan gerak ke Afamosa Melaka. Ada kursus tiga hari. Ermm tak dapat menjahit jugak this weekend. Tapi aku bawak kekain jeans n cotton, mana tahu sempat nak pepotong kat sana. Nanti balik boleh terus jahit jer....

Mr. mama kata hakeem dah start meragam malam kedua. Tak dapat nenen biasalah. Aku pun kat sini malam kedua kemain sakit lagi nipple membengkak. Terpaksa buat kaedah marmet untuk release kesakitan...


Mr. mama yang pelik-pelik. Boleh dia pergi amik basikal yang dah lebih 10 tahun duduk dalam store umah arwah mak aku tu. Siap angkut naik lori pi nak tukar tayar basikal. Buat main dengan anak-anak waktu petang.


Aduhai cepatlah hari ahad. 
Rinduuuuuuu......


5 comments:

Momma AA said...

azi.. comelnyer sofea.. muka bulat.. hehe.. tetiba saya pun rindu kat anak2 jugakk.. hahaha...

Anonymous said...

I every tіme spent my half an hour to read this ωeb site's content all the time along with a mug of coffee.

My weblog Americas Cardroom Poker Bonus - -

Nora Karim said...

alahai... baiknya mr mama buat sumthing untuk bahagiakan anak2... berjauhan dengan anak2 mmg menyakitkan...

Marya Yusof said...

As salam Azi,

Sihat? Lama tak tgk princess azi yg mcm korean tu... hikhik... tomei! Kaedah marmet tu mcmana? sorry ye Marya tnya sebab dulu masa Iman BF sebulan je... Kali ni kalau ade rezeki & diberi kekuatan nak fully BF... :))

Myra Jay said...

Perit kan bila berjauhan dengan keluarga..

sabar k.. uji kesabaran tu..

 
Copyright by Aziazidah