Sofea mencari kawan

Jumat lepas aku bawak sofea & hakeem kat opis. Kemainlah suka dua beradik ni. Dekat dengan mama satu, dapat tengok you tube satu. Kira datang opis aku tak bosanlah diorang. Ramai kengkawan yang melayan dan dapat tengok citer upin ipin tanpa putus-putus. Kalau kat rumah asyik sekat je. 4gb laju mana nak tengok video upin ipin, boboi boy, barbie.. But citer pasal kat opis ni kendian aku story. Ni pasal citer sofea nak berkawan dulu.

Alkisah jiran belakang rumah aku ni ada anak pempuan lebih kurang  dalam umur 7 tahun kot plus minus. Rumah aku dengan budak ni dipisahkan dengan longkang.  Rumah kitaorang ni diibaratkan bontot mengadap bontot.  Pintu belakang rumah aku mengadap pintu belakang rumah dia ler maksudnya. Buruk benar ayat perumpamaan bontot tu kannn. Pintu kami berdua jarang dibuka. Aku memang tak ngam dengan jiran sebelah ni. Sejak dari arwah mak ayah aku ada lagi memang kita tak bertegur sapa. Ada sejarah!.

So bila jiran ni buka pintu, sofea mesti pergi belakang rumah. Siap jerit panggil kawan kawan lagi kalau budak pempuan tu xde kat luar. Memula dulu diorang menyembang dari jauh. Dari laman belakang rumah memasing je. Lama-lama dekat tepi longkang. Dan sekarang ahad lepas sofea dah berani langkah longkang.


Kalau nak tahu sofea je yang melangkah longkang pergi ke budak tu. Budak tu xdenyer nak ke rumah aku. Tapi bila sofea pergi dia layanla.. Mak budak tu pun senyap. Tak marah pun anak dia main dengan sofea. Cuma aku je yang kengkadang bising jugak. Takut kan jatuh dalam longkang tu.
Diorang main main rumput tu je pun. Buang-buang rumput dalam longkang. Iyelah itu je yang boleh diorang nak main. Sebab bila aku nampak sofea dah kedepan ke belakang kawasan rumah jiran aku tu memang aku jerit suruh balik. Pernah sofea dah nak masuk dalam rumah jiran aku tu. Riso ko…


Kalau korang bagi ke anak korang main dengan jiran yang korang tak bertegur. Fyi, pasal kes kecurian yang terjadi kat rumah aku sebelum ni, barang yang hilang tu aku ada terjumpa kat rumah jiran sebelah ni. Dan sebelum ni arwah mak aku memang kawan dengan jiran sebelah ni. Rajin jugak menyembang dengan jiran sebelah ni. Sehingga berlaku kejadian yang tak diingin. Aku pun kurang pasti apakah kejadian itu.

Dah pandai memilih warna


Alkisah hari ahad hari tu mr.mama cat tandas dengan warna ungu. So masa mandikan sofea, dia nampaklah dinding yang tak siap cat tu dan cakap apsal warna bilik pia tu.Warna ungu. Nak warna hijau je mama.

Peh tu aku pun story balik kat mr. mama yang sofea nak kaler bilik dia tu dengan warna hijau. Sabar jelah tandas tu dia kata bilik dia. Padahal nak langkah kaki ke tandas tu pun tak nak. Uk uk pun masih atas lantai bilik air. 

Kemudian masa mr. mama nak pergi mandi aku dengar sofea menyembang pulak dengan papa dia. Dalam dengar tak dengar, aku dengar jugakla last last perbualan tu, mr. mama cakap pia nak cat warna hijau ke? Then pia jawab ye mama cakap bagitau ye..

Point kat sini nak tekankan yang anak dara aku ni dah pandai pilih warna kesukaan satu. Duanya dia dah pandai meneka perbualan orang. 

Eh betul ke meneka perbualan? 

Macam ni, kan aku cerita kat mr. mama kisah warna cat tu. Pastu bila mr. mama sembang dengan dia, dia tahulah aku dah cerita apa warna kegemaran dia nak tadi. 

Aku terasa anak aku ni pandai. Macam tu la… heh..


Berus gigi pilihan saya


Dah beberapa hari tak update tetiba terus citer pasal berus gigi. Pehal ko...

Aku kalau beli sesuatu barang memang dipengaruhi oleh family. Apa yang family aku suka beli itulah yang aku akan beli. Jaranglah aku beli barang disebabkan oleh suggestion kawan-kawan kecuali barang yang disuggest benar-benar menarik perhatian selain murah. ngehngehngeh

Macam berus gigi, dulu aku pakai berus gigi jenama X. Perlu merahsiakannya demi keselamatan diri. :) Jenama ni ialah nama sebuah negara. Cuba uolls teka.? Aku guna berus gigi jenama X sebab dari bujang aku tinggal dengan family aku, diorang beli jenama X ni. So pas kawin pun aku continue pakai jenama X. Buat apa nak tukar yang lain, ala berus gigi je. Bukan baju tidur. Hi3.. Uolls nak kawin mesti nak beli baju tidur baru kan kan. Semua berus gigi adalah sama untuk tujuan memberus gigi. Rajin gosok gigi bersihlah gigi. Malas gosok gigi sebelum tidur berkaratlah kannnnn. Itu kata aku. Sebelum kenal dengan Systema Lion.

Lepas guna berus gigi jenama systema lion baru aku tahu owh rupanya setiap berus gigi different. Patutlah kat tv tu kata berus gigi diorang dirumus dengan muncung tirus, bulat tepi, hujung bercabang, etc... Selama ni aku buat tak kisah. Sebab apa. .. sebab berus gigi je pun. Kalau makeup, pencuci muka maybe pandangan aku berbeza. Mungkin aku akan cakap begini : wah jenama simply siti, wajib cuba nih! (baca dengan nada menggiurkan). Kalau pakai mana tahu akan jadi cantik macam siti nurhaliza. begitulah…

Aku terguna berus gigi systema lion ni pun sebab aku dapat sample free. Best guna berus gigi ni.  Pemegang dan berus dia jenis thin. Jenis runcing kata orang. Mudah kita untuk menggosok gigi part gigi dalam. Berus gigi jenama X yang aku guna sebelum ni tangkai berus dia gemuk gedabak. Memang menyukarkan aku nak berus bahagian gigi belah dalam. Payah nak masuk sampai dalam. Dengan systema lion aku rasa semua tahi tahi makanan yang terlekat kat celah gigi dalam senang nak diberus.(",)

Hat ubat gigi pulak aku guna halal toothpaste - MUKMIN . Itu pun selepas kes boikot barang Israel.

*Uolls punya berus gigi?

Makan durian free

Kejadian semalam petang.. Lokasi Putra height.
Mr. mama ajak makan durian free. Kawan dia jual.
Aku is tak makan durian, puasa lagi semalam..
Telan air liur saja tengok diorang anak beranak bedal 5/6 biji durian.

 hakeem.. kemain lagi ko makan sampai tak pandang mak sendiri. Kalau tidak sikit sikit nangis sikit sikit nangis.

Durian turun dari kelantan.
Sekg RM5.00. Murah ke? 
Bukan biasa orang jual 2/3/5 biji RM10.00 kan.
Kalau nak free kena makan kat situ jugak. 
Makan sampai muntah pun tak pe. 
Once nak bawak balik kena bayau. 
 
 
So melantaklah mereka disitu sampai buncit mulut mulut.

 Ada jual rambutan, manggis dan petai. 
Manggis sekg RM5.00.
Rambutan RM4.00. 
Petai seikat RM5.00. Mahai petai tu...

 Mama Papa mithali. Sejak sejak akhir ni memang terserlah sifat keibuan mr. mama ni. Aku dah boleh goyang kaki banyak.

Rutin pagi-pagi

Semua gambar sekarang main combine2 senang. Malas nak edit satu satu. 

Gambar ni fresh lagi dalam hp aku. Pagi tadi punya kejadian. Dah tiga hari ni direct hakeem bangun awal pagi. Kul 5 aku bangun kul 5.15 dah mula dengar suara dia menangis. Pastu sibuk cari aku kat dalam bilik air atau dapur. Memang dua tempat tu je yang aku duduk pepagi buta setiap hari. 

Naik tension aihh aku nak sahur masak pepagi. Ok dah dua hari aku posa ganti. Rajin pulak tahun ni ganti awal. Motif sangat. Padahal duit dah surut.. kihkihkih. Hari ni sofea pulak mengikut bangun awai. Lagi bertambah tension aku. Rutin pepagi iolls udahlah bz. Masa cecukup je untuk basuh pinggan, masak, mandi, sidai baju dan gosok baju. Buatnya depa ni bangun awal memang lari timing. 

Kena layan belai dulu baru dapat keluar pi keje. Itu pun kengkadang dah layan pun masih boleh dengar tangisan dari depan pintu pagar rumah. Cara paling cepat nak hentikan tangisan hakeem kena sogok dengan makanan. Hari ni aku masak nasi gorang. Dapatla sogok nasi goreng. Kalau tak bagi dulu nata de coco yang ada dalam fridge tu. Memang favrite dia. Sofea pulak kita kena bagi kata-kata manis dan nista. Nanti petang mama balik bawak pi giant kita main dalam taman tu yea. mama pegi keje kejap je, cari duit. Pastu nanti kita beli cd boboiboy ngan upin ipin ngan kakak (barbie). Guna duit raya pia ye... Bila balik keja aku pun berpura-pura lupa pasal pi giant. (",). Kesian depa...

Cerita pagi raya & ketupat pulut

Ok bau bau bacang nak update story raya dah ada. Orang lain dah berpart part cerita pasal raya. Daku barulah nak ambil bau. Adoiii memang malas nak update pasal cerita raya ni. Tak de yang menarik sangat. Tak hot macam raya korang. Tahun ni sangat terasa kesuraman berhari raya. Banyak betul perkara sedih duka yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan melarat ke pagi syawal.


Cerita Raya
  
Kitaorang balik kelantan pun pagi raya. Pertama kali dalam sejarah hidup sepanjang lima tahun kawin. Kalau tidak kami sekeluargalah antara orang KL yang awal sampai kampung. Bertolak pagi raya pukul 6 pagi, kul  satu petang sampai. Jalan smooth ja. Lengang. Kalau tak lapan jam pun tak sampai lagi. Dalam sejarah jugak balik kelantan tujuh jam. Berenti makan minum kencing berak mau mau 9/10 jam. Well weolls oldskool. Bawak 70 80km/j je. Tapi kali nir. mama dah macam cacing kepanasan bawak kereta. Sekejap sekejap press 130km/j. Oooi nak mengundang maut ker apa?? Padahal yang offer nak balik kampung raya pertamanya dia. Aku mati mati ingat balik lepas zohor. Paling tidak pas sembahyang raya. Sempatlah nak beraya rumah kakak aku dulu. Ini subuh sepie' dia dah kejutkan aku. Dengan baju tak siap packing lagi. hahaha.. nampak sangat aku malas nak balik kelantan kennnn..



So raya pertama tu separuh hari dah dijalanan. Mana de mood nak beraya ke rumah orang lagi. Salam pagi raya pun tak dak. Aku tau setiap kali aku buat silap dan dan tu jugak mr. mama dah maafkan. hihihi.. Aku selalu je mintak maaf kalau bukan hari raya pun. Seharian raya pertama mata asyik nampak tilam tilam je. Hari raya pertama bebudak yang datang rumah mek memang tak dapat duit raya dari aku. Silap timing korang ler yea...


 baju raya aku sama ngan baju pia pakai tu...

Menu Raya
 Kuih-kuih kat rumah mek tak banyak. Banyak kerepek2 je. Aku tiap tahun sumbang batang buruk. Sape ada jual batang buruk sedap boleh promote kat aku yea.. :) Tapi ketupat palas@ketupat pulut ni memang makanan wajib keluarga mr. mama. Even majoriti orang belah pantai timur. Kalau my family prefer ketupat nasi/lemang ngan rendang. Kat sini ada jugak orang jual lemang tetepi jalan. Pastu cicah manisan. Tak lalu aku. Tapi tak pe aku bukan hantu ketupat nasi @ lemang. Rendang je berantu. Pagi raya tu memula ingat nak masak rendang ayam sambil wat bekal dijalanan tapi tak sempat. Sudahnya kelapa parut yang aku beli tu seminggu duduk dalam fridge. Balik KL baru dapat masak rendang pastu abang ipar kata sedapppppp angat rendang daging ni. Perli ke apa kelapa seminggu punya...

Ketupat pulut ni aku suka. Lebih-lebih lagi kalau mek buat bubuh serunding kat dalam. Superb terbaik dari ladang!. Memang mek tiap-tiap tahun ada orang tempah ketupat pulut ni. Malam raya, pagi raya, dah beraya-raya pun sibuk cara dengan ketupat dia. Dah habis tempahan orang nak kena buat tuk anak menantu nak bawak balik KL pulak kan..

Ok itu jelah cerita raya pertama kami sekeluarga. Ada masa update lagi cerita raya yang lain..

Misi mencari taska/tadika

Baru-baru ni gebang dengan mr. mama, mr. mama kata dia nak cari orang jaga hakeem dan sofea. Finally kan setelah lebih 4 bulan mr. mama bergelar surarumah tangga terkeluar jugak ayat tu. Tak larat nak jaga dah ke?

Kata mr. mama cost sekarang tinggi. Nak harap keje hujung minggu memang parok. Aku tak terkejut. Tak kisah pun hakeem dan sofea nak tinggal kat taska. Walaupun pang pung pang cakap kat tibi riso takut anak diapa-apakan. (",). Sebenarnya alasan utama aku tak hantar diorang ke taska sebab tak jumpa cari taska yang berkenan dihati. Pastu hakeem tak nak dengan orang.

Buat permulaan aku suggest kat mr. mama, biarlah anak-anak dibawah jagaan dia. Kalau incase dia kena outstation atau ada job tak pe, terima je. Biarlah anak-anak tu aku angkut gi opis. Tinggal sementa kat taska opis ni hah. Bagi hakeem biasakan diri dengan orang luar dulu. Pastu baru boleh hantar sebulan.

Kalau sofea aku tak risau. Campak memana pun dia boleh hidup. Memang dia suka berkawan. Masa balik raya hari tu kitaorang keluar beraya dia hapah tak kisah nak mengikut. Mr. mama je yang sedih-sedih kata orang lain beraya sefamily tapi kita raya tak cukup korem. Hishh sura rumah tangga ni emosional mengalahkan suri rumah tangga pulak. Terpaksa pujuk kata anak kita tu dah besar dah reti nak berkawan, dah reti berdikari.

Balik pasal taska tu sebenarnya aku dilema nak pilih taska area puchong ke putrajaya. Kalau aku pilih putrajaya, maknanya sah-sah sekolah rendah nanti pun akan diputrajaya. Kang time aku tak keje atau kena kursus satu hal pulak nak antar bebudak tu. Mr. mama bukan tahu sangat putrajaya. Kalau hantar kat puchong pulak, then sekolah rendah kat puchong kesian nanti sofea kena uruskan diri sendiri. Mesti kena pit stop kat day care antara sekolah kebangsaan ngan sekolah agama. Transport lagi. Kalau boleh sekali pun sofea uruskan diri sendiri buatnya dia pandai ngelat ponteng sekolah aku hapah tak tahu. Selisih malaikat empat puluh empat janganlah jadi kan. Kata-kata ibu doa. Ini cuma andaian-andaian aku. Kena fikir jangka masa panjang.

Mr. mama pulak suggest kitaorang duduk kuarters. Tapi aku fikir rumah sekarang ni macam mana pulak. Tiap bulan nak kena bayar. Nak sewakan kat orang tak boleh. Nanti duduk kuarters nak kena bayar kuarters jugak plus rumah sekarang ni. Tak boleh tak boleh costy costy

Pehtu aku terfikir nak cari bibik. Kalau boleh nak orang tua yang tak ada sesiapa then yang baik hati, sayangkan budak budak. Boleh tinggal ngan kitaorang. Kalau boleh sabar macam mak mertua aku tu. Tak nak orang indon. Tak nak muda belia. Choiii banyak songeh.. Sampai bila pun tak kan jumpa. Puas dah aku ngajak mak mertua aku tinggal sama tapi dia tak nak. Tahu kot, duduk dengan aku penat. Mana kena jaga anak aku, ntah ntah kena masak, kena basuh kain semua.. hahaha... Jangan tak tahu aku bila balik kampung memang tak pernah masak. Basuh kain pun kengkadang mak mertua yang basuhkan.. (",)

So minggu ni misi survey taska@tadika kat puchong dulu. Kendian baru cari kat putrajaya. Pasal sekolah rendah nanti-nantila fikir. Ada masa setengah tahun lagi sebelum kena daftar.



Mahalnya parking di KL Sentral

Sape pernah parking kat KL Sentral mesti tahu rate parking kat sini berapa. Sejam RM4.00 ko. Mahai la bagi aku. 2 jam RM8.00. Kalau ko parking 1 jam lebih seminit pun dia charge RM8.00 jugak. Seharian park depa charge RM40.00. Mencekik darahla bagi golongan macam kami kami ni.

Kami kami ni orang yang datang dari kampungan. Jauh dari pantai timur. Datang menghanto mak pak mertua, pak menakan yang tak reti nak naik bus. Takut... Naik keretapi very the safety. Boleh jenjalan dari satu gerabak ke satu gerabak. Naik bus boleh duduk jee. Kencing berak pun payah. Kata mak mertua aku la. Kalau aku, aku lagi suka naik bus. Cepat sampai. Naik boleh sampai 8 jam mahu 14/15 jam baru sampai.

Lantak dioranglah kan. Aku lagi suka diorang nak  naik keretapi. Walaupun jauh sikit nak hantar dari rumah. Tapi jimat banyak tang tiket tu. Warga tua oku boleh separuh rega. Pastu diorang suka pulak tiket kelas ke-3. Clas paling low. Lagi berjimat-jimat duit aku. kui kui kui..

Tapi itula kan tang parkingnya tu mahai sangat. Nak pi KL Sentral kena gerak awal dari rumah. Takut kalau lewat jalan jem. Bila sampai awal mestilah lagi mahal kena bayar parkingnya. Nak park kat tepi-tepi jalan kena clamp pulak nanti.

Aku rasa tak berbaloi nak hantar orang naik ketapi, tunggu sikit punya lama kat stesen tu, boleh peluk cium, lambai lambai tangan kat lobi je pun. Bukan leh tengok sampai ke gerabak ketapi. Dah nak balik kena bayar RM 12.00. Terketar-ketar tangan ko nak keluarkan duit pas pas raya ni ken....


5th Anniversary

Wuuhuu tak sangka 10 Ogos lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan aku ngan mr. mama yang ke-5. Jatuh hari raya yang ketiga. Aku sebenarnya macam ingat tak ingat jugak bila tarikh aku kawin. hahaha... asyik ingat 16 Ogos. hari ni. 

Memang masa nak kawin tu aku dah cop nak kawin tarikh 16 Ogos. Sekali tok kadi nak pergi haji 17 Ogos. Katanya dia tak nak tergesa-gesa menikahi orang. So suruh aku percepatkankan atau perlambatkan nikah. Bila diskus ngan mr. mama, keluarga dia ramai yang tak boleh lepas 16 Ogos. Dah abis cuti sekolah.  Mintak diawalkan dalam cuti sekolah jugak. So aku pilih 8 Ogos.

Patut aku nikah 08.08.2008.  Hari jumaat. Sanding 09.08.2008 hari sabtu. Tapi tukang makeup pulak tak free hari sabtu tu. Kalau nak nikah hari jumaat tu boleh tapi sanding suh buat hari ahad. Sabtu tu aku nak buat apa??? Fikir punya fikir baik aku nikah sanding 10 Ogos. Buat semua satu hari. Senang. Jimat pun jimat duit aku. hihihi... Itu yang macam lupa eh sebenarnya anniversary aku 16 ke 10 ke 08 Ogos eh...

Dalam lupa-lupa tu sempat jugaklah hari akhir posa tu aku beli hadiah untuk mr. mama. Pes time beli hadiah anniversary ni. Sebelum-sebelum ni tak bagi apa-apa pun. 


Sebab esok raya aku beli baju kemeja je senang boleh pakai time raya. Malam tu jugak aku bagi kat mr. mama. Tak sabar dah nak tunggu hari anniversary.


Beli hadiah sebab nak pujuk mr. mama yang sedih kena saman ngan JPJ ngan lori hampir nak kena sita.


YA ALLAH terlalu banyak dugaan dan rintangan yang berlaku sepanjang 5tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah kami berjaya mengharunginya walau pun pahit untuk ditelan. Pada yang berusaha memisahkan kami semoga allah akan membalasnya. Tak lambat cepat balasan Allah itu pasti!



Pagi sehari sebelum raya

Hari ni aku masih kerja lagi. Heaven sangat. Jalan tak jem. Parking kosong.


Walaupun tak perlu berebut parking, bangun tetap awal. Sahur, pastu masak untuk hakeem dan sofea. Ayam goreng jerk. Mood nak masak pun dah malas.

Sempat basuh baju pepagi dan buang sampah. Masa buang sampah nampak masih ada lagi insan yang mengutip tin, botol, kotak dalam timbunan sampah. Insaf!

Sepanjang jalan keluar dari rumah tadi tak sunyi sepi. Ramai yang bangun awal. Sebelum kuar jalan utama nampak kedai ayam segar di penuhi dengan ramai orang. Pasar borong juga terang benderang dengan lampu. Ada jualan pasar borong dengan pasar tani. Mesti mak mak, makcik pakcik pi beli lauk untuk persiaran raya esok. Aku? Selamba je esok baru balik kelantan. heh heh...



Dikesempatan ini sy, mr.mama, sofea & hakeem ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir kepada my readers jika ada terkasar bahasa dalam penulisan saya...


Keputusan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Ingat tak entri yang aku dapat panggilan temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Tak ingat? Tak pe baca aje kat SINI. Haa resultnya dah keluar dah pun. Dua kali tangguh nak bagi keputusan jugak. 

Nak tahu apa keputusannya? Sama jugak ke dengan keputusan Penolong Penguasa Kastam itu hari.? 

Oklah tanpa nak mendebarkan uolls dan aku sendiri, diumumkan saya telah terpilih oleh spa sebagai calon simpanan sahaja. (",). Berdekah dekah jawab soalan-soalan interviewer simpanan je dapat.

Uolls percaya tak aku antara 1000 orang daripada 49000 calon yang di interview tu. Tak payah printscreen keputusan tulah ye. Aku tak tipu punya..

Apa tak percaya kalau tak ada bukti. Ok okla aku tunjuk...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


haa percaya sudah?

Siapa yang dah interview hari tu cepatlah check. Anda dalam lingkungan 67 orang tu ke?

Hakeem & Sofea kat my opis

Bila time raya mesti ramai yang bawak anak ke opis. Pengasuh dah cuti awal. Pengasuh anak aku si mr. mama outstation ke Kelantan. So semalam terpaksa bawak hakeem dan sofea ke opis.




Kesian kena bangunkan diorang pepagi. Pastu kena tido bawah meja. Kuih raya aku pun dah tinggal separuh sebab sogok diorang supaya jangan menangis, menjerit, melalak macam rumah sendiri.

Bombastic word


Hari tu kitaorang lalu depan taska lama sofea. Tiap hari pun lalu. Dah itu memang jalan utama keluar ke jalan utama besar. Ayat apakah? Dah dua tiga kali tiap lalu je depan taska mesti keluar ayat ni dari mulut sofea. Ini sekolah pertama pia.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Malam tadi aku nyembang nyembang ngan sofea sebelum tido. Aktiviti rutin ni. Untuk  mengeratkan silaturrahim. hehe.. Aku suka dengar omongan sofea. Antaranya...  Pia sayang mama dan papa dan adik dan mak ngah. (sila baca dengan sekali lafaz macam akad nikah). Mama tadi pia makan banyak. Nak pecah perut pia..

-------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi tadi mr. mama dan anak-anak hantar aku ke opis. Bahagianya hidup. lalalala.. Kalau tidak bercinta cari parking setiap pagi. Masa aku pangku sofea aku nampak cuping telinga sofea ada kesan hitam. Ni mesti kes kena gigit lebah hari tu. Kena gigit lebah memang kulit akan jadi hitam ke? Risau ni kena bawak pi klinik. So aku mula membelek-belek kat empat kena sengatan tu. Pehtu sofea cakap mama jangan kobek, nanti pecah telinga pia.


Kombinasi tulisan yang aku bold dengan ayat sofea tu memang nampak power kan? Macam ayat orang-orang dewasa. Korang rata tak? rata tak bombastic?

Besar nanti hopefully sofea boleh jadi pemidato. One of my cita-cita aku... Sebab mak dia pandai cakap lam blog je. Kalau cakap kat luar hampeh. Suara ala-ala elly mazlin. Mendayu-dayu saja...



*blog sekarang kekurangan gambar sebab camera sudah hancusss...

Kuih Raya, Duit Raya

Korang dah dapat ke kuih raya yang diorder tu? Mesti dah dapat semalam. Gov bonuskan semalam... Aku? Memang tak reti aihhh nak beli beli kuih raya. Dari zaman bujang sampai dah kawin beranak dua takdenyer beria nak membeli. Nak kata pandai bukan kuih hareemmm. Memang tak reti. Takat kuih ros@loyang bolelah. Dulu bujang penah jugak buat kuih almond london ngan tart nenas. Tapis sebagai assistant tukang gulung ngan curah coklat. Bila dah bekerjaya lagi haram jadah nak pegang oven. 

Masa belum kawin memang setiap tahun aku punya sumbangan kuih raya adalah kerepek. Dulu aku keje kat KL. So hari last posa tu memang aku akan balik half day then merayau sorang-sorang kat jalan TAR. Beli kat situ boleh dapat empat bungkus kerepek dua puluh hinggit. Murah kan..

Lepas kawin aku pandai sikitla beli. Selain kerepek aku akan beli tiga jenis kuih ni je. Kuih samperit coz my favorite. Popia mr. mama favorite. Dan kuih batang buruk mak mertua punya kegemaran. Mak mertua memang tiap-tiap tahun request beli batang buruk. KL punya sedap kayanya. Kalau ada nak tambah satu lagi kuih, tart nenas. Yang ni pun mr. mama suka. Tapi selalu aku maleh beli sebab bajet. hahaha.. So penjual kuih raya selain dari kuih yang disebut diatas please far away from me. Buat penat air liur uolls promote je. Sedap cam mana kuih hangpa iolls tak akan tergoda...



Sejarah gambar diatas, kuih samperit RM19.00. Ada yang lagi murah tapi beli ni sebab tolong kengkawan. (",) Popia adik ipar yang buat. RM16.00 setengah kilo. Murah kan? Kat luar aku tengok ada yang RM20 lebih pun. So lain kali sape nak makan kuih popia goreng inti ikan sardin homemade contact me k. Lepas raya pun boleh buat kudap kudap. hehhe.. sempat promote. Almond london@purplish handmade bukan aku yang order. Tumpang letak atas meja je bagi mencantikkan gambar. Batang buruk lom dapat lagi.

Sampul duit raya dari public bank. Tahun ni tukar duit semua RM10. Motif? Daku sudah kaya dapat bonus semalam. Sila semua beratur kalau nak duit raya RM10. Duit singgit nanti aku tukar je dengan hakeem sofea. Diorang lagi kaya time time raya ni.


Duit raya pertama hakeem dan sofea. Opismate bagi. Thanks yaa... Aku tak ada ke?

*Thanks pd yg bookmarks my blog as a favorite. Tak sangka my blog ada loyal readers..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY