09 May 2013

Dapat panggilan interview

Sepanjang aku kerja almost tiga minggu ni boleh kata hampir setiap hari hati macam tak tenang. Mana taknya setiap pagi nak pergi kerja mesti tangisan yang mengiringi pemergian aku ke kereta.

Dulu masa cuti tanpa gaji hakeem dan sofea bangun tido sikit punya lambat. Kul sembilan sepuluh baru celik mata. Ini pukul enam pagi dah standby tuk nangis pukul enam setengah nanti. Hati aku ni sayu. Kalau bukan sebab kerja kerajaan dah lama aku mohon berenti kerja.

But finally ada jugak khabar yang menggembirakan hati di pagi hari. Bukak email tengok ada email dari pengirim nama 'pengambilan'. Pelik namanya. Klik klik tengok....

Panggilan interview jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Padahal dah lebih tiga tahun aku tak isi borang SPA.

Oii gembira sangat ni oi... Sampai gigil tangan kaki lutut nak buat kerja. :)

Tapi aku idak ler mahu mengharap tinggi sangat. Takut jadi macam keputusan temuduga penolong pegawai kastam hari tu. Dukacita.... But i will try my best...

Doakan saya...



2 comments:

Anonymous said...

I'd like to find out more? I'ԁ сarе tо finԁ
out sοme adԁitional informatiοn.

Alsο visit my blog: Mid Stakes Bonus

IntaNBerliaN said...

harap2 azi berjayalh!!

tahniah tau