09 September 2013

Saya bukan tauke bundle

Sejak akhir-akhir ni aku dapat banyak sangat email orang nak jual baju kat aku. Mungkin sebab blog antiqueshop tu. Tak kurang juga kawan-kawan opis yang mintak aku jualkan baju-baju kurung yang mereka dah tak nak pakai.

Kalau nak tahu pasaran barangan terpakai ni memang mendapat tempat tau kalau kena caranya. Tapi bagi aku yang jual secara kecil-kecilan hanya dapat tampung duit minyak, tol untuk pi keje sesikit. Tak ada sampai nak amik baju orang lain. Jual baju aku ngan kakak aku jer.

Uolss bayangkanlah sebulan tol aku kena bayar lebih kurang rm150. Belum masuk minyak. Dahla sekarang minyak baru naik 20sen. Terasa juga peritnya tu… So dengan menjual barangan peribadi dapatlah nak menampung sana sini yang tak cukup tu. Disamping menjahit beg jeans iolls tu. Hihihi…

Tapi tapi kan uolls mr. mama baru je suarakan hasrat hati nak bukak business bundle. Kes gara-gara misi cari taska untuk anak-anak gagal. So kitaorang ingat nak berniaga dari rumah sahaja. Kalau berjaya business bundle ni nanti bolehla iolls contact uolls yang nak jual baju kat kitaorang ye…

Doa-doakanlah semoga apa yang kami rancang berjaya. Insyaallah.. :).

*blog antiqueshopp (click ) nanti akan ada pertambahan baju-baju baru ye. Tunggu saya update. Bersawang sungguh blog tu.



2 comments:

nita said...

pandai niaga awak ni..

moga berjaya rancangan Azi ye..

moga Allah permudahkan urusan awak..aamiin

Suria Amanda said...

banhyak permintaan ni...heheheh