Showing posts with label bundle. Show all posts
Showing posts with label bundle. Show all posts

02 October 2013

Cerita campur campur

Bukan sayur  je boleh campur-campur. Cerita pun boleh tau.. Minggu lepas musim demam sedunia. Satu family kami demam kecuali mr. mama. Empat hari tak boleh bangun. Berjangkit-jangkit dengan anak pulak. Sudahnya jumaat, isnin & selasa MC. Itu yang blog tak berupdate :). Pestime jugak dapur rumah tak berasap. Aku tak boleh sehari tak masak. Penat macam mana pun wajib masak. Kadang-kadang yang dimasaknya ikan@ayam goreng jer. Tapi demi nak membuncitkan perut suami penat pun aku masak juga dalam bebel bebel. hahaha...

Walau pun mr. mama tak demam tapi dia nak sakit jugak. Sabtu tu mr. mama jatuh moto sebab terlalu risaukan his family. Sweet je bunyi kan... Padahal otak dia duk fikir kata-kata bini dia.

"Pa kenapa mama tetiba sakit ni. Jarang kan mama sakit, Ni mesti sebab banyak dosa dengan papa ye". "Mama mintak maaf ye semua salah mama, kalau mama tak de nanti jaga anak baik baik ye". 

hahahah bini propa lebih. Padan muka buat apa marah kitaorang demam. Kendian kata bukan marah tapi risau.

"Kenapa family papa jadi macam ni. kenapa...Semuanya demam". "Itu ujian tuhan sayang" (._.).

Dengan kata lebih sedap tuhan nak bagi mama berehat, kalau tidak asyik kena buat kerja kat opis kat rumah tak henti-henti. Tapi aku lebih rela wat keje dari sakitla... Seksa weeiii



___________________________________________________________________________

Yang ni kisah sebelum demam. Kisah makan pulak. Sempat pi jenjalan then singgah makan kat foodcourt alamanda. Orang baru dapat gaji mengidap nak makan laksa. Sebelum makan dah tanya dulu kat opismate diana laksa tu ikan parang ke laksa penang. Bukan tak tahu kalau makan kat foodcourt rasa dia tak sama yang laksa RM 3.00 - 3.50 tu. Murah tapi sedapppppp dap dap..

Diana pulak kata ikan parang tu macam mana. Mana aku nak cari ikan parang tunjukkan. Nak tunjuk parang bolele... Sekali beli laksa ada nenas kuah ikan sardin. Laksa nyonya kan namanya tu. Tak kena dengan tekak. Tapi habis jugak sebab lapo...ekekek..


Petangnya aku nak masak fanfries untuk tujuan membuncitkan lagi perut suami. Sekali boleh pulak yang aku beli tu ubi kayu segera rupanya. Aduhai dasar jarang makan fast food  la ni.


____________________________________________________________________________

Gambar-gambar ni mr. mama yang tangkap. Banyak lagi dalam phone tu. Tapi sensor tak boleh nak dedah lebih-lebih. Sekitar kerja dia berbundle tuh. Memula dulu aku rajinlah menolong sekarang dah slow. Sejak demam hari tu terus stop. Biarlah dia buat ngan his pekerja-pekerja. Sebabkan bundle nih order-order yang ada semua pending. Ampunnn bebanyak pada yang mengorder tu. Minggu ni aku akan start balik. Bilik jahit tu pun nak kena kemas jugak. Dah macam sarang tikus dah.


Setiap hari memang ada je orang datang beli. Yang datang mencuri pun nak ada. Indon ler banyaknyer. Dia lipat cantik-cantik toto, langsir pastu selit benda kekecik dalam lipatan tuh. Mr. mama tunggu masa nak bagi korang kencing dalam suar. Nak gertak panggil polis. Tunggu arrrr...
 

12 September 2013

My bundle station

Ingat tak  aku ada mention nak bukak bundle kat entry sebelum ni. Alhamdulillah dah tercapai hasrat mr. mama tu. Hari ni dah masuk hari ke tiga beroperasi. Walaupun dalam serba kekurangan. Buat kat  depan rumah saje. Belum berkemampuan nak bukak kedai. Plus kekangan masa dan kakitangan. Ini pun import my sister sekali bantu. Nanti kita gaji eh kak jiah (",)


Pekerja mr. mama yang setia. Pasni uolls tak payah dah angkat lemari, katil, meja, mesin basuh, fridge. Dari tingkat ada lif ke tingkat tak lif, rumah teres, rumah kondo. Penat! La ni tolong sort, lipat, kemas, jual baju saje. Dah boleh amik upah.. hihi..

First day opening, alhamdulillah tak menang tangan. Meriah sampai kemalam.


Harga as low as RM2. Sapa tak nak kennn. My opismate pun nak tau.
Ada tu datang sampai dua tiga kali.
Ingat once weolls siap menggantung di hanger nanti tak dapek dah harga macam ni. 

Macam pasar malam. 
Kul 12 malam pun ada lagi yang datang. 
Dua hari aku tak cukup tidur ni.


Uolls minat baju bundle tak?

09 September 2013

Saya bukan tauke bundle

Sejak akhir-akhir ni aku dapat banyak sangat email orang nak jual baju kat aku. Mungkin sebab blog antiqueshop tu. Tak kurang juga kawan-kawan opis yang mintak aku jualkan baju-baju kurung yang mereka dah tak nak pakai.

Kalau nak tahu pasaran barangan terpakai ni memang mendapat tempat tau kalau kena caranya. Tapi bagi aku yang jual secara kecil-kecilan hanya dapat tampung duit minyak, tol untuk pi keje sesikit. Tak ada sampai nak amik baju orang lain. Jual baju aku ngan kakak aku jer.

Uolss bayangkanlah sebulan tol aku kena bayar lebih kurang rm150. Belum masuk minyak. Dahla sekarang minyak baru naik 20sen. Terasa juga peritnya tu… So dengan menjual barangan peribadi dapatlah nak menampung sana sini yang tak cukup tu. Disamping menjahit beg jeans iolls tu. Hihihi…

Tapi tapi kan uolls mr. mama baru je suarakan hasrat hati nak bukak business bundle. Kes gara-gara misi cari taska untuk anak-anak gagal. So kitaorang ingat nak berniaga dari rumah sahaja. Kalau berjaya business bundle ni nanti bolehla iolls contact uolls yang nak jual baju kat kitaorang ye…

Doa-doakanlah semoga apa yang kami rancang berjaya. Insyaallah.. :).

*blog antiqueshopp (click ) nanti akan ada pertambahan baju-baju baru ye. Tunggu saya update. Bersawang sungguh blog tu.