Showing posts with label baju terpakai. Show all posts
Showing posts with label baju terpakai. Show all posts

22 July 2014

Jualan baju raya terpakai

Kalau keyword jual baju terpakai tu memang banyak orang yang dah tersesat ke blog ni. Ini jualan baju raya terpakai offcourse waktu raya sahaja. Terkejut jugaklah ada yang search pasal baju raya terpakai. Sammaada dia nak beli baju terpakai untuk raya atau dia nak jual tak tahu la kan. Tapi my instinct orang ni nak beli. 


Iyelah bukan semua orang berkemampuan nak beli/buat baju baru. Zaman sekarang ni satu baju nak tempah dah dekat RM80. My tailor lah tu... Ur tailor bape? Nak sedap pakai punya pasal redha jer lah. Kalau beli yang dah siap punya taste aku semua yang 150 keatas. Nafsu sangat perempuan mengandung ni tau. 

Ni kalau kita beli yang terpakai, kalau pandai cari boleh dapat dua tiga kali ganda murah. Pastu diorang pakai pun bukan lama. Dua tiga kali jer. Ok lah kan. Tapi kalau nasib tak baik ada jugak dengar dapat jahitan dah tetas tetas. Haishh korang ni nak jual biarlah yang masih elok. Even jual murah jangan jual yang dah boleh buat kain buruk. 

Tahun ni aku dah tk aktif jual prelove item. Agak sibuk menjahit pulak. Maybe pas raya or pas keluar baby sebulan dua kita aktif balik antiqueshopp tu.

12 September 2013

My bundle station

Ingat tak  aku ada mention nak bukak bundle kat entry sebelum ni. Alhamdulillah dah tercapai hasrat mr. mama tu. Hari ni dah masuk hari ke tiga beroperasi. Walaupun dalam serba kekurangan. Buat kat  depan rumah saje. Belum berkemampuan nak bukak kedai. Plus kekangan masa dan kakitangan. Ini pun import my sister sekali bantu. Nanti kita gaji eh kak jiah (",)


Pekerja mr. mama yang setia. Pasni uolls tak payah dah angkat lemari, katil, meja, mesin basuh, fridge. Dari tingkat ada lif ke tingkat tak lif, rumah teres, rumah kondo. Penat! La ni tolong sort, lipat, kemas, jual baju saje. Dah boleh amik upah.. hihi..

First day opening, alhamdulillah tak menang tangan. Meriah sampai kemalam.


Harga as low as RM2. Sapa tak nak kennn. My opismate pun nak tau.
Ada tu datang sampai dua tiga kali.
Ingat once weolls siap menggantung di hanger nanti tak dapek dah harga macam ni. 

Macam pasar malam. 
Kul 12 malam pun ada lagi yang datang. 
Dua hari aku tak cukup tidur ni.


Uolls minat baju bundle tak?

09 September 2013

Saya bukan tauke bundle

Sejak akhir-akhir ni aku dapat banyak sangat email orang nak jual baju kat aku. Mungkin sebab blog antiqueshop tu. Tak kurang juga kawan-kawan opis yang mintak aku jualkan baju-baju kurung yang mereka dah tak nak pakai.

Kalau nak tahu pasaran barangan terpakai ni memang mendapat tempat tau kalau kena caranya. Tapi bagi aku yang jual secara kecil-kecilan hanya dapat tampung duit minyak, tol untuk pi keje sesikit. Tak ada sampai nak amik baju orang lain. Jual baju aku ngan kakak aku jer.

Uolss bayangkanlah sebulan tol aku kena bayar lebih kurang rm150. Belum masuk minyak. Dahla sekarang minyak baru naik 20sen. Terasa juga peritnya tu… So dengan menjual barangan peribadi dapatlah nak menampung sana sini yang tak cukup tu. Disamping menjahit beg jeans iolls tu. Hihihi…

Tapi tapi kan uolls mr. mama baru je suarakan hasrat hati nak bukak business bundle. Kes gara-gara misi cari taska untuk anak-anak gagal. So kitaorang ingat nak berniaga dari rumah sahaja. Kalau berjaya business bundle ni nanti bolehla iolls contact uolls yang nak jual baju kat kitaorang ye…

Doa-doakanlah semoga apa yang kami rancang berjaya. Insyaallah.. :).

*blog antiqueshopp (click ) nanti akan ada pertambahan baju-baju baru ye. Tunggu saya update. Bersawang sungguh blog tu.



14 May 2013

Jual baju terpakai @ prelove item anda

 *friendlyfashion telah ditutup secara rasmi pada 1July 2013*

Korang ada baju yang dah tak boleh pakai. Masih cantik cantik tapi tak muat. Tak tahu nak bagi siapa. Dah sedekah tapi still banyak lagi. Sayang nak bagi orang sebab cantik tapi tak boleh nak buat apa. Nak outer tak reti. Nak suruh orang outer kena duit pulak.

Kalau ada jomlah jual kat FriendlyFashion (sila klik). Dah banyak dah blogger post pasal laman web friendly fashion ni. Aku dapat tahu pasal friendly fashion pun sebab terbaca kat satu blog. Pas baca terus aku pi sign up. Pastu senyap. Tak post apa-apa pun. Macam tak de keyakinan nak jual kat situ.

Kemudian aku terbaca lagi kat blog yang lain pulak. Kali ni ada keyakinan sikit then terus upload gambar baju-baju yang aku nak jual. Tak sampai sehari dah ada pun orang tanya pasal baju aku. Dan tak sampai seminggu dah terjual selai. Sebelum ni memang aku jual baju terpakai kat blog satu lagi tu. (Klik SINI kalau nak tengok). Pastu aku ada jugak iklankan kat mudah.my. Tak tak mudah sangat nak terjual. Sebab mudah.my boleh iklankan bermacam-macam barang. So iklan kita cepat terkebawah.

But kat friendly fashion memang di khususkan untuk menjual barang terpakai. Korang boleh jual baju, kasut, accesories, beg dan macam-macam lagi. Semua user kat situ diorang punya interest adalah kepada prelove item. So senanglah sikit nak jual. Lagi satu laman web friendlyfashion ni user friendly. Sefriendly namanya.

Kalau kita berkenan kat satu satu baju tu bila kita klik nak tengok specification barang tu lebih lanjut, diorang akan show jugak barang-barang lain yang berkaitan dengan barang yang kita minat. Pastu kita boleh terus PM atau komen kat barang yang kita berkenan tu. Bolehfollow member dalam friendly fashion. Pastu ada forum jugak. Kat forum pun korang boleh promote barang-barang yang korang nak jual.

Pastu kalau korang nak swap barang korang dengan barang orang lain pun boleh. Kira macam sistem butter. Nak giveaway pun boleh. Mana tahu ada yang minat kat barang yang korang nak sedekah tu kan. Ala barang free mesti ramai yang minat punyalah. So tak ada istilah tak tahu nak buat apa dengan baju yang berlambak dalam gobok tu. Better clearkan sebelum di makan dek tikus@anai-anai atau seangkatan dengannya. Boleh jugak dapat sesikit duit buat beli baju baru ye dak?

Aku siap promote kat kakak-kakak kat opis yang berstatus makcik tu. Punyalah excited diorang dengar. Terlopong mulut sampai keluar air liur. Ok aku tipu... Tapi serius diorang berminat sungguh pasal jual-jual barang ni. Diorang bukan pandai nak godek godek internet macam kita yang memuda ni. Muda ker?

Pastu aku siap pesan kalau nak letak harga tu biarlah reasonable. Walau pun baju ko tu cantik, baru,  ada manik, bling bling, baru pakai dua tiga kali tapi dah namanya baju terpakai harga tetap dah jatuh. Kalau baju kurung ko tu harga 120 hinggit janganlah nak jual seratus. Agak-agakla. Kalau aku seratus baik beli baru. Kecuali barang yang korang jual tu memang limited item or branded. Memang mahal tak ingat dunia kalau nak beli yang baru.

Baju aku semua aku jual range between 10 hinggit ke 30 hinggit je. Sebabnya kalau badan macam aku ni baju kurung tiga puluh sembilan hinggit pun dah boleh dapat. Baru pulak tu...


So apa lagi korang mehla usha-usha laman web friendlyfashion mana tahu ada baju yang korang berkenan. Nampak tak kat sidebar aku tu ada "Prelove Item & DIY". Jangan malu-malu klik tetengok kot ada yang menarik hati korang.  Aku jual baju aku, adik ipar dan kakak aku. Itu yang ada pelbagai size. Harga yang aku tawarkan setanding kualiti. :-)


16 June 2012

Pengalaman menjual baju terpakai

Setakat orang tanya-tanya kemudian mintak nombor akaun kata nak masukkan payment tapi bila check hapah pun tak ada dan ada yang beria nak beli kemudian terus senyap tu biasalah kan. 

Tapi ada satu pengalaman yang membuatkan aku berfikir dua tiga kali jugak lah sama ada nak terus jual my prelove item atau tidak.

Kisahnya satu hari tu aku dapat sms dari seorang customer bertanyakan pasal baju kurung yang dia berkenan. Sms punya sms kemudian dia mintak pakai satu hari. Dalam otak aku ni rasa cam confius kalau dia tak berkenan pastu dia nak return back ker baju tu? Atau dia nak datang umah testing dan bawak balik dulu ker? Bila aku call dia tak angkat. Mr. edy kata jangan layan lah orang macam ni.

Ok fine. Aku pun buat dont know jer. Esoknya dapat lagi sms nombor yang sama tanya samaada baju yang dia nak tu available lagi tak. Masa time tu kalau korang mestilah ingat dia nak beli betul-betul kan. 

Walaupun semalam tak layan hari ni dia still hantar lagi sms. Menunjukkan betapa bersungguhnya dia nak beli baju aku tu. Walau pun sebenarnya baju yang dia nak tu antara baju yang aku rasa coraknya old fashion. 

Sekali lagi kitaorang bersms. Sms punya sms barulah faham rupanya dia mintak aku yang pakai baju tu sehari. Lepas aku dah pakai dia akan bankin duit dan aku boleh pos baju tu. Kiranya aku tak payah basuh baju tu. 

Ko ni gila ke apa? Teruslah ayat ni yang dia dapat dari aku. Kemudian dia mintak maaf dengan cakap dia cuma nak lepaskan gian dengan baju licin aku tu. Bukan nak pakai pun. 

Eeee... geli geleman aku baca sms tu. Mesti dia ni lesbian. So aku ignore je customer macam ni. Taulah itu baju terpakai tapi aku selective jugak tau customer yang macam mana sesuai untuk menyambung warisan aku tu... hi3... 

*Ada customer non muslim jugak tapi aku redha je jual. Tak pe ker ha?