10 October 2013

4 years old

Hari ni hari gaji orang gomen. Giler cepat. Raya punya pasal. Penuhla alamanda jumaat nih. mihmihmih... Pagi ni terdengar sokseksoksek opismate tanya apsal radio pasang lagu raya. Raya apa? Amboi.. Syawal saje ko ingat. Mementang kena puasa. Kalau pi haji baru lah nak ingat raya haji eh.. hihihi...

Today sofea genap empat tahun. Cepatnya masa berlalu. Tahun depan dah nak sekolah. Macam tak caya. Dah kategori mak  mak sangat nih. Pagi tadi sempat wish sofea selamat hari jadi. Nak wish tepat kul 12 malam tertido pulak. Mr. mama tu entah ingat ke tidak hari jadi anak dia hari ni..

Senyum je pia dengar aku wish dalam pada ngantuk-ngantuk tu. Bukan dia tahu pun apa pun. Cuma dia tahulah kalau ucap hari jadi kena ada hadiah. Dia tengok kat citer upin ipin tu. Jadinya wajib beli hadiah. Tak tahu nak kasi hadiah apa nih. Tapi dia sokmo tiap hari nak barangan dora. Dari kasut ke baju ke beg semua nak dora. Hari tu mr. mama ada kasi baju tido dora. Dia duk bantai nak pakai setiap malam. Tak sempat basuh pun nak pakai balik. Pastu kalau malam, tak nak pakai baju tido jenis seluar. Nak yang jenis gaun. Udahlah malas pakai pende (seluar dalam). Kalau pakai pastu lepas kencing tinggal je tepi pintu bilik air.

Hai anak anak... Makin besar macam-macam perangai. Pasni kalau dia nak makeup tak tahu ler aku nak kata apa. Tanda-tanda melawa memang dah nampak. Tengoklah mr. mama bebel cam mana. Mama dia ni nak calit satu warna kat muka pun tak dapat.

Apa-apa pun mama harap sofea jadi anak yang solehah boleh jaga mama papa dan hakeem sudah. Walau pun dia selalu gaduh ngan hakeem tapi sape kacau adik dia memang dia marah. Kalau aku marah memang dia pujuk adik dia jangan nangis. Siap peluk-peluk lagi. Kecik ni bolelah peluk besau nanti tak boleh dah tau...

Every night aku bisik kat telinga sofea supaya jaga kami sekeluarga. Diakhir zaman ni banyak sangat keluar kat paper kisah anak biarkan mak bapak hidup merempat. Sanggup buang keluarga demi harta dan cinta. Ish mintak simpang malaikat empat puluh empat janganla jadi kat aku. Lagi satu expectation mama tak tinggi. Pia belajar setakat termampu aje. Tak dapat masuk universiti pun tak pe. Bukan semua orang masuk U ni berjaya. Tengok mama belajar tinggi pun susah nak dapat keje yang sama dengan taraf pendidikan. Pia jadi tukang jahit sambung deligasi mama pun dah ok sangat..


Happy birthday sayang :* :* :* muahmuahmuah..

Nanti kita celebrate makan kfc lagi nak. 
Bukan senang mama nak bagi makan fastfood ni. 
Makan selalu selalu otak lemb tahu...


2 Comment:

nita said...

happy birthday Pia.. semoga jadi anak yang solehah dan berbakti pada ibu bapanya..
wah dah 4 tahun dah..sekejap jer kan..

Momma AA said...

Slmt Hari Lahir Pia.. Moga Pia jadi anak yg baik dan solehah..
Momma doakan agar segala doa2 ibu Pia termakbul.. Amin..