Menu hujung minggu

Aku rasa daya ingatan aku tinggi. Opismate pun cakap. Dalam otak aku selalu berlegar-legar semua kejadian dalam hidup aku. Walaupun banyak urat saraf dah putus masa beranak... Apa yang berlaku aku selalu recall dengan perkataan dan perbuatan balik. Biasanya perkataan la.

Macam sorang opismate ni tak suka makan taugeh dalam mee/bihun. Khasiat taugeh baca SINI. Pastu bila aku nak masak/beli mee/bihun/taugeh aku mesti ingat kat opismate ni. Bagus aku ni ingat kengkawan. mihmihmih. Pehtu kalau jumpa opismate ni tengah breakfast aku bahankan dia. Apa barang tak makan taugeh. Khasiat banyak tu...

Selalu aku bawak bekal kat opis lauk goreng goreng goreng. Ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng. Jaranglah aku masak lemak cili api, kari, taucu & etc.. Nak cepat. Sorang lagi opismate aku kalau nampak aku makan mesti cakap ko ni memang simple je masak. Bagus betulla laki ko. Pastu pepagi ke petang aku masak mesti aku teringat kata-kata opismate aku ni. Ini kira tinggi daya ingatan la kan. Bab menyakat pun aku tinggi. Aku membahan orang, last last orang membahan aku balik. Tapi tak pe, bahan korang buat aku motivasi diri. Bahan yang membina. kihkihkih. Dah empat lima kali ko bahan aku masak cincai aku rasa diri aku termotivasi nak masak sesedap untuk anak dan laki.

So sabtu lepas aku keluar dari nichi menu harian aku. Selalu kalau aku masak ikan bawal sokmo aku masak ikan bawal goreng tabur bawang besar. Nah kali ni aku masak sweet sour ko... Laki aku tengok pun pelik. Apsal bini dia ni sejak dua tiga menjak menu goreng macam dah tak ada.


Bukan itu je tau, aku masak ikan dori goreng tepung.  Ikan dori ni boleh cicah dengan kuah sweet sour bawal tadi. Masa masak aku dah asingkan siap2. Aku tak gaul ikan dori tu dengan kuah takut kembang tak sedap. hahaha... menu 2 in 1. Sifat M belum terbuang sebenuhnya. Mr. mama meratah sampai keluar masuk dua tiga kali ikan dori tu. Sedap katanya nak nak cicah ngan kuah sweet sour.


Kemudian petang aku buat aiskrim pulak korang. Untuk hakeem dan pia. Diorang ni asyik mintak nak beli aiskrim je kalau pergi kedai. Rabak mak ko ... Okey aku tak pandai buat aiskrim marble bagai. Nanti aku study resipi yang banyak orang blogkan tu.  Semua demi anak tercinta. But now, aiskrim batang dululah ye anak-anak.  Mama dulu aiskrim ni je opah ko buat...


Resepi sweet sour. 
Tumis bawang putih, bawang merah dan cili merah dibuang biji yang dihiris hingga naik bau. Masukkan sayur campur. Masak hingga empuk. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, air & garam. 

Semua expert kan... Ni menu orang nak senang hidup. Nanti aku nak buat menu seminggu. Tunggu apa menu tu... Korang menu apa weekend?


1 comment:

Mimi Azirah said...

menu hujung minggu yg menyelerakan...kompom mkn tak henti henti kalo ari2 menu mcm nih..hahaha

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY