20 June 2014

Keputusan peperiksaan tadika pertengahan tahun sofea

Masa exam hari tu aku sikit pun tak tahu. Tadika tak bagitahu pun. Alih alih petang aku nak amik pukul lima, pia sesi petang habis kul 5.30. Tiap hari memang amik awal setengah jam. Setengah jam last tu selalu diorang dengar2 cerita dari cikgu, kalau hari rabu ada sukan (pendidikan jasmani kata orang) memang sofea tak pernah join. Apa ada hal... Cikgu kata pia tengah exam belum habis lagi. Boleh tunggu... Eh boleh.... Tak kan aku jawab tak boleh. Dua minggu exam tu aku gi amik hakeem dulu, beli beli jajan sementara tunggu sofea, main kat taman tadika. Bahagia hakeem...

Dua hari lepas result exam keluar... Mama yang ok ok ni ada sikitla kecewa. Ibu mana yang tak harap anak dapat nombor satu kannnn... hahaha. Expection tinggi....

Matematik tu... Memang anak mama. Subjek kreatif tu subjek mewarna... Lepas ni weekend kena lebih belajar colouring.. Silibus Tauhid/fekah ni macam mana eh. Aku tak habis semak lagi kertas exam pia tu...Tak kira balik lagi betul ke tak markah tu. Mana tahu cikgu salah kira kan. Macam kita exam dulu dulu pun kita kira balik kan... 

Berminat dengan subjek sains pun tak dapat 90 keatas lagi. Jawi pun mama kena tekan kan lagi ni... Exam hujung tahun kena dapat lagi bagus tau pia. 

*ahad ni sport day. Tak sabar....

2 Comment:

Mimi Azirah said...

bagus bagus kptsan rxam pia...boleh usaha lagi dan lagi..

Mummydearie said...

Adui mak hai... markah penuh 1000? Ini baru exam untuk tadika.... Takpalah dah kira cemerlanglah tu anak dapat bagus macam ni. Nombor dalam tadika tu, pejam mata jek :)