14 June 2014

Lawatan ke Kilang Mamee Double Decker Sdn Bhd

- 48hour sponsored post -

Kalau sebut MAMEE, yang terlintas dalam minda aku adalah dua benda ni aje. Satu dia punya instant noodle dan satu lagi snek mamee monster. Lain lain aku tak tahu. Mamee monster adalah snek kegemaran aku sejak kecil. 

Selain murah yup time tu dua posen je kan, aku boleh makan macam mee segera. Selalu aku rendam mee mamee monster tu dengan perisa yang diorang letak dalam pek tu ke dalam air panas sampai kembang. Jadilah macam instant noodle. Uolls should try tau. Sedap... My mom masa kitorang kecik tak berapa kasi makan mee segera. So alternatif yang lain adalah ini. Superb terbaik rasa dia. 

Until sabtu 31 Mei lepas aku berpeluang melawat ke kilang mamee yang terletak di Melaka. First thank a loff nuffnang give me this opportunies. Kalau tidak haram jadah aku tak tahu banyak lagi produk keluaran mamee. Selain dua benda yang aku sebut kat atas, mamee ada juga keluarkan confectionary, chilled and beverage. Yang anak aku duk minum nutrigen tu pun rupanya keluar mamee. Snek double decker also.  Yup i totally lupa nak relate the mamee full name. Mamee-double decker... Pastilah keropok double decker tu mamee punya brand. My bad... My bad knowledge.

Ni nak cerita serba sedikit pasal Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd :
Mamee -Double Decker telah diperbadankan pada tahun 1971. Telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Lebih 35 tahun sejak penubuhannya, Mamee -Double Decker telah menjadi makanan dan minuman tempatan syarikat pembuatan yang pertama terbesar di negara ini dengan anugerah " 30 Top Jenama Paling Bernilai Malaysia Tahun 2007" dan "Top 100 Syarikat Tersenarai Tahun 2005".
Hari ini, produk Mamee telah menjadi jenama isi rumah global dan dieksport ke lebih daripada 80 buah negara. Menawarkan berjuta-juta orang dengan pelbagai produk antara Mamee Mi Segera , Double Decker, Smax dan Funkees makanan ringan keropok , Cip Kentang, Mister Potato Crisps , Minuman Cheers, Gula-Gula Nicolet Swiss Herba, Minum Susu Kultur Nutrigen, Liteyo Yogurt dan penambahan yang paling baru-baru ini Mamee Sllrrp dan Nutrigen IQ3 .

Lite Yo in my frigde. Tak tahu pun ini produk keluaran mamee jugak.  Suka perisa epal tu.. Sedapp... 

Okey lets start my journey to kilang mamee. Hari tu jadual memang padat dari pagi sampai ke petang nonstop berjalan so bertabahlah membaca nya ye kawan-kawan. Diingatkan entry ni sangat panjang dan full of colour.. Bagi penggemar produk mamee sila baca sampai habis kerana banyak sangat info-info yang aku nak share dengan korang yang mana aku sendiri pun lepas pergi baru macam ooooooooooo tak tahu pun macam ni ke.

Pada hari kejadian seramai hampir 60 orang blogger telah berkumpul di kilang mamee yang terletak di subang. Dari situ kami dibawa melawat kilang mamee yang terletak di Melaka dengan menaiki dua buah bus. Kami dibahagikan kepada empat group. Group pertama dan kedua naik first bus. Group ketiga dan keempat naik second bus. Aku group ketiga. Anyone yang same group dengan aku? Tak sempat nak beramas mesra...

Sesampainya di kilang mamee di Melaka. Gambar dan blogger dipisah jangan. 
Spot me...

Kami di brief serba sedikit oleh wakil nuffnang - Pinky.

Diikuti dengan ucapan oleh Marketing Manager Mamee - Sham Mee. Antara penerangan yang diberikan adalah mengenai produk terbaru Mamee, Mamee Chef dengan teknik Mi Tarik (La  Mian) sebelum dihidangkan dengan jamuan pagi. 

Demo teknik Mi Tarik oleh sifu yang didatangkan khas dari cina semata-mata nak tunjukkan skill Mi tariknya. 

 Terpegun semua orang tengok lipatan dan gulungan beliau.


Blogger Hani Sidek pun sibuk nak mencuba. 



Sedikit penerangan tentang teknik mi tarik (La Mian) :
  • Teknik mi tarik ini adalah seratus peratus menggunakan tangan bagi mendapatkan tekstur mi yang lembut dan ukuran tertentu sama ada tebal atau nipis.
  • Pembuatan mi adalah dengan cara diadun, diregang, dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran yang halus dan kenyal.
  • Oleh itu mamee telah melabur sebanyak RM80 juta keatas mesin untuk meniru teknik mi tarik (la mien) bagi menghasilkan tarikan dan lipatan yang sama dengan la mien mi.



#mameechefday. Kalah contest nuffnang anjurkan (^.^)

Kami kemudiannya dibawa melawat ke dalam kilang mamee untuk melihat dan mengetahui bagaimana proses pembuatan mee dengan teknologi mi tarik itu. 

Ini lah step by step proses pembuatan mamee & mee segera di kilang mamee
1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Frying
7. Cooling &
8. Packing


Jom layan pulak gambar yang aku snap dalam kilang mamee..
Masing-masing tekun melihat mesin dan proses pembuatan mee mamee. Machine semua kat bahagian bawah. Kitaorang hanya boleh tengok melalui cermin kaca itu. Itu pun dah cukup baik dari tak dapat kan. 

Let lihat kecanggihan mesin mamee....
Panjang-panjang tu mee sebelum dipotong-potong kecil.

Yang kuning tu la mi yang dah dipotong.


Yang ni dah masukkan dalam setiap cup.





Nampak tak mee mamee yang dah siap dipaket dalam pek besar. Semasa proses pembuatan mi ni  diorang semua tak pakai sarung tangan tau. Sebab apa ditakuti chemical pada sarung tangan tu nanti melekat pada mee tu. Tapi jangan risau setiap 30min diorang akan basuh tangan dengan sanitizer yang disediakan kat situ.

Setelah penat meround kilang mamee... Penat ke? Tak la enjoy maaa... Kitaorang di hidangkan dengan menu yang cukup glamour di Melaka. Chicken rice ball. Makanan baba & nyonya...
Lunch kitaorang. Chicken Rice Ball, satay, cake, air soya.. 




Sebelum gerak ke destinasi kedua setiap orang diberi goodies. Dua cup mamee chef dan dua paket mamee chef perisa tomyam thai dan kari laksa. Jugak dapat chopstik. Senang nak makan mee tu nanti kan...

Goodies ni terpaksa aku bagi separuh kat mak ngah sebab that day makngahlah yang jadi baby sister anak anak aku.. hihii.. Gigih tau mak buyung nak berjalan sampai anak pun ditinggalkan.


Perjalanan seterusnya adalah ke Mamee Jonker House. Perjalanan mengambil masa tak sampai setengah jam pun. Bagi yang teringin nak merasai Chicken Rice Ball yang aku makan tadi haa kat sini lah jualnya. Manager restaurant tu kata banyak customer yang repeat datang disebabkan keenakan Chicken Rice Ball ni. Memang betul sedap... Bagi yang belum cuba uolls kena cuba. Nasi dia tu kenyal dan padat. Nampak dua kepal tu macam sikit tapi makan satu ball tu pun dah kenyang tau...


Penuh papan tanda / banner di sepanjang jalan ke Mamee Jonker House.


Mamee Jonker House ni bukan restaurant semata-mata. Customer bukan sahaja dapat menikmati hidangan makanan yang disediakan. Disini jugak mereka ada menjual pelbagai jenis produk keluaran mamee dan cenderahati barangan mamee. Terdapat juga museum mamee dalam tu. Tapi sayangnya masa kitaorang pergi museum tu tengah dalam proses renovation. Tak dapat tengok apa ada kat dalam. Maybe dua bulan lagi baru akan dibuka semula. 
Cashier Mamee Jonker House. Sori na snap ur pic... U pun pasrah nampak...

Bawah ni antara sourvenior yang dijual di Mamee Jonker House.
 
 

Dekorasi dalam mamee jonker house... Memaparkan proses pembuatan mee mamee.

Dibahagian atas restaurant terdapat noodle workshop. Di sini kami di beri peluang untuk mewarna sendiri cup instant noodles. 


My cup... So buruk tak ada bakat mewarna... 

Buruk buruk pun janji makanan dalam cup tu sedap sangat okeh. I is tak tipu punya. 

Kan aku bagitau tadi aku bagi makngah separuh goodies tu. Esoknya makngah makan mee tu terus dia sms ke aku. Nak tahu apa dia tulis? Actually aku nak tunjuk sangat sms tu kat korang. Tapi korang pun tahu telefon aku bukan dari jenis cerdik pintar yang boleh print screen tu kan. Kalau tak lama dah aku print screen tunjuk kat korang. Tak pe aku taip balik antara isi butir sms makngah....

"sedap btul maggi cup tu. Mcm mee kari p.pinang yg kita mkn kat giant bndr puteri tu"

"Ada smbl tu la yg sama cuma kt giant ada kcg pjg. Huhuhu dasatttt"


Hehehe,,, Boleh buat testimoni mamee ni... Pastu esoknya kan makngah datang rumah aku siap tambah testimoni lagi. Tauhu goreng dalam mee mamee tu agak keras. Ok itu aku tak di nafikan. Korang kena rendam lama sikit baru tauhu tu lembut. Kalau lembut baru sedap... Yang tomyam punya perisa makngah kurang gemar sebab pekat sangat rasanya. Nama pun thai kan.... 

Oh ye buat pengetahuan korang untuk menghasilkan resepi mamee chef yang asli dan menunjukkan citarasa Malaysia, Mamee Double Decker telah bekerjasama dengan Chef Ismail tau. Selain itu bahan perasa dalam Mee Segera Mamee Chef dibungkus secara berasingan bagi mendapatkan rasa yang terbaik. Dan terdapat perasa yang berbeza bagi setiap perisa seperti udang, tauhu, cendawan shiitake dan sayuran. Lagi satu korang jangan risau produk Mamee Double Decker ni halalan toyiba...

Fuhh altamat sudah kisah melawat kilang mamee. Kitaorang gerak balik semula ke subang lebih kurang pukul 4.30 petang. Tetiba baru teringat kat anak anak..... (^___^)

Untuk info lanjut mengenai Mamee Double Decker layari website http://www.mamee.com/
Oh saya sayangkan MAMEE........



3 Comment:

Amanda Suria said...

seronoknya akak ada pengalaman menarik pi kilang mamee ni....SA ari tuh dah reply tp x terpilih kot...

MAT NOR said...

bestnya terpilih jalan2 ke kilang Mamee. Dapat pengalaman dan goodies bag, best berganda2.

Mimi Azirah said...

lepas nih boleh try la mamee...tak.pernah try pun...bestbye dpt join kt sne kan