22 September 2014

Card Holder

Aku masih lagi pegang mesin jahit ye. Sampai hari ni masih ada yang berminat nak menempah. Sementara ada rezeki dan larat kita buat sikit-sikit. Tapi sebelum tu bagitau awal awal dulu tak janji boleh siapkan sebelum bersalin. Sebabnya kalau aku jahit over over perut cepat senak...

Weekend baru ni aku ada buat card holder. Untuk mr. mama actually. Geram betul dia asyik hilangkan card bank & ic. Kalau saja saja hilang ic kena bayar dua ratus setengah tahu tak. So bini mithali dia ni pun buatkan lah card holder supaya lepas ni laki lebih sayangkan card card macam dia sayangkan bini dia. Dengan adanya card holder ni diharap lepas ni tak ada kes kehilangan card bank, ic, lesen memandu dan sewaktu dengannya. Sila sayang pemberian bini...


 Cantik?

Pertama kali buat card holder masa mula-mula beli mesin jahit. Masa tu rasa punyalah susah nak jahit card holder dengan kain jeans sebab tebal. Jarum pun masa tu tak betul jumpa beli. Now still rasa susah but dah pandai sikitlah. Nak jahit card holder ni tak leh jeans yang tebal tebal sangat. Sebab dalamnya aku guna heavy cotton. Kalau nak guna jugak jeans yang tebal baik dalamnya guna kain cotton nipis....

Next teringin nak buat purse/wallet pulak....

3 comments:

CikLily Putih said...

cantiknya card holder tuh, nak kita tolong marketingkan tak? hehehhe

Amanda Suria said...

Best betul bila ada bakat mrnjahit...SA xde langsung...huhuhu....

Rohani Hashim said...

Cute nya azi. Untung hubby dibuat dgn penuh qaseh sayang oleh isterinya ;)

 
Copyright by Aziazidah