28 November 2014

Aktiviti cuti sekolah

Dah cuti sekolah yeay yeayy. Macam aku pulak yang dapat cuti.  Aku mmg sedia dah cuti tiga bulan dan insyaallah bakal sambung sebulan dua lagi. Mau ada yang geram kat aku nih kalau tahu. hehe apa nk buat trademark aku kalau bersalin tak sah kalau tak ctg. Takkanla pia ngan akeem je nk berulit lama dengan mak dia. Airis pun nak ye dak? Fair and square gitu.

Cuti sekolah ni korang dah ada plan apa apa ker? Mesti ramai yang plan nk bercuti kan. Aku ada juga cadang nk pergi bercuti. Bulan dua belas pertengahan. Sesambil spend time ngan anak sesambil bolehla sambut my birthday hehe. Last year kitaorang ke morib. Tahun ni mr mama ada cadang nk pergi cameron. Boleh singgah tronoh sekali. Minggu lepas abang aku datang tak dapat jumpa mr.mama ada kat kg. Tapi cameron tanah runtuh takut pulak kenn.

Ala tak bawak anak anak pi bercuti berjalan buat aktiviti kat rumah pun okays jer. Asal diorang fun.


Sape dulu masa sekolah main lukis lukis keliling tangan angkat tangan. hiks ini cikgu pia ajar pastu pia lak ajar aku. Eleh macam aku tak tahu. Mama mkn garam dululah dari kamu. .


Lukisan dan tulisan sofea terkini. .






27 November 2014

#Airis : Checkup 2 bulan

Selasa baru ni aku pergi check up airis 2 bulan. Aduhai dah agak dah cabaran yang bakal di hadapi seorang ibu dengan tiga orang anak. Aku tengok kat klinik tu semua mak mak yang datang bawak anak dua tiga empat orang, majoriti suami temankan. I? Sob sob sedih nak nangis. Terhegeh hegeh cari parking, pastu sebelah tangan kendong airis sebelah tangan pimpin hakeem berantai ngan sofea. . Tapi still boleh jln pi tesco, pi beli lauk, pi bank. haha apakah?

Aku paling aku  tak tahan dengan hakeem. Airis no hal behave. Tak de nak nangis sangat. Budak manja hakeem tu bukan boleh nak duduk satu tempat lelama. Memula mmg kemain gembira pi klinik. Bila dah lama duk kat situ mulala menangis mintak nak balik. Aku jenis tak tahan anak anak menangis. Kacau jiwa dibuatnya. Serba tak kena dibuatnya.

Macam biasa checkup kat sini paling awal dapat keluar dari klinik tu lepas dua jam. Bukannya lama sangat diorang nk check. Timbang ukur lilit kepala panjang hari tu semua budak pelatih yang buat. Tak jumpa misi pun. Jumpa masa nak cucuk je dah tu balik. Padahal banyak tau yang aku nak tanya. Pasal airis tetiba berak jadi kerap balik macam masa mula mula lahir. T**k pun dah kembali warna hijau.


Airis 59 hari

Berat : 5.0kg
Panjang : 58cm
Ukur lilit kepala : 37cm


24 November 2014

Koleksi free sample

sesuai tuk travel

Haa ni nk tunjuk kat korang koleksi free sample yang aku dapat sepanjang penglibatan aku dalam dunia internet. heheh. Kebanyakan barang free sample yang aku dapat adalah produk kecantikan. Iyelah aku selalu pi masuk web onlybeauty. Kat situ mmg untuk freebies.

Aku mmg suka sangat benda benda free gini. Ala korang pun suka kan. Orang nk bgi free sapa taknak. Siap google2 lg sample sample free 2014 kan. Banyak keyword tu kat blog aku ni. Kita sama :).

Aku tak kira kat facebook ke laman web ke ada je free sample laju je tangan ni isi borang. Korang kalau tau mana mana free sample cecepat kabo kan kat aku yer. Bukan pe free sample ni selalu limited time only.



19 November 2014

Masuk sup sayur guna periuk nasi alternatif gas habis

Ni entry panas panas tau kejadian baru berlaku tadi haa, semangat nak update. .

Masa nk masak tengahari td tetiba gas habislah pulak. Nak pergi beli sendiri mmg takla. Sapa pulak nk angkat gas tu nnti kt rumah. Berat aku kan baru lepas pantang. Tak mo la buat keje keje berat sangat. Dahla laki kat kampung kena denggi.

Mula mula ingat nk tumpang masak umah kakak aku. Tapi bila kenangkan nk mengangkut ikan minyak semua bagai malasnya walau pun umah kakak aku tu tak sampai sepuluh langkah dah sampai. Lagi pun malaslah nk tumpang tumpang time orang tak de kt rumah. Nanti bersepah ke hilang apa ke kan. Kakak aku baca ni mau mengundang menyampah. Macam tak biasa. . kihkih

Tapi tak kan aku nak puasa pulak hari ni kan. Klu aku puasa kesian pulak kat hakeem lapar. Nasib teringat hari tu pernah rebus tulang guna periuk nasi so why not kali ni kita try masak sup sayur pulak guna periuk nasi.


Masak dalam periuk nasi ni mula mula nk panas tu lmbt skit. Tp best sebab mmg tak hangus pastu rasa dan aroma bila masak dalam periuk nasi ni rasa lagi sedap. i loike. . Ke sebelum ni aku tak reti masak.


Siap dah pun sup sayur sawi je pun. hehe. . Letak telur sekali lengkaplah menu tengahari ni. 2 in 1 gitu. Makan dengan sambal belacan dua kali tambah hokey. . Hakeem tiga kali tambah.






Keputusan peperiksaan tadika akhir tahun sofea


Actually sofea amik periksa akhir tahun ni berasingan dengan pelajar lain. Periksa hari tu 27/10 selama seminggu tapi kan sofea sebulan tak datang tadika. Ikut aku balik kampung pantang.

Jadi sofea amik minggu lepas seharian dengan dua tiga orang pelajar yang tak datang periksa. Kalau tengok result tu sama je markah keseluruhan mata pelajaran dengan periksa pertengahan tahun hari tu. Kedudukan dalam kelas pun tak banyak beza tp ada peningkatan, oklah.

Seharian amik periksa berbanding 5hari yang sepatutnya dah kira bagus dengan result mcm tu. Kalau amik sama sama dengan pelajar lain mgkin lg elok kot result tu. (Ayat nk sedapkan hati). Tengok kt situ ada jugak subjek yg dah menurun markahnya. Tahun depan dah 6 tahun pastu nk masuk darjah satu dah tak boleh main main ye pia.



17 November 2014

Pertama kali buat cheesekut


Rabu lepas aku buat cheese kut. Ok ok ai tahu ai ketinggalan ketapi.. Orang lain dah demam jeruk mangga asam boi pulak la ni.  Aku baru hegeh hegeh nk buat cheese kut. aptb blah...

Actually aku mmg dah lama bercadang nk buat cheese kut ni. Dari raya hari tu. Dah beli pun cream cheese ada dalam tiga empat bulan lepas tp tu lah sifat M sangat2 menguasai diri. Tersadai jelah cheese tu dlm peti ais.

Ni musim hujan sekarang perut memanjang lapo tu yg terjadi rajin. Kebetulan masa pi giant hari tu ada jual biskut cream cracker paket kecik kecik singgit satu. Sukalah giant la ni diorang ada corner yg jual makanan rm1, rm2 dan rm5 asing asing siap dalam rak. Jimat masa and money i tau.

Actually resepi asal guna biskut deluxe cracker. Aku tersalah beli biskut cream cracker pulak. Nampak ada perkataan cracker je terus sauk. Pulak tu rm1. Tak fikir pnjg. Sekali bukak biskut lemak rupanya. Besar gabak. Lemak pun lemak lah... Dah nk cari mana biskut deluxe cracker memalam buta..




Haaa inilah hasil cheese kut hasil air tangan aku versi derhaka sikit. Atas tu aku topping dengan milo. Derhaka derhaka pun mabeles rasanya kan mak ngah, uncle and rosmahani kan kan kan. Anak anak aku ni jenis kampungan tak mkn benda macam ni, dapatlah aku bagi kakak aku ngan kawan yang datang melawat airis rasa. Rasa bahagia jer bila semua cakap sedap. Kembang weh. . .

Next resepi plisss?

14 November 2014

Jemput like Gallery Jeans Airis

Aku baru buat pages khas untuk show beg jeans yang aku jahit. Kebanyakan orang yang nk tempah beg jeans kat aku asyik suruh aku send pic. Aku pulak lepas dah publish gambar selalu delete sebab hp tak cukup space. Aku pun kena cari balik kat entry entry lama. Macam leceh. .

Since aku mmg berhasrat nak serius menjahit insyaallah, tempahan so far ok baik aku buat pages untuk sesiapa yg minat nk tempah or nak tanya apa apa boleh tgk/pm je kat pages tu. Senang. .

Pada reader, customer, becoming customer jemput like GALLERY JEANS AIRIS kalau korang berminat. Klik SINI untuk like k. (^___^)



13 November 2014

Baby kuat berak

 
Ramai yg ckp muka mata airis macam aku. Nmpk chinese kot yer?

Tak kisahla mcm siapa pun aku ke mr. mama dah acuan dari kitaorg mesti ikut salah sorang. Orang kata anak perempuan kalau ikut muka ayah sejuk... ermmm tak tau ler....

Yang aku tahu anak anak aku semua jenis kuat berak. Bukan berak yg 7/8 kali sehari. Ni yg jenis tak berenti punya. Dari pagi sampai ke mlm tgk pampers mesti ada je t**k tu. Kecuali sofea susah nk berak. Dua tiga hari sekali bru berak. Orang kata bby yg menyusu susu ibu sepenuhnya mmg kerap berak. Betulla hakeem n airis menyusu bdn penuh. Pia awal2 dah topup dengan FM.

Masa hakeem dulu aku siap checkup kt klinik swasta. Mana taknya pampers tak pernah kosong. Kalau checkup kt klinik kesihatan seksa time nk menimbang. Dahla kt sini timbang dia depan orang ramai. Kang muntah pulak orang tgk t**k selambak tu. 

Nasib baik airis jenis berak yg ada gap time. Bolehla nk checkup kt klinik kesihatan. Tapi still kategori kerap berak. Klu bersin ke terkentut ke mesti terberak. Klu orang lain bahagia ank dia kentut menunjukkan tanda baby selesa tak kembung perut tp ai takut... Risau asyik berak jer. Tak sampai seminggu pampers 84 keping tu licin. Normal kena tuka pampers lebih 15 kali sehari. Itu pun kdg aku tahan tuka dulu. hehehe...

Bila aku tanya kt doktor diorang kata bby menyusu bdn penuh mmg mcm tu. Kerap berak. Bagus... Mmgla bgus smpi ai jdi takut adalah. Biasanya bby mcm ni ikut pengalaman aku hakeem dua bulan bru berenti berak kerap mcm tu. Airis pulak nasib sebulan dah berenti. Tapi tiap hari ttp berak paling kurang dua kali. Lebih ada.

Korang yg ada bby yg kuat berak jgn risau k... its normal. Ikutkn aku pn risau wlpn dh berpengalaman masa hakeem tp ttp duk menunggu bilala nk habis kuat beraknya. Siap tnya doktor dua tiga kali. Tanya pakcik google berkali kali. heee...





12 November 2014

Bawak airis jalan

Semalam aku pi giant putra height. Tempat favorite aku ngn anak anak. Sini tak padat senang nk park. Ada playground dan uncle jack fried chicken. Byj kali dah ckp.

Al mementang semlm dh merdeka berdesup keluar jln ye. Eh bukan sesaja tau nk bwk baby jalan tau tak bagus tp sebab nk pi pos beg jeans. Pukul 9.30am dah keluar kemain awal. Ngangkut lah airis ngan hakeem. Pia sekolah.. Selamba je ngendong airis gitu, tak fikir nk bwk bby carrier or stroller. Adeh nk patah tgn dibuatnya. Bukan setakat pi pejabat pos tawaf sekali giant tu. Penuh tgn ngendong airis ngan brg brg.

Mama kena pau lori sebijik. Pas tawaf giant singgah beli set kiddos yg ada nugget kt uncle jack tu kan dapat aiskrim.. Tertelan telan ailiur tengok. Tiga ringgit plus dua posen tax. Hakeem tak nk pulak aiskrim tu sebab dah ada lori. Nk bgi siapa pulak kan. Rasa nk slurp je sekali lelehan aiskrim itu....

11 November 2014

Abang hakeem yang penyayang

Hari ni usia airis dah 45hari. Dah boleh post gambar airis dah. Walau pun tak pernah post muka airis directly dlm blog tp dalam hp ni ha berlambak tau gambar airis. Antaranya gambar airis dengan abang hakeem. hehe bukan aku rajin bahasakan diri akeem abang tp dia yg bahasakan diri dia sendiri abang depan airis. Maybe kt taska dulu dia ada jaga bby dan cikgu kt situ pggil dia abang. Klu pia dia jarang bahasakan diri dia kakak. Main ckp pia pia jer. Pia kurang tunjukkan kasih sayang dia kt airis berbanding akeem. Tp klu orang yg tak rapat pegang adik dia pun dia dh tak keruan menangis...




Hakeem ni jenis payah tido. Klu dia nk tido mesti cari 'port' dulu. Samaada tido bawah kipas, yg ni selalu sampai terkencing kencing kesejukan... tido celah celah lemari atau tido sebelah airis smbil pegang hp pun jadi... 

Memang sayang btul dia dgn adik dia ni. Klu kita geram kt bby selalu kita cium cium gomol gomol atau cubit manja pipi bby tu dia pun sama jugak camtu. Sampai kengkadang tu aku risau kot ni tersakitkn airis. Jawab dia akeem buat pelan pelan jer... Pandai pulak jawab....



10 November 2014

Checkup airis sebulan

Yeay hari ni dh hari yg ke 44. Esok merdeka... :). Boleh keluar kata orang. Aku dlm pntg ni berapa kali dh kelur/drive Balik kl hari tu aku drive dr felda kechau smpi rumah. Anta amik pia pergi tadika. Takpe ke ye? Risau jugak dh tua tua nnti effect sana sini....

Hari ke 32 hari tu aku pi check up airis. Check up kt kg. Heaven tak de orang. Tak sampai sejam dh siap timbang, ukur, cucuk dan jumpa doktor. Klu kt kl jgn harap klu dtg kul 10. Merasala dua jam duk kt klinik tu...

Berat airis masa lahir 2.78kg. Jika dibndingkn dgn kakak dan abg dia semuanya 3kg+ masa lahir. Tp tak sangka lepas sebulan naik dah nk sama dengan berat pia dan akeem. Timbang hari tu naik 1.52kg. Banyakkan? Mana taknya susu untuk airis meriah. Tu yg disumbat sumbat juga puting ke mulut airis wlpn dia dah kenyang....

07 November 2014

Kedai dua ringgit ECO

Masa pantang kat kampung hari tu aku ada pergi kedai dua ringgit. Eh sekarang pun masih dalam pantang tp dah blik puchong. Kedai tu Eco namanya. Hanya ada di pantai timur sahaja. Jadi haruslah diterjah..

Pantang pantang pun semangat jalan. Actually terlangsung checkup airis sebulan dan nk beli brg basah tuk majlis cukur jambul airis tu yg larat ke EKO. Mek pun teruja nk pergi. Klu nk pergi sendiri payah prebet sapu kat situ. So moh ler kita bwk mek. Kesian mek...Walau hakikat sbnr menantu dia yg hover. Kena pandai cipta alasan tatut laki marah.. hihi... bijak x..

Eko ni tak sama cam kedai dua ringgit yg ada kt sini. Kalau kedai dua ringgit biasa mana ada jual makanan dan minuman. Kat sini semua ada. Alat tulis, mainan, besen, gunting, penyapu, botol susu. Pendek kata semua ada. Barang nk deko deko rumah ada. Sayur pun ada tau... rambang mana ai... Rasa semua nk angkut masuk dalam bakul.

Masa memula sampai tu nmpk tudung saji yg besar. Terus suruh mek tnya kt staff situ betul ke dua ringgit. Takut mcm kedai dua ringgit kt sini nama jr kedai dua ringgit tp ada brg yg harga selain dua ringgit. Kt sini tak tau semuanya rm2. Tp faham2 la kualiti rm2 mcm mana yer. Kata mr.mama tak pe ma dua ringgit je anak anak dapat main mainan tu sejam pun dah berbaloi. Rosak kita beli lg. Amboi... kaya sgt ni. Dua ringgit dua ringgit kali sepuluh dah berapa kennn.. Hari tu je lebur duit mak encik enam puluh lapan hinggit. Nk balik kl terbang lg tiga puluh empat ringgit pulak... ish ish ish...

Haaa ni antara barang yg dijual kt eko dan last tu sebahagian hasil rembatan. Aku update blog pakai blogger app xreti nk susun gmbr elok2... janji adalah ye.

06 November 2014

Cek ketiga dari nuffnang

Semalam ai dapat cek nuffnang yang ketiga. Yang masa aku cash out dalam keadaan takut takut masa kat hospital hari tu.  Semalam hujan jadi cek tu sedikit basah. Eh bukan sikit hampir tiga perempat surat tu. Geram dengan abam posmen, dah ada tempat surat elok elok bukan reti nak masukkan keseluruhan surat tu dalam peti. Nasib baik cek tu ok lagi tp ada bercapuk sikit but rasanya bank terima lg kot.


Aku start blogging tahun 2010 sampai sekarang dah hampir nak masuk 5 tahun baru dpt tiga cek. Nampak sangat blog suam suam kuku kan. Kalau bukan sebab ada dapat sponsor post mahunyer tak tercash out lagi sampai ke hari ni apa. But alhamdulillah tuhan dah janji setiap orang punya rezeki adalah tu. Rezeki airis nih. Mengandung 5bln pun gigih travel ke melaka. Ni buat rasa semangat nak menaip lagi.

Dah 2minggu lebih tak berblog rindu sgt kt nk menaip tp sebab terpaksa berebut hp dengan anak anak tu jadi malas. Laptop pulak masih belum dibaiki baiki. Ni dapat update hari ni kita mulakanlah citer pasal pulus bgi naik semangat sikit. Ni pinjam ipad makngah eh laki mak ngah. Haruslah makngah kasi pinjam sebab nak jalankan aktiviti jual prelove item yang tertangguh tu kan, hee jangan marah ye kak jiah. Separuh nyawa nk menaip guna ipad ni haa. Ku gagahkan jua. :-)


 
Copyright by Aziazidah