10 March 2015

Story check up airis 5 bulan

Rabu lepas pi klinik check up airis 5 bulan. Pergi berdua jer. Malam sebelum tu pia ngan hakeem tido lambat jd diorang tak bangun lagi, kebetulan pagi tu airis bangun awal sebab eyak. Mandi mandi laju start enjin kereta tinggalkan diorang berdua ngan mr. mama sekejap. Senang pi berdua. Duk klinik tu bukan sekejap. Kang mama nak air kotak, mama lapar, mama nak balik... #pitam.

Tak sabar tau nak checkup airis sebenarnya. Sebab byk hal nak tnya kat misi. Walau pun anak dah tiga tp byk benda yang masih tak tahu. Yang dah lupa pun ye. Airis ni dah hampir sebulan batuk tak renti renti. Asal malam je mesti membatuk. Pernah sekali dua tu batuk sampai termuntah susu. So risau. Misi kata mybe sebab sejuk kalau bukan sebab habuk. Kitaorang tak pakai aircond. Kipas dah bersih tapi still batuk. Maybe sejuk kata misi. Aku syak pun yer. Sebab bila selimutkan airis mesti nak bangun menyusu lagi tengok selimut dah ntah kemana. Ganas mek ni tido. Lagi satu kalau mandi misi kata kena mandi badan dulu baru kepala. Pas mandi kena cepat cepat keringkan rambut katanya. Takut baby sejuk. Boleh jadi penyebab selsema. Eh ini batuk... Susah susah bawak je lah pi klinik. Haha bukan sekarang saya berada di klinik ke nurse?

Update perkembangan airis @5bln:
Berat : 6.3 kg naik 300g dari sebelum.




Yang lain lain perkembangan tak yah tulislah. Berat tu yg selalu ditunggu tunggu kan. Malas pulak aku nak membelek buku pink tu. Sian airis demam pas kena cucuk. Nangis je kejenya...


Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.




1 comment:

nita said...

Ala..cian si comel ni demam..
Azi, kalau selalu batuk perhatikan juga pernafasan dia, kalau dia nafaz laju bawa gi emergency.. sebab anak saya selalu batuk.. gi spital terus kena admit sebab paru2 dah ada jangkitan.. better jumpa doktor kesihatan cek dada dia..

Moga Airis cepat sembuh.. ^_^

 
Copyright by Aziazidah