13 August 2015

Tempahan beg jeans 2015 #3

Hari ni tak tahu nak cerita apa. Kita sembang pasal beg jeans je lah. Dah lama tak update pasal tempahan. Actually bulan ramadhan hari tu ramai jugak yang tempah. Ada yang aku tolak sebab tak sempat nak siapkan sebelum raya. Cuma mood nak blogkan macam tak de. Lagi pun banyak yang order sefesyen yang sama. Sling beg. Sekarang sibuk pulak orang tanya pasal handbag. Macam berjanji janji je korang ni. 

Antara beg yang laku. Ada yang nak order bebanyak sekali. Bertungkus lumus aku buat. Sekali customer kata akak pos dulu kemudian baru saya bayar. Gulpp... Ko rasa? Memang tak lah. Aku guna konsep bayar dulu baru pos. Buatnya ko dah amik banyak sekali tak bayar rugi iolls... Kawan yang dah kenal bertahun pun bayar dulu inikan baru sekali kita berurusniaga. Aku amik iktibar dari kes kes yang banyak berlaku kat fb.. Sori sangat... Pasni ingat kalau ada yang nak borong aku nak amik deposit dulu, penat penat buat kang cancel... 




Buat masa sekarang aku tak terima tempahan yang heavy2. Nak design yang macam macam. Tak sempat aku nak fikir lelama keinginan korang. Jahit tuh weekend jer. Malam pulak tu. Berapa hari sangat je malam minggu. Buatnya aku tertido langsungla tak berpegang mesin jahit minggu ni. Ni pun ada dua tiga order yang dari ramadhan aku tak siap siapkan lagi. Sori bagi yang ternanti nanti. Bagi sikit masa lagi, insyaallah aku cuba sedaya upaya siapkan.

Btw sape2 yang berminat nak tempah beg jeans sangat sangat dialu-alukan especially beg yang kecil dan comel comel tu. Kalau bank in dulu sebelum buat lagi cepat aku buat. hehehe..Macam orang nusajaya tempah atas ni. Amik masa seminggu je siap. 

Korang nak lihat design2 lain boleh follow FB or instagram aku ye. Ada kat tepi sidebar tu. Klik jer...

1 comment:

AR said...

wahh..bagus ni. ada kemahiran mcm ni boleh buat duit kan.

 
Copyright by Aziazidah