Showing posts with label order. Show all posts
Showing posts with label order. Show all posts

13 August 2015

Tempahan beg jeans 2015 #3

Hari ni tak tahu nak cerita apa. Kita sembang pasal beg jeans je lah. Dah lama tak update pasal tempahan. Actually bulan ramadhan hari tu ramai jugak yang tempah. Ada yang aku tolak sebab tak sempat nak siapkan sebelum raya. Cuma mood nak blogkan macam tak de. Lagi pun banyak yang order sefesyen yang sama. Sling beg. Sekarang sibuk pulak orang tanya pasal handbag. Macam berjanji janji je korang ni. 

Antara beg yang laku. Ada yang nak order bebanyak sekali. Bertungkus lumus aku buat. Sekali customer kata akak pos dulu kemudian baru saya bayar. Gulpp... Ko rasa? Memang tak lah. Aku guna konsep bayar dulu baru pos. Buatnya ko dah amik banyak sekali tak bayar rugi iolls... Kawan yang dah kenal bertahun pun bayar dulu inikan baru sekali kita berurusniaga. Aku amik iktibar dari kes kes yang banyak berlaku kat fb.. Sori sangat... Pasni ingat kalau ada yang nak borong aku nak amik deposit dulu, penat penat buat kang cancel... 




Buat masa sekarang aku tak terima tempahan yang heavy2. Nak design yang macam macam. Tak sempat aku nak fikir lelama keinginan korang. Jahit tuh weekend jer. Malam pulak tu. Berapa hari sangat je malam minggu. Buatnya aku tertido langsungla tak berpegang mesin jahit minggu ni. Ni pun ada dua tiga order yang dari ramadhan aku tak siap siapkan lagi. Sori bagi yang ternanti nanti. Bagi sikit masa lagi, insyaallah aku cuba sedaya upaya siapkan.

Btw sape2 yang berminat nak tempah beg jeans sangat sangat dialu-alukan especially beg yang kecil dan comel comel tu. Kalau bank in dulu sebelum buat lagi cepat aku buat. hehehe..Macam orang nusajaya tempah atas ni. Amik masa seminggu je siap. 

Korang nak lihat design2 lain boleh follow FB or instagram aku ye. Ada kat tepi sidebar tu. Klik jer...

06 March 2015

Tempahan beg jeans 2015 #2

Buat masa ni aku tutup tempahan buat beg jeans seketika. Takleh nak buat. Tak cukup masa sangat sangat. Siang memang aku tak dapat nak pegang mesin jahit langsung. Airis 24 jam nak berpegang. Waktu malam baru boleh. Itu pun selalunya asyik tertido penat. Kalau dapat jahit pun selalu tak tenang. Airis kejap kejap bangun. Tahu je aku tak ada kat sebelah dia. Kalau aku tido sama elok pulak dia tido lena. Ermmmm jadinya kena tunggu airis dah pandai main sendiri, boleh duduk tanpa disokong sebab dia tak mo duduk dalam bouncer. That time maybe boleh jahit time siang, aku open order balik.

Sori sangat tau pada yang mulanya aku dah setuju nak buat pastu terpaksa tolak. Memang tak sempat. Aku takut korang tertunggu tunggu bagai buah tak gugur jer. But aku ada buat yang ready stock bila aku ada masa so korang bolehlah usha usha ig aku aziazidah atau fb gallery jeans airis. Kat blog tak sempat nak upload. Kekangan masa jugak sekarang ni nak update blog.



Beg compang camping katanya. Request customer dari perak.

Ini customer carousell yang order. Nak letak ubat mak dia. Nak full jeans. 

Maklong pia n akeem tempah. Sebelum ni ada buat beg serupa gini pastu letak kat fb mak long diorang berkenan. Beg sebelum ni orang tempah kemudian menghilang now claim kata apsal beg dia tak siap siap. Dah pm tak jawab acaner. Orang lain nak akak jual jelah. Dari tahun lepas tu...


Inilah semua sebahagian tempahan sebelum aku stop order. Terima kasih pada yang sudi menempah. Yang percaya sampai repeat order. Yang batalkan order lepas dah siap pun ada. huhu. Thank you so much.


Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.



11 September 2013

#Order Customer : Sling Bag & Backpack

Kalau korang perasan dah tiga hari berturut-turut aku pos pasal beg. Ini boleh jadi sebab dua tanda. Satu aku kehabisan idea nak post entry apa. Duanya aku tengah kopak. Jadi sila teka yang mana sebenarnya my situation???




Measurement : 10"width X 10.5"height X 2.5"



Measurement : 8" height X 7"width X 1.5
 
If uolls berminat cepat-cepat email me : edyeda@gmail.com.
Iolls tengah rajin siapkan semua order.
Siapa order sekarang memang tak perlu nak tunggu lelama.

*  sebab reason no dua tu...
Lambatnya ujung bulan.. lalala..

10 September 2013

# Order Customer : Sling Bag




Measurement : 12.5” width X 9” height X 4”

Beg ni banyak sungguh zip. Depan ada dua, belakang satu, dalam satu. Dalam pun ada poket. My opismate request. Mencabar daya imaginasi dan ketahanan diri nak buat ni tau! Hihihi…

If u interest email me : edyeda@gmail.com

06 September 2013

#Order Customer : Mantin, N.9

 
Even aku specialize buat beg jeans tapi kalau ada yang nak order beg bunga-bunga pun aku buat jugak. Ekekek.. specialize kunon..

 

Measurement : 34cm width X 28cm height


01 July 2013

Nak letak payung

Customer aku ni macam-macam gaya. Nak buat beg jeans untuk pergi marhaban, untuk letak telekung dalam kereta dan yang ini pulak untuk letak payung. Buat mak... 

Apa-apa pun alhamdulilah rezeki. Terima kasih. Without diorang siapalah aku :-)

 
Measurement : 12" width X 7" height X 5"

19 June 2013

Beg letak telekung katanya & Red Indian at Cowboy Town A'famosa

Dah beberapa hari tak update blog. First story harus dimulai dengan kisah beg. Lagi lagi kisah beg jeans ye dak. Sebab aku malas nak taip pepanjang. Mood nak mengarang blog pun macam kata orang apa tu kelauttttttttttttt....


Tengok gambar je lah. Beg ni aku buat hari ahad lepas. Lepas balik dari kursus kat A'famosa Resort. Potong kainnya masa kat a'fomasa resort. Tengok gigih tak gigih aku siapkan tempahan orang. Kata nak siap before ramadhan kan.



Haaa yang ini pulak video Red Indian masa aku tengok show dalam cowboy town a'famosa. Aku tak tau pasal apa aku upload, video jadi terbalik. Tak reti aku nak adjust. Kalau tengok dalam pc ok jer. Uolls kalau pi a'famosa resort wajib tau masuk cowboy town ni. Best show dia.

Full story cerita kursus nanti aku update kemudian. Sekarang betul-betul malas.


27 May 2013

Beg yang berjaya dibuat hujung minggu

Aku sampai tak tahu nak bubuh tajuk apa bila time nak publish gambar beg ni tau.. Ceritanya sama cerita pasal beg jeansla apa lagi kan. Dah la design pun yang itu itu jugak...

 Beg 1

 Beg 2

 Beg 3

Semua ni order dari Unit Admin my opis. Next nak siapkan tempahan dari Unit Kewangan pulak sebelum nak concentrate buat beg sorang customer yang dah pos dia punya  jeans sendiri.

Kalau korang tengok pesen beg yang aku buat semua sama je dari dulu. Tak berubah langsung, dok design yang itu jer. Tak ada kemajuan langsung ye dak. Cuma ada tambahan letak nama guna kain felt. At least ada la pembaharuan kan...

Sampai mr. edy dah naik muak tengok design beg aku cam gini. Katanya ubah-ubahlah ma buat yang berlekuk ke berkelok ke kat atas bawah tu.

Mr edy hang ingat bini hang pandai jahit bebenor ker? Koho koho (slow slow) jahit je ni.. *apsal nak tulis bahasa kelantan tetiba nih... :p

06 May 2013

Order dari customer selepas masuk keje

Beg-beg kat bawah ni semua order yang aku terima lepas masuk kerja.
Aku lumsumkan semua gambar dalam satu entry. Malas nak buat entry part by part.

Beg angry bird tu beg contoh. 
Opismate order untuk anak-anak dia nak letak duit pergi sekolah. 
Katanya susah nak cari orang jual beg kecik macam ni. Iye ker?
Beg angry bird tu dia beli kat GM Klang.

Sama macam beg kakak aku yang aku show off kat entry INI.
X-opismate order. 

Pencil box for boboy and gegirl. 
X-opismate jugak yang order. 
Dia order sekali dengan beg yang kat bawah ni. 
Masuk ni dah tiga kali repeat order. 
Thank you so much ye...

Buat beg ni aku tak payah fikir pasal design. Sebab customer request full jeans. Senang.. Otak aku pun sejak keje ni dah makin beku. (",)

Cantik ?

Kalau berminat boleh email saya di edyeda@gmail.com

23 April 2013

Beg Diaper Lagi

Beg beg beg... Dah tak ada story lain ker? kih kih kih.. Sori ye lately bz almaklum dah start kerja. Tak sempat nak karang cerita pepanjang. Cerita first day masuk keje pun tak publish lagi.

Penat setiap hari pepagi kena masak sarapan dan makan tengahari untuk husband dan anak-anak, balik pulak kena prepare untuk makan malam, kena kemas rumah segala. Jadi malam pun kena tido awal.

Tapi weekend memang masa untuk menjahit. Sabtu ahad lepas dapat juga siapkan dua tiga beg. Antaranya beg diaper yang ex-member opis order. Lama dah order tapi baru ni siap. :)

Bahagian depan.

Bahagian belakang.

Zip closure.

Measurement : 14" width X 10" height X 4"

Dan juga beg uncang ni. 
Sesuai letak wallet dan handphone.
Measurement : 8.5" height X 7"width X 2.5

Interest email me : edyeda@gmail.com

18 April 2013

For sales & for tengok tengok

12 hari duduk kampung seronok ooo makan tido makan tido pastu jenjalan. Aku kat kampung memula je rajin basuh baju sendiri pastu dua tiga kemudian semua mil yang buat belaka. haha.. Masak lagila tak pernah. Dasar malas menantu kesayangan. 

Tu yang balik rumah terus rasa stress kena basuh baju sendiri, kena sapu rumah, mop lantai, kena masak.... So nak hilangkan tension marilah kita menjahit.



Ni beg aku jahit sebab nak pergi event nuffnang hari tu. Gigih ko... Bunga bunga kat depan tu bukan aku sulam. Dah memang ada tertampal di kaki seluar masa aku beli. 

Belakang.

Bahagian dalam ada zip.

Measurement : 10" height X 11.5" weight X 4"
Cantik kan. Tapi aku tak jual. Yang ni limited. Susah nak cari seluar yang ada corak macam ni. Seluar bebudak adala. Yang ni seluar jenama wrangler kalau aku tak silap.



Yang ni aku buat untuk kakak aku yang pertama. Dia sendiri design nak macam ni. Nak ada reben kat depan, letak kain keliling depan belakang. Sekali bila tengok beg aku kat atas tu terus dia tak nak yang ni. Nak sama macam aku jugak. Nasib ler seluar ada dua kaki. Boleh buat lebih kurang sama yang macam aku punya tu. So beg ni aku nak jual. Sapa nak? Ke kita tukar nak k.jiah.

Belakang beg.

Finishing snap button. Bahagian dalam best sebab ada satu poket. Sesuai nak letak handphone. Kalau aku lagi suka letak buku nota dengan pen. Ngam ngam soi je poket tu nak letak buku note yang kecik. Very the nice...


Measurement : 10" height X 11.5" weight X 4"
 



Beg comel lote ni untuk kakak aku yang nombor dua. Comel lote ker? Aku cedok dari idea beg kakak aku yang pertama. Malas nak serabut otak fikir design baru. Pastu kakak aku yang pertama tu kata lawa pulak beg ni. Kakak aku tu sokmo macam tu. Kata aku buat untuk dia tak lawa tapi tuk orang lain lawa jer. Padahal kalau ko nak tahu beg ni aku wat guna kain paling murah sekali. Reben pulak guna lebihan kain yang ada. Buat so so je ni. Eh jangan marah eh jila. Dengarnya dah mengandung. Tahniah tahniah....

Itu jelah presentation pasal beg jeans untuk kali ni. Kalau ada yang berkenan nak order ke nak beli ke boleh email edyeda@gmail.com tak pun boleh sms/call aku 019-2033086. My name is Azi. Can call me akak. Dah tua dik. 30-an. Ahaksss...

Simpan nombor tu bebaik. Exclusive aku bagi. Whatapps whatapps aku tak de tau. Sedih!. :p. Kalau nak sewa lori baru tepon nombor 017-240 9824. Ni nombor mr. edy. Ramai naaa yang nak order beg pi call kat sini. 

08 March 2013

Beg Jinjit Jinjit Lagi

Aku tak tahu nak bagi nama apa kat beg ni. Tapi sebab kalau nak pakai beg ni hanya boleh jinjit dengan tangan, tak muat nak letak atas bahu celah ketiak jadi aku sesukati namakan beg ni sebagai Beg Jinjit. Sama  je macam beg yang pernah aku sebelum ni kat SINI dan SINI


 
Measurement : 10" width X 6.5" height X 3"

Cuma kali ni ada pertambahan poket di bahagian depan. Customer request. Poket depan tu aku guna poket seluar jeans pastu aku potong bahagian bawah kasi jadi empat segi. Tetambah bling bling sesikit. Hat bunga zip jeans tu boleh cabut kalau tak suka sebab aku buat macam brooch. Beg ni akan menemui pemiliknya di terengganu.  

Berminat dengan hasil kerja tangan saya? Email edyeda@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

07 March 2013

Beg Diaper

Orderan dari orang jauh nun di Perlis. Mak mak budak biasa cari beg diaper la. Nak letak baju, pampers, botol susu untuk bawak pi nursery. 

Depan & belakang.
Satu poket depan. Satu poket belakang. 2 poket di kiri kanan.
Measurement : 10" height X 13" width X 4"
Rege RM 30.00 exclude postage

Zip closure.
Bahagian dalam ada 2 compartment. 

Beg diaper bagi aku xpenting sangat bab design-design ni. Apa yangg penting besar. Boleh sumbat semua benda. But bila buat dengan recycles jeans tak dapat nak buat besar besar. Saiz ni jelah yang bolehnya. 

06 February 2013

Mai Mai Tengok Beg Jeans

Kalau korang tengok tajuknya pun dah tahu aku nak show gambar beg kan.. Tanpa melengahkan masa jom kita cuci mata tengok beg yang aku jahit dengan penuh kasih sayang. hew hew... Semua ni orang order. Bertungkus lumus buat sebelum raya cina.

Batu2 tu i design bentuk love. Uolls tengok jadi ke tak?
Measurement : 10" width X 6.5" height X 4"

Beg lenggang kangkung nak letak h/p ke, purse ke, buku nota ke & etc. Sangat selamat sebab atasnya berzip. Bahagian belakang customer mintak bubuh poket berzip. Nasib aku dah sempat study cara jahit poket berzip sebelum ini. (Tekan SINI untuk baca bagaimana membuat poket berzip)

Yang bawah ni pulak sling beg. Ada dua version. 

Measurement : 8" height X 7.5" width X 2.5

Satu jenis zip atas. Tak boleh adjust sebab tali tak panjang. Beg ni dah penah buat sebelum ni. Ubah design sesikit je. My sister kata macam kap lam ya nga. *sedih*. Customer yang sama order lagi untuk adik dia.

Measurement : 8" height X 6.5" width X 1

Satu lagi jenis butang ketip. Boleh adjust. Customer nak letak tab katanya. Suruh buat tali letak bahagian tepi kat luar dan buat panjang sikit dari beg yang atas tu dan suh letak adjuster. Senang anak beranak dari yang kecik ke yang besar semua boleh pakai. 

Beg ni kira limited edition sebab nak buat beg yang bertali kain jeans dan boleh adjust memang payah sebab orang malaysia tak tinggi mana. Susah aku nak jumpa seluar labuh-labuh. Jeans ni aku beli kat Kelantan. (^.~)


Berminat dengan hasil kerja tangan saya? Email edyeda@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.