Airis : Checkup 1 tahun

Kebetulan tarikh checkup sama dengan tarikh lahir airis 28/9. Diam tak diam dah setahun berlalu. Tak ada buat apa-apa sambutan pun. Sofea dulu je buat. Hakeem pun tak. Tak apa lah tak penting, apa yang penting sekarang airis sihat. Itu yang paling diharapkan. Tak sampai sebulan lagi dah nak letak taska balik ni. Becintanya..... Susu botol dah tak mau. Macammana?

Rasanya mak mak yang datang check up ni tujuan utama lebih pada nak inject je kan. Pastu nak tahu berat berapa. Lebih lagi yang kecik kecik ni nak timbang sendiri payah nak dapat exact berat tu. Selain nak tanya tanya kat misi tu rasanya cari kat google/ masuk group lagi bagus, dapat banyak ilmu sebab misi pun kadang bukan advice apa sangat. 

Macam airis, misi dia orang yang sama dari awal check up. Orang kelantan. Comfortablelah dengan kak ani ni. Aku bagitau masalah airis yang berat kurang tu. Hospital putrajaya suruh follow up kat klinik desa. Dari last check up sampai 11 bulan hari tu berat cuma 6.9kg. Dah nak hampir paras kuning dah. 

Misi ada sarankan supaya makan 5 kali sehari. Pagi pukul 8am, 10am, tengahari, petang dan malam. Menu 8am, roti bakar salut telur/mentega/peanut dan susu. 10am biskut. Tengahari mee goreng/pasta dan seketul ayam. Petang biskut dan buah. Malam nasi dengan sayur, lauk dan buah. Nasi tu gaul dengan majerin. Pening kepala ni nak perah otak fikir menu nak masak macam ni....

Alhamdulillah timbang hari tu dah naik 7.3 kg. Aku rasa faktor ni lah menyebabkan airis lambat jalan. Ikutkan dari tujuh bulan lagi airis dah boleh meniti. Tapi dekat setahun masih tak boleh jalan. Waulahua'lam... 

Airis with her ball and handbag. Tak boleh belah nak pakai handbag tu. Budak ngikut jer apa yang kita ajar kan..... 

With spek mata pulak. 

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY